Keputihan boleh keluar dengan beberapa keadaan warna termasuklah keputihan kuning.
Namun adakah keputihan berwarna ini normal atau sebaliknya petanda kepada jangkitan alat kelamin wanita yang lebih serius?
Kenapa keputihan warna kuning?
Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah keputihan dan punca keputihan warna kuning, serta cara hilangkan keputihan kuning.
Baca juga:
Apa itu keputihan kuning?
Keputihan kuning boleh bermaksud kepada dua keadaan sama ada terdapat jangkitan di alat kelamin ataupun tidak.
Jika keputihan itu berwarna kuning pucat, tidak berbau, dan tidak disertai dengan gejala lain, anda tidak perlu bimbang tentangnya.
Namun jika keputihan yang keluar itu berbau, berwarna kuning pekat, dan anda merasakan adanya gejala yang tidak lazim, ia mungkin petanda kepada jangkitan seksual (STI) atau jangkitan bakteria.
Punca keputihan kuning
Terdapat 9 punca keputihan kuning berlaku kepada kaum wanita.
Antara punca keputihan warna kuning adalah seperti:
1. Senggugut
Semasa pertengahan haid, jumlah cecair dalam faraj akan meningkat dan mempunyai konsistensi seperti putih telur.
Walau bagaimanapun, apabila keputihan ini bereaksi dengan udara, ia boleh menyebabkan proses pengoksidan berlaku.
Hasilnya keputihan tadi bertukar kepada warna berkrim, keruh atau kekuningan terang. Namun, semua warna ini adalah normal.
2. Keputihan kuning awal kehamilan
Keputihan kuning juga boleh keluar sebagai salah satu tanda di awal kehamilan.
Semasa hamil, badan anda akan akan membuat persediaan untuk melahirkan anak dengan melembutkan serviks dan dinding faraj.
Untuk menghentikan jangkitan daripada sampai ke rahim, badan perlu menghasilkan lebih banyak keputihan untuk keluar.
3. Vaginitis
Vaginitis adalah sejenis keradangan dalam faraj. Ia termasuklah seperti jangkitan yang berpunca daripada bakteria, virus, atau kulat.
Antara gejala vaginitis adalah seperti:
- Cairan tidak normal yang mungkin berwarna kuning atau hijau
- Cairan tidak normal yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan
- Sakit atau ketidakselesaan semasa melakukan hubungan seks
- Rasa terbakar semasa kencing
- Gatal di luar faraj
- Pendarahan faraj semasa atau selepas melakukan hubungan seks
Rawatan vaginitis biasanya dengan krim faraj atau suppositori yang mengandungi antibiotik, antikulat atau bahan tertentu untuk mengawal keputihan tersebut.
Selain itu, jangkitan yis (Candida) juga kadangkala boleh menyebabkan keputihan bertukar warna.
Walaupun biasanya menyebabkan keputihan putih pekat, tapi jangkitan yis juga boleh bertukar kuning jika bercampur dengan nanah.
Gatal-gatal dan kemerahan turut berlaku.
4. Trikomoniasis
Trikomoniasis adalah STI atau jangkitan kelamin yang disebabkan oleh parasit.
Ia adalah jangkitan seksual bukan virus yang paling biasa di dunia.
Sesetengah penghidap trikomoniasis tidak mendapat gejala tertentu.
Seseorang yang menghidap trikomoniasis juga akan mendapati keputihan mereka berbuih, warna kekuningan atau kehijauan, dan berbau busuk.
Trikomoniasis boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik iaitu metronidazole yangg diambil dua kali sehari selama 7 hari.
5. Chlamydia dan Gonorrhea
Chlamydia dan Gonorrhea juga adalah STI yang biasa berpunca dari sejenis bakteria.
Kedua-duanya ini boleh menyebabkan keputihan kuning dan berbau busuk.
Biasanya, pesakit anda mendapat gejala seperti sakit di bahagian bawah perut atau rasa terbakar semasa membuang air kecil.
Chlamydia boleh dirawat dengan penggunaan antibiotik (azitromisin atau doxycycline) manakala Gonorrhea dirawat dengan satu suntikan ceftriaxone.
Punca keputihan kuning #6. Alahan atau iritasi
Seluar dalam yang ketat atau fabrik tidak sesuai boleh menyebabkan iritasi yang menjejaskan cecair faraj.
Jadi, keputihan boleh berubah berwarna kuning.
7. Penggunaan produk tidak sesuai
Sabun intim atau pencuci wanita yang mengandungi bahan kimia keras boleh menyebabkan iritasi dan perubahan warna keputihan.
8. Kurang kebersihan faraj
Kebersihan yang tidak terjaga boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan keputihan bertukar kuning.
9. Kesan pengambilan ubat
Sesetengah ubat seperti antibiotik boleh mengganggu flora normal faraj, menyebabkan keputihan berubah warna kuning.
Cara hilangkan keputihan kuning
Keputihan adalah kitaran normal yang biasa berlaku pada setiap wanita.
Cuma yang membezakannya adalah adakah ia normal atau tidak normal.
Walau bagaimanapun, anda boleh memastikan keputihan yang keluar nanti normal dengan sentiasa menjaga kebersihan faraj terutamanya ketika datang haid.
Pastikan alat sulit kita sentiasa bersih dan dalam keadaan kering.
Dalam masa yang sama, pastikan juga anda mengamalkan seks yang sihat dengan menggunakan kondom, mengehadkan bilangan pasangan seksual, dan menjalani ujian STI secara berkala.
Bila perlu jumpa doktor
Sekiranya anda bimbang dan risau tentang kesihatan faraj anda, anda tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar sakit puan.
Segeralah berjumpa dengan doktor juga sekiranya anda mendapat tanda-tanda jangkitan serius seperti:
- Keputihan yang kehijauan dan berbau busuk
- Demam tinggi dengan menggigil
- Bengkak dan sakit faraj yang teruk
- Sakit pelvis atau bahagian bawah perut yang teruk
Hal ini kerana, jika ia tidak dirawat dengan segera terutamanya ketika anda sedang hamil, anda boleh berisiko melahirkan bayi pramatang atau bayi lahir dengan berat yang ringan.
Untuk menentukan punca keputihan yang tidak normal, doktor akan bertanya kepada anda tentang simptom yang berlaku, sejarah kesihatan, dan sejarah hubungan seksual.
Rawatan untuk punca keputihan yang tidak normal adalah berbeza-beza dan mungkin termasuk pemberian antibiotik atau ubat antikulat.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan masalah keputihan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
- Vaginal Discharge: Causes of White, Yellow, and Clear Discharge. Medical News Today
- Yellow Discharge: Normal vs. Abnormal Vaginal Fluid. Very Well Health