TERKINI: PENDAFTARAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2027 BOLEH DIBUAT MULAI 15 FEBRUARI 2026 MENERUSI SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS) DI PAUTAN https://idme.moe.gov.my
idMe adalah platform digital yang diperkenalkan oleh KPM bagi memudahkan ibu bapa dan guru mengakses maklumat pendidikan secara dalam talian. Sistem ini boleh diakses melalui pautan idme.moe.gov.my
Mulai tahun 2025, idMe menjadi saluran utama untuk menyemak prestasi murid, kehadiran, dan pelbagai maklumat penting sekolah.
Panduan ini disediakan bagi membantu pengguna memahami cara menggunakan sistem ini dengan mudah dan efisien.

Apa itu idMe KPM
idMe merupakan singkatan kepada “Identity Management” dan berfungsi sebagai sistem pengurusan identiti digital nasional yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.
Portal rasmi boleh diakses di idme moe gov my, yang direka khusus sebagai platform single sign-on (SSO) untuk pengurusan identiti aplikasi pendidikan KPM.
Sistem ini membolehkan pengguna seperti guru, pelajar, ibu bapa atau penjaga, pentadbir, dan institusi swasta mengakses pelbagai sistem dan aplikasi pendidikan KPM menggunakan satu set kelayakan log masuk sahaja.
idMe bertindak sebagai repositori pusat untuk menyimpan, mengesahkan, dan mengurus data pengguna, meningkatkan keselamatan, kemudahan, dan integrasi dalam ekosistem pendidikan nasional.
Di bawah rangka kerja ‘Identity and Access Management’ (IAM) yang lebih luas, idMe membolehkan penciptaan, pengesahan, penyimpanan, dan penggunaan identiti digital secara berpusat.
Pengguna Sasaran idMe
Sistem ini direka untuk memenuhi keperluan pelbagai pengguna dalam ekosistem pendidikan Malaysia:
- Institusi Swasta: Integrasi dengan sistem pendidikan kebangsaan
- Guru dan Pentadbir Sekolah: Akses kepada sistem pengurusan sekolah dan sumber pendidikan rasmi
- Ibu Bapa dan Penjaga: Pendaftaran anak dan pemantauan kemajuan pendidikan
- Pelajar: Akses kepada platform pembelajaran dan sumber akademik


Kepentingan idMe
Kepentingan sistem ini adalah seperti berikut:
- Penyelarasan Akses: Memudahkan akses kepada pelbagai sistem dan aplikasi pendidikan hanya dengan satu akaun sahaja.
- Pengurusan Data Berpusat: Bertindak sebagai pusat data bagi semua pengguna dalam sistem pendidikan.
- Keselamatan Data: Memastikan data pengguna selamat dan terjamin dengan proses pengesahan identiti yang ketat.
- Pengesahan Pengguna: Pengesahkan identiti pengguna sebelum mereka dapat mengakses sistem atau maklumat tertentu, mencegah akses tanpa kebenaran.
- Integrasi Sistem: Integrasi antara pelbagai sistem pendidikan, membolehkan perkongsian data yang lancar dan berkesan.
- Akses Mudah: Akses mudah kepada ibu bapa, pelajar, dan guru kepada maklumat dan perkhidmatan yang diperlukan, seperti pendaftaran pelajar, semakan keputusan, dan lain-lain.
- Pendaftaran Pelajar: Proses pendaftaran pelajar baru, terutamanya untuk Tahun 1 dengan mudah melalui platform yang terpusat dan efisien.
- Kemudahan Pentadbiran: Pentadbir sekolah dan pihak KPM dapat menguruskan data pelajar, guru, dan kakitangan yang lebih cekap.
- Pemantauan dan Penambahbaikan: Pemantauan daripada KPM secara berterusan dan membuat penambahbaikan untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik.
- Penyelesaian Masalah:Menyediakan panduan untuk menyelesaikan masalah log masuk yang mungkin dihadapi oleh pengguna.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027
Pendaftaran Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2027 boleh dibuat secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia (MOEIS). Ibu bapa atau penjaga boleh mengakses laman web rasmi di https://idme.moe.gov.my atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Tempoh pendaftaran dibuka bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.
Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang memenuhi syarat umur yang ditetapkan.
Maklumat Penting:
- Kaedah pendaftaran: Secara dalam talian melalui MOEIS
- Laman web rasmi: https://idme.moe.gov.my
- Tarikh pendaftaran: 15 Februari hingga 31 Mac 2026
- Kelayakan:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Lahir 2 Januari 2021 – 31 Disember 2021 (5 tahun)
- Lahir 2 Januari 2020 – 1 Januari 2021 (6 tahun)

Panduan Pendaftaran idMe
Pengguna baharu perlu mendaftar di idme moe gov my. Maklumat wajib termasuk nombor IC, emel yang sah, maklumat peribadi, dan penciptaan (atau penerimaan) kata laluan sementara.
Proses Pendaftaran Asas
- Aktivasi Akaun: Log masuk kali pertama dan tukar kata laluan jika perlu
- Akses Portal Pendaftaran: Pergi ke laman web rasmi
- Klik Butang Daftar: Pilihan pertama untuk pengguna baharu
- Isi Maklumat Yang Diperlukan: Nombor IC, alamat emel, dan data peribadi
- Sediakan Kata Laluan: Cipta kata laluan baharu atau terima kata laluan sementara
- Verifikasi Emel: Sahkan melalui pautan pengesahan yang dihantar ke emel
Pengguna mesti verify emel mereka melalui verification link dan log masuk untuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara sebelum menukar kepada kata laluan baharu untuk mengaktifkan akaun.

Langkah Keselamatan Pendaftaran
Keselamatan pendaftaran termasuk langkah-langkah keselamatan seperti:
- Pematuhan kepada pengesahan dua faktor (2FA)
- Penggunaan captcha untuk mengelakkan pendaftaran automatik
- Pengesahan maklumat pelajar/anak melalui sijil kelahiran (MyKid) dan pengesahan data melalui sistem integrasi dalaman
Setelah selesai mendaftar, sistem akan memaparkan mesej “pengguna berjaya didaftarkan” dan pengguna boleh meneruskan dengan proses verification.

Pendaftaran untuk Ibu Bapa
idMe ibu bapa memerlukan proses pendaftaran yang khusus di mana ibu bapa perlu mendaftar akaun mereka sendiri, kemudian menghubungkan/mendaftarkan maklumat anak menggunakan nombor sijil kelahiran atau nombor MyKid.
Sistem membenarkan satu ibu bapa memantau lebih daripada satu anak di bawah satu akaun.
Pengesahan data anak merujuk kepada maklumat daripada sistem rekod APDM/pelajar. Penyimpanan dokumen penting seperti sijil kelahiran dan rekod vaksinasi diperlukan untuk pendaftaran tahun 1.
Keperluan Khusus Ibu Bapa
- Hubungan Keluarga: Pengesahan yang tinggal bersama dan hubungan sah
- Verifikasi Identiti: Menggunakan MyKad ibu bapa sebagai dokumen pengesahan utama
- Maklumat Anak: Nombor MyKid dan sijil kelahiran untuk setiap anak
- Alamat Kediaman: Maklumat lengkap termasuk status oku jika berkaitan
Nota : Pengguna yang berjaya daftar perlu menyemak e-mel untuk dapatkan default kata laluan kemudian log masuk sistem menggunakan default kata lalauan yang telah diberikan kemudian perlu menukar kata laluan tersebut kepada kata laluan yang baharu.
Pendaftaran untuk Guru
idMe guru memerlukan integrasi dengan sistem eSPKWS semasa pendaftaran; pengesahan data guru dijalankan melalui rekod jabatan.
Guru diberikan keistimewaan untuk mengakses sistem pengurusan sekolah, sumber pendidikan rasmi, serta manual pengguna yang tersedia untuk dimuat turun.
- Guru mendapat akses kepada:
- Portal khusus untuk menguruskan profil pelajar dan data akademik
- Sumber pentadbiran sekolah dan aplikasi kewangan
- Hak akses yang lebih tinggi untuk fungsi pengurusan pelajar, penjadualan, dan lain-lain
Cara Memohon Kemasukan Murid Tahun 1 Melalui idMe
Untuk murid yang ingin memohon kemasukan Tahun 1 di sekolah-sekolah di bawah KPM, permohonan mestilah dibuat menerusi sistem ini:
- Layari portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
- Klik “Pengguna Baru.”
- Klik “Daftar Pengguna.”
- Klik “Daftar”
- Masukkan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran.
- Teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik “Permohonan Baharu.”
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Masukkan maklumt-maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Kemudian, klik butang “Simpan dan Seterusnya”
- Pergi ke menu “Perakuan.”
- Klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan dipaparkan.



Cara Kemaskini Maklumat Murid
Untuk mengemaskini maklumat murid menerusi sistem ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal https://idme.moe.gov.my/login
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (KP) ibu bapa atau penjaga dan kata laluan.
- Di bahagian menu kiri skrin, klik “Aplikasi”.
- Klik “Pengurusan Awam” dari senarai aplikasi yang dipaparkan.
- Klik ikon “Pengurusan Awam” untuk mengakses sistem pengemaskinian maklumat.
- Isi semua maklumat dengan betul.
- Klik ‘Pengesahan’ setelah semua maklumat diisi.
- klik “Simpan” untuk memastikan data baharu dikemas kini.
- Mesej pengesahan akan dipaparkan menyatakan “Maklumat Profil Berjaya Dikemaskini” dan klik “Ok.”

Akses Lupa Kata Laluan
Bagi ibu bapa yang lupa kata laluan, sila ikuti langkah-langkah ini:
- Klik “Lupa Kata Laluan.”
- Masukkan alamat emel yang betul.
- Masukkan captcha dan klik butang “Hantar Tetapan.”
- Semak emel untuk penetapan semula kata laluan.
- Klik butang “Penetapan Semula Kata Laluan Akaun Pengguna.”
- Masukkan maklumat emel, nombor kad pengenalan, kata laluan dan sahkan kata laluan.
- Masukkan captcha dan klik butang “Menetapkan Semula Kata Laluan.”


Panduan Video idMe / MOIES
Pengenalan Sistem idMe
Manual Pengguna Tetapan Kelas
Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Peristiwa
Manual Pengguna Takwim Permohonan Cuti Gantian
Manual Pengguna Pengesahan Bulanan
Manual Pengguna Selenggara Kurikulum Institusi
Manual Pengguna Kehadiran Murid
FULL PLAYLIST : https://www.youtube.com/playlistlist=PLmD1mchJt7tWa3SsydR8Q6CmOp6E04y7W
Muat Turun Panduan Penuh (PDF)
Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini :
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), sila kemukakan ke
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Aras 3 – 4 Blok E8 Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
- No. Tel : 03-88843501
- No. Fax : 03-88895244
- Email : [email protected]
Soalan Lazim
Rujuk Soalan Lazim Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2027:





Masalah Log Masuk Biasa
Isu biasa termasuk kata laluan yang salah, masalah internet, atau pelayar yang tidak serasi. Cuba reset kata laluan atau hubungi sokongan teknikal.
Biasanya 1–3 hari bergantung kepada kelengkapan kes dan verification process yang diperlukan.
Ya, sistem membenarkan ini selagi dokumen dan data adalah sah dan application status telah disahkan.
Keperluan Teknikal
Disyorkan pelayar terkini dan sambungan internet yang stabil. Sistem serasi dengan pelayar popular seperti Chrome, Firefox, dan Safari.
Pelaksanaan perlindungan data mematuhi akta/peraturan kerajaan dengan encryption dan pengesahan identiti berlapis.