TERKINI: KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion dan 6.15% bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM12.5 bilion. Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 sebanyak RM79.6 bilion.
Semak penyata dividen anda melalui i-Akaun (laman web atau aplikasi) bermula 28 Februari 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai Prestasi Pelaburan dan Dividen KWSP 2025, sila layari laman web rasmi KWSP.
KWSP has announced a dividend rate of 6.15% for Simpanan Konvensional, with a total distribution of RM67.1 billion, and 6.15% for Simpanan Shariah, with a total distribution of RM12.5 billion. This brings the total distribution for 2025 to RM79.6 billion.
Dividend statements can be accessed via i-Akaun (website or app) starting 28 February 2026.
For further details on EPF’s Investment Performance and 2025 Dividends, please visit the official EPF website.



Semak pengumuman melalui media massa dan saluran media sosial serta laman web rasmi KWSP kelak. Layari portal rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/ atau media sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk maklumat lanjut.
Berikut dikongsikan pengumuman rasmi dividen KWSP 2026 bagi tahun kewangan 2025.
Apakah Dividen KWSP?
Dividen KWSP, atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), merujuk kepada keuntungan tahunan yang diisytiharkan dan dibahagikan kepada ahli berdasarkan prestasi pelaburan dana simpanan mereka.
Ia dikira sebagai peratusan atas baki simpanan sepanjang tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember), dengan jaminan minimum 2.5% untuk simpanan konvensional mengikut Akta KWSP 1991 (Seksyen 27).
Manakala simpanan syariah bergantung sepenuhnya kepada pulangan pelaburan patuh syariah tanpa jaminan minimum.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2026
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen 2025 pada 28 Februari 2026 (Sabtu) menerusi satu taklimat khas kepada media.
Untuk rekod, dividen KWSP 2024 adalah sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional dan 6.30% bagi Simpanan Shariah.
Untuk buat anggaran atau kira berapa jumlah dividen KWSP anda, anda boleh menggunakan portal Dividen.my
Kadar Dividen KWSP
KWSP mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah 2025.


Semakan penyata tahun 2025 boleh dibuat mulai 28 Februari 2026 melalui i-Akaun.

Cara Semak Dividen KWSP
Semakan dividen KWSP boleh dilakukan sebaik sahaja ia diumumkan. Ahli boleh menyemak penyata terkini KWSP pada 28 Februari 2026.
Berikut adalah cara-cara utama untuk anda membuat semakan secara digital atau fizikal:
1. Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
- Log Masuk: Buka aplikasi dan masukkan ID serta kata laluan anda.
- Paparan Utama: Jumlah dividen biasanya akan terus dipaparkan di bahagian “Ringkasan Akaun” atau sebagai transaksi terbaru.
- Lihat Penyata: Klik pada tab “Simpanan”, kemudian pilih “Lihat Butiran”. Anda boleh memuat turun penyata tahunan untuk melihat pecahan dividen bagi Akaun Persaraan, Sejahtera, dan Fleksibel.
*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP

Sekiranya anda belum muat turun aplikasi i-Akaun, anda boleh muat turun melalui pautan berikut:
- Aplikasi i-Akaun di Google Apps Store
- Aplikasi i-Akaun di Apple Apps Store

2. Melalui Portal Web i-Akaun
- Layari https://iakaun.kwsp.gov.my/
- Masukkan ID, klik Log Masuk Sekarang.
- Sahkan frasa keselamatan, klik Ya Itu Saya jika betul.
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih menu “Simpanan” > “Penyata Tahunan”.
- Pilih tahun kewangan (contoh: 2025) dan klik “Cari”. Dividen akan disenaraikan sebagai “Dividen Tahunan”.

3. Melalui Kiosk KWSP
- Kunjungi mana-mana cawangan KWSP atau lokasi yang mempunyai Kiosk KWSP (seperti di sesetengah bank atau pusat beli-belah).
- Masukkan MyKad dan sahkan identiti menggunakan cap jari.
- Pilih untuk mencetak Penyata Ringkas atau Penyata Tahunan untuk melihat jumlah dividen yang telah dikreditkan.
BACA JUGA: Cara Pendaftaran i-Saraan KWSP
Sejarah Kadar Dividen KWSP Tahun Sebelumnya
Berikut adalah Kadar Dividen KWSP bagi Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional pada tahun-tahun sebelum ini:

| Tahun | Peratus (Simpanan Shariah) | Peratus (Simpanan Konvensional) |
|---|---|---|
| 2024 | 6.30 | 6.30 |
| 2023 | 5.40 | 5.50 |
| 2022 | 4.75 | 5.35 |
| 2021 | 5.65 | 6.10 |
| 2020 | 4.90 | 5.20 |
| 2019 | 5.00 | 5.45 |
| 2018 | 5.90 | 6.15 |
| 2017 | 6.40 | 6.90 |
| 2016 | – | 5.70 |
| 2015 | – | 6.40 |
| 2014 | – | 6.75 |
| 2013 | – | 6.35 |
| 2012 | – | 6.15 |
| 2011 | – | 6.00 |
| 2010 | – | 5.80 |
| 2009 | – | 5.65 |
| 2008 | – | 4.50 |
| 2007 | – | 5.80 |
| 2006 | – | 5.15 |
| 2005 | – | 5.00 |
| 2004 | – | 4.75 |
| 2003 | – | 4.50 |
| 2002 | – | 4.25 |
| 2001 | – | 5.00 |
| 2000 | – | 6.00 |
| 1999 | – | 6.84 |
| 1997 – 1998 | – | 6.70 |
| 1996 | – | 7.70 |
| 1995 | – | 7.50 |
| 1988 – 1994 | – | 8.00 |
| 1983 – 1987 | – | 8.50 |
| 1980 – 1982 | – | 8.00 |
| 1979 | – | 7.25 |
| 1976 – 1978 | – | 7.00 |
| 1974 – 1975 | – | 6.60 |
| 1972 – 1973 | – | 5.85 |
| 1971 | – | 5.80 |
| 1968 – 1970 | – | 5.75 |
| 1965 – 1967 | – | 5.50 |
| 1964 | – | 5.25 |
| 1963 | – | 5.00 |
| 1960 – 1962 | – | 4.00 |
| 1952 – 1959 | – | 2.50 |
Penyucian Dividen
Jom lihat bagaimana pelaksanaan Simpanan Shariah KWSP bermula berserta contoh penyucian dividen yang perlu dilakukan oleh ahli yang beragama Islam. Semoga bermanfaat!
Bertukarlah ke Simpanan Shariah untuk simpanan persaraan yang suci & patuh syariah.
Rujuk cara membuat pertukaran ke Akaun Shariah KWSP melalui artikel ini : Cara Tukar Akaun KWSP Konvensional Kepada Shariah Secara Online
Soalan Lazim Dividen KWSP 2026
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen 2025 pada 28 Februari 2026 menerusi satu taklimat khas kepada media.
Pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen berada dalam julat 6.0% hingga 6.5%. Ini berdasarkan prestasi pelaburan KWSP yang mencatatkan pendapatan RM63.99 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama 2025 (naik 11% berbanding tempoh sama tahun 2024).
Dividen KWSP dikira menggunakan kaedah purata baki harian. Ini bermakna setiap ringgit yang ada dalam akaun anda setiap hari akan diambil kira. Semakin awal anda mencarum (seperti melalui caruman sukarela di awal tahun), semakin tinggi dividen yang akan dijana oleh wang tersebut melalui kesan kompaun.
Dividen Konvensional melabur dalam portfolio yang lebih luas termasuk sektor perbankan konvensional global, manakala Shariah hanya melabur dalam aset patuh syariah sepenuhnya. Sejak 2024, jurang perbezaan kadar antara kedua-duanya semakin mengecil, malah mencatatkan kadar yang sama (6.30%).
Log masuk ke i-Akaun KWSP (web atau app), pilih tab Savings atau Dividend, dan klik View Details untuk lihat jumlah dividen Akaun 1, 2 dan 3.
Dividen dikreditkan automatik selepas pengumuman rasmi dan boleh disemak serta-merta melalui i-Akaun pada 28 Februari 2026.
Tidak, dividen KWSP adalah bebas cukai pendapatan untuk ahli.
Mulai 1 Januari 2026, beberapa perubahan penting telah berkuat kuasa:
– Akaun Fleksibel: Ahli kini mempunyai fleksibiliti akses dana untuk keperluan jangka pendek.
– i-Saraan Plus: Insentif kerajaan untuk pekerja gig dinaikkan sehingga RM600 setahun.
– Had Pengeluaran Haji: Dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM10,000 bagi ahli yang layak.
Contoh Kiraan Dividen KWSP:
Baki dalam Akaun KWSP pada Januari: RM10,000
Caruman RM500 setiap bulan
Kadar dividen tahunan: 5.5% (0.055)
Bulan Baki Bulanan (RM) —- Dividen Bulanan (RM)
Jan 10,000 (10,000 × 5.5%) ÷ 12 = 45.83
Feb 10,500 (10,500 × 5.5%) ÷ 12 = 48.13
Mac 11,000 (11,000 × 5.5%) ÷ 12 = 50.42
… … …
Dis 15,500 (15,500 × 5.5%) ÷ 12 = 70.98
Jumlahkan semua dividen bulanan → Itulah dividen tahunan kita.
Cara Kira Secara Mudah
Jika tiada caruman tambahan:Dividen = Baki Akhir Tahun × Kadar Dividen
Contoh:Jika baki akhir tahun RM50,000 dan kadar dividen 5.5%:
50,000×5.5%=𝑅𝑀2,750
Untuk buat anggaran atau kira berapa jumlah dividen KWSP anda, anda boleh menggunakan portal Dividen.my
KWSP mengumumkan kadar dividen masing-masing 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah 2025.
Dividen KWSP diagihkan mengikut kadar berikut: 75% Akaun 1, 15% Akaun 2, 10% Akaun 3.
Maklumat Lanjut
Ibu Pejabat (HQ)
Menara KWSP,
No. 1, Persiaran Kwasa Utama,
Kwasa Damansara, Seksyen U4,
40150 Shah Alam, Selangor.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh kemukakan pertanyaan dan semak status pertanyaan di sini: https://www.kwsp.gov.my/en/corporate/connect-with-us/enquiry
Follow media sosial Tabung Haji untuk update terkini di :-
- Portal Rasmi : kwsp.gov.my
- Facebook : KWSP Malaysia
- Instagram : KWSP Malaysia
- TikTok : KWSP Malaysia




