Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Permohonan Bazar Ramadan dan Aidilfitri Kuala Lumpur 2027 seliaan DBKL dan penganjur kini dibuka melalui portal elesen di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my mulai 19 November sehingga 29 November 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bazar Ramadan dan Syawal ini.

Mengenai Bazar Ramadan & Syawal KL 2027

Untuk makluman, permohonan bazar ini dibuka melibatkan lokasi seliaan DBKL dan penganjur yang perlu diphon menerusi atas talian sahaja.

Terdapat 7 Lokasi Bazar Ramadan dan 1 Lokasi Bazar Syawal (Aidilfitri) disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk 2027 manakala 38 lokasi Bazar Ramadan KL dan 1 lokasi Bazar Syawal KL disediakan oleh penganjur.

Pihak DBKL akan menjalankan saringan berdasarkan syarat permohonan dan pemilihan adalah secara cabutan undi manakala pihak penganjur bagi bazar seliaan penganjur.

Satu permohonan adalah terhad kepada satu lokasi dan satu petak sahaja.

    Lokasi Bazar Ramadan & Syawal

    Lokasi bazar di seluruh Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

    i- Seliaan DBKL

    ii- Seliaan Penganjur

    Tempoh Bazar

    Tempoh bazar adalah 8 Februari 2027 sehingga 9 Mac 2027.

      Kadar Caj

      Kadar caj dan masa operasi adalah sama bagi kedua-dua bazar Seliaan DBL dan Seliaan Penganjur iaitu:

      • Bazar Ramadan KL: RM400 (3.00 petang – 8.00 malam)
      • Bazar Syawal KL: RM2,580.00 (10.00 pagi – 12.00 tengah malam)

      Saiz Tapak

      Saiz tapak yang ditawarkan adalah seperti berikut:

      i- Bazar Seliaan DBKL

      • Ramadan 8 kaki × 8 kaki
      • Syawal 10 kaki × 10 kaki

      ii- Bazar Seliaan Penganjur

      • Ramadan 8 kaki × 8 kaki
      • Syawal 10 kaki × 10 kaki

        Syarat Permohonan

        Syarat permohonan bagi bazar ini adalah seperti berikut:

        1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
        2. Beragama Islam.
        3. Tiada tunggakan sewa Gerai Pasar Berbangunan / Pusat Penjaja DBKL
        4. Tiada tunggakan kompaun trafik DBKL. Pemegang Lesen Penjaja DBL yang mash aktif
        5. (terpakai untuk permohonan Bazar Syawal seliaan DBKL sahaja)

        Cara Memohon

        Permohonan boleh dibuat menerusi Portal elesen di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my bagi Bazar Seliaan DBKL.

        Bagi permohonan seliaan penganjur, pemohon boleh terus kepada pihak penganjur berdasarkan lokasi.

        Keputusan permohonan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

        Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan tunggakan kompaun dan tunggakan sewa gerai (sekiranya ada) dan semakan tunggakan kompaun boleh dibuat melalui portal e-Rayuan DBKL.

        Soalan Lazim

        Bilakah tarikh permohonan Bazar Ramadan dan Aidilfitri Kuala Lumpur 2027?

        Permohonan boleh dibuat mulai 19 November sehingga 29 November 2026.

        Berapakah lokasi Bazar Ramadan dan Bazar Syawal di Kuala Lumpur pada tahun 2027?

        Sebanyak 7 Lokasi Bazar Ramadan dan 1 Lokasi Bazar Syawal (Aidilfitri) disediakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur manakala 38 lokasi Bazar Ramadan KL dan 1 lokasi Bazar Syawal KL disediakan oleh penganjur.

        Bilakah tempoh Bazar Ramadan dan Syawal ini akan berlangsung?

        Tempoh Bazar Ramadan dan Syawal ini akan berlangsung pada 8 Februari 2027 sehingga 9 Mac 2027.

        Berapakah kadar caj yang ditawarkan untuk Bazar Ramadan dan Syawal ini?

        – Bazar Ramadan KL: RM400 (3.00 petang – 8.00 malam)
        – Bazar Syawal KL: RM2,580.00 (10.00 pagi – 12.00 tengah malam)

        Berapakah saiz tapak untuk Bazar Ramadan dan Syawal 2027 ini?

        Bazar Seliaan DBKL
        – Ramadan 8 kaki × 8 kaki
        – Syawal 10 kaki × 10 kaki
        Bazar Seliaan Penganjur
        – Ramadan 8 kaki × 8 kaki
        – Syawal 10 kaki × 10 kaki

        Bagaimanakah cara memohon untuk Bazar Ramadan dan Syawal 2027 ini?

        Permohonan boleh dibuat menerusi Portal elesen di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my bagi Bazar Seliaan DBKL manakala permohonan seliaan penganjur, pemohon boleh terus kepada pihak penganjur berdasarkan lokasi.

        Pertanyaan Lanjut

        Pertanyaan lanjut mengenai Bazar Ramadan dan Syawal KL, sila hubungi talian 03-2028 2541 / 2537 / 2538.

        Baca juga: 1 Ramadan 2027 – Cuti Umum Awal Ramadan Di Malaysia

        Penulis