Punca Keputihan Coklat Yang Wanita Perlu Tahu

Pernahkah anda dapati keputihan coklat muncul pada waktu yang tidak dijangka? Dalam kebanyakan masa, pendarahan ringan ini menandakan haid bakal bermula.

Namun, adakah ia normal dan adakah ia berbahaya untuk kesihatan jika ia berlaku pada tempoh lain?

Tambahan pula, bukan haid sahaja yang menyebabkan keputihan berwarna coklat terjadi.

Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, ayuh ikuti perkongsian kami.

Punca Keputihan Coklat

1. Menstruasi

Keputihan atau tompokan darah berwarna coklat yang merupakan petanda normal bagi ovulasi atau haid yang bakal bermula.

Biasanya, wanita akan berovulasi sekitar 10 hingga 10 hari selepas hari pertama dalam haid yang terakhir. Pada tempoh ini, ovari akan mengeluarkan telur untuk persenyawaan. Ketika ini, tahap estrogen tinggi.

Keputihan coklat ini berlaku selepas telur dilepaskan iaitu ketika hormon estrogen dalam badan menurun.

Namun, sekiranya anda mengambil pil perancang, tompokan coklat ini mungkin merupakan tanda masalah kesihatan lain kerana ia mampu menghalang proses ovulasi.

Selain muncul ketika haid bakal bermula atau ovulasi, darah lama berwarna juga boleh keluar beberapa selepas berakhirnya haid.

2. Hormon Tidak Seimbang

Ada kalanya keputihan berwarna coklat boleh muncul akibat ketidakseimbangan hormon terutamanya estrogen.

Hormon estrogen yang rendah boleh berlaku akibat insomnia, depresi, jangkitan saluran kecing atau kenaikan berat badan.

Apabila seorang wanita memiliki kandungan estrogen yang sedikit dalam badan, ia boleh menjejaskan ketebalan lapisan endometrium sepanjang kitaran haid.

Akibatnya, wanita itu mungkin boleh alami keputihan berwarna coklat atau pendarahan abnormal yang lain.

3. Perimenopause

Sebelum wanita mencapai usia menopaus, wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun mungkin boleh alami beberapa perubahan pada badan.

Bergantung kepada individu, ia juga boleh berlarutan selama beberapa bulan atau tahun.

Sekiranya anda mengalami perimenopause, haid yang tidak teratur serta tompokan coklat antara tempoh haid adalah perkara normal.

Anda juga mungkin boleh alami beberapa gejala lain termasuk :

  • Badan terasa panas
  • Sukar untuk tidur
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Perubahan emosi
  • Kekeringan faraj
keputihan coklat

4. Penyakit Jangkitan Kelamin (Sexually Transmitted Disease)  

Keputihan berwarna coklat yang muncul sebelum menstruasi boleh menjadi petanda kepada STD seperti gonore atau klamidia.

individu yang mempunyai penyakit ini boleh mengalami beberapa simptom seperti keputihan yang berbau, rasa sakit ketika melakukan seks atau sensasi terbakar ketika membuang air kecil.

Namun, tidak semua pesakit STD mengalami gejala. Jadi, adalah penting bagi individu yang aktif secara seksual untuk melakukan ujian STD secara berkala.

5. Kanser Serviks

Walaupun jarang berlaku, namun tompokan darah berwarna coklat boleh jadi salah satu simptom bagi kanser serviks.

Masalah kesihatan ini berlaku apabila terdapat perubahan sel dalam serviks wanita, iaitu organ yang menghubungkan rahim dengan faraj.

Kanser serviks juga merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.

Selain keputihan berwarna gelap, pesakit kanser serviks juga mungkin boleh alami gejala lain seperti :

  • Berlaku pendarahan selepas melakukan hubungan seksual
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Pendarah haid yang lebih lama dan lebih berat
  • Pendarahan berlaku antara kitaran haid.

6. Kehamilan

Keputihan berwarna merah jambu atau coklat sebelum haid boleh menjadi tanda awal kehamilan bagi sesetengah bakal ibu.

Situasi ini dikenali sebagai pendarahan implantasi apabila telur yang disenyawakan menempel di lapisan rahim.

Ia boleh berlaku 1 hingga 2 minggu setelah telur disenyawakan dan mungkin disertai dengan kekejangan implantasi.

Namun, anda tidak perlu risau kerana ia biasanya berlaku selama 1 atau 2 hari sahaja.

Anda juga boleh perhatikan beberapa gejala awal kehamilan termasuk :

  • Loya atau muntah
  • Payudara terasa sakit
  • Keletihan
  • Kerap membuang air kecil
keputihan coklat

7. Penggunaan Alat atau Pil Pencegah Kehamilan

Kaedah pengecah kehamilan seperti implan, IUD, atau pil perancang boleh membuatkan tubuh mulai beradaptasi dengan perubahan kadar hormon.

Oleh itu, sesetengah wanita mungkin akan alami kesan sampingan seperti keluarnya keputihan berwarna coklat, pendarahan vagina serta haid tidak teratur.

8. Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PCOS adalah gangguan hormon yang biasa berlaku dalam kalangan wanita pada usia reproduktif. Wanita dengan masalah PCOS mungkin alami haid yang jarang, berpanjangan atau mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.

Masalah ini berlaku apabila ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.

Ia juga boleh mengakibatkan keputihan atau tompokan berwarna coklat.

Selain itu, pesakit PCOS juga boleh alami gelaja lain termasuk :

  • Haid tidak teratur
  • Tidak mengalami haid sama sekali
  • Pendarahan yang banyak ketika haid
  • Bulu berlebihan tumbuh di badan dan muka
  • Kulit menjadi berminyak dan berjerawat
  • Sukar untuk hamil
  • Rasa sakit di bahagian pelvis
  • Tona kulit tidak sekata

Selain punca yang disenaraikan di atas, keputihan warna coklat juga boleh berlaku akibat :

  • Reaksi terhadap pemeriksaan faraj atau ujian pap semar
  • Kesan hubungan seks yang dilakukan, terutamanya jika terlebih kasar.

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan berwarna coklat akan hilang dengan sendiri setelah darah lama bersih daripada rahim.

Ia juga merupakan perkara normal pada permulaan atau hujung tempoh haid.

Ia juga tidak perlu dirisaukan sekiranya muncul pada tempoh kitaran haid yang lain.

Namun, anda perlulah kenalpasti simptom yang dialami agar doktor lebih mudah kenalpasti punca bagi masalah ini.

Antara simptom lain yang perlu anda ambil berat adalah bau yang kurang menyenangkan, keradangan, sakit dan kitaran haid yang tidak teratur.

Sekiranya anda hamil dan dapati terdapat darah keluar, alami simptom jangkitan atau mempunyai pendarahan tidak teratur selepas menopaus, berjumpalah dengan doktor segera bagi mendapatkan bantuan perubatan segera.

Sumber : Hellodoktor.com

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!