Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026

Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-S) 2026 kini dibuka secara dalam talian bermula 22 Disember 2025 sehingga 30 Januari 2026 di pautan berikut https://tube.smecorp.gov.my/

TUBE-S adalah merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan.

Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan. 

Rujuk info lanjut mengenai cara permohonan dan syarat kelayakan di bawah.

Apa Itu Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-S)?

Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah SME Corp. Malaysia.

Program ini direka khas untuk menarik minat belia Bumiputera menceburi bidang perniagaan dan mengubah minda mereka daripada menjadi “pencari kerja” kepada “pencipta kerja” (pemilik perniagaan).

Terdapat 3 komponen utama dalam program bantuan ini, iaitu:

1. Latihan : Dilaksanakan secara fizikal selama tujuh (7) hari di pusat latihan yang akan ditentukan oleh SME Corporation Malaysia. Latihan memberi fokus pada modul-modul berkaitan pembangunan perniagaan, pemasaran & pengurusan kewangan iaitu selaras dengan situasi semasa.

    2. Bantuan Geran Perniagaan: Nilai geran maksimum adalah RM15,000.00. Walau bagaimanapun, geran ini tidak diberikan dalam bentuk tunai secara terus ke akaun peribadi. Ia disalurkan melalui sistem tuntutan atau bayaran terus kepada pembekal (vendor) bagi pembelian peralatan atau stok yang telah diluluskan dalam pelan perniagaan peserta.

    3. Khidmat nasihat dan Pemantauan: Tempoh pemantauan adalah selama 12 bulan. Sejak tahun 2024/2025, pemantauan dilakukan secara digital melalui sistem pelaporan bulanan. Usahawan belia memilih untuk tidak meneruskan perniagaan selepas menerima geran, maka peserta perlu memulangkan semula jumlah geran yang telah diterima.

    BACA JUGA: Permohonan Bantuan Ibu Bersalin 2026 (BIB) RM450 – Sarawak Pass

      Objektif TUBE

      Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 – 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.

      Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

      1. memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia
      2. anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta
      3. membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri

      Tarikh Permohonan Dibuka

      Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-S) dibuka mulai 22 Disember 2025 hingga 30 Januari 2026 (9 pagi – 5 petang – Hari Bekerja) sahaja.

      Permohonan sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima.

      Syarat Permohonan

      Permohonan bagi Program TUBE-S (2026) hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

      • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (30 Januari 2026)
      • Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang daripada 36 bulan sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (30 Januari 2026)
      • Bagi graduan Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) yang telah mendaftarkan perniagaan semasa dalam tempoh pengajian kerana keperluan pembelajaran dan pendaftaran perniagaan telah pun melebihi 36 bulan sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang 12 bulan daripada tarikh tutup permohonan dalam talian (30 Januari 2026). Surat pengesahan tamat pengajian daripada institusi pengajian mestilah dimuatnaik semasa pendaftaran dalam talian.
      • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon seperti berikut:
        • telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya enam (6) bulan (perlu menunjukkan bukti transaksi perniagaan semasa permohonan dalam talian);
        • mengemukakan pelan ringkas pertumbuhan perniagaan semasa permohonan;
        • bersedia menanggung sekurang-kurangnya 10% kos sendiri (RM1,500) daripada nilai maksimum geran;
        • boleh mengemukakan perancangan perbelanjaan berjumlah RM16,500 bagi pengunaan geran perniagaan (RM15,000) dan sekurang-kurangnya 10% kos sendiri (RM1,500) daripada nilai maksimum geran.
        • memiliki Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran;
        • pelajar Teknousahawan atau graduan Teknousahawan daripada mana-mana institut pengajian tinggi atau pusat latihan kemahiran;
        • telah memiliki akaun semasa syarikat.
      • Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 12.00 malam).
      • Boleh memberikan kerjasama dan komitmen penuh sepanjang 12 bulan tempoh pemantauan di Fasa 2 dan menghadiri / menyertai semua program / seminar / latihan serta bimbingan susulan yang akan diberikan.
      • Pemohon hendaklah.
        • tidak akan terlibat dengan kesalahan jenayah atau aktiviti yang menyalahi undang-undang;
        • tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
        • tidak diisytiharkan muflis
        • tidak berada dalam situasi keterhutangan kewangan yang serius / meminjam daripada peminjam wang berlesen atau peminjam wang tidak berlesen
        • tiada sejarah disenaraihitam atau sedang disenaraihitam oleh mana-mana bank / koperasi / institusi kewangan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC);
        • memiliki rekod kewangan yang bersih / tidak bermasalah dengan mana-mana bank. Contoh: akaun mule
        • tidak pernah atau tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
        • tidak berada dalam keberhutangan serius;; dan
        • bebas dari status / proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah
      • Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
        • Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
        • Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
        • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
        • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
        • Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
        • Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
        • Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
      • Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
        • hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
        • hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
      • Pemohon tidak bekerja , sama ada:
        • bekerja di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
        • pekerja bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara
      • Pemohon tidak pernah menyertai Program TUBE sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 11, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA, TUBE@PEMERKASA, TUBE@TVETMARA dan TUBE@Mikro Madani).
      • Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian bagi Program TUBE sebelum ini tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program adalah tidak lagi layak memohon.
      • Pelajar / penuntut yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa / separuh masa / kursus pendek di mana-mana pusat pengajian tinggi adalah tidak layak memohon.
      • Hanya pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) semester akhir di tahun akhir pengajian dibenarkan untuk memohon namun:
        • sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon hendaklah TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 2 program ini; dan
        • pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE-S dijalankan kelak / semasa dalam tempoh Fasa 2 (Bimbingan & Pemantauan)

      Cara Permohonan

      Rujuk cara permohonan TUBE-S di bawah:

      1. Permohonan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera boleh dibuat di pautan berikut: https://mybpi.smecorp.gov.my.
      2. Klik menu “Pendaftaran”.
      3. Pilih daftar ID Pengguna > TUBE dan masukkan nombor kad pengenalan.
      4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik “Submit”.
      5. Ikuti arahan seterusnya sehingga selesai.

      Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.

      Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan secara dalam talian, permohonan dianggap tidak berjaya.

      Anda boleh rujuk video panduan permohonan TUBE di bawah untuk panduan lebih jelas:

      Atau, muat turun PDF Panduan Pengguna TUBE di bawah:

      Senarai Semak Dokumen (Wajib Muat Naik)

      Pastikan anda menyediakan dokumen ini dalam bentuk digital (PDF/JPEG) sebelum memulakan permohonan:

      • Surat Pengesahan Tamat Pengajian (bagi graduan baru).
      • Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang).
      • Maklumat Pendaftaran Perniagaan (SSM/Sijil Perniagaan).
      • Penyata Bank (Akaun Syarikat atau Akaun Peribadi yang menunjukkan transaksi jualan).
      • Sijil Akademik / Sijil Kemahiran tertinggi.

      Fasa Pelaksanaan

      Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan dengan pengetahuan dan maklumat asas keusahawanan, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

      Fasa Pertama

      Menerusi Fasa 1 iaitu Bengkel Asas Keusahawanan selama tujuh (7) hari, peserta akan mempelajari pelbagai elemen perniagaan seperti Jualan dan Pemasaran, Pengurusan Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pengurusan Operasi dan Pengurusan Kewangan, Pendaftaran Perniagaan, Penjenamaan, Harta Intelek, Peraturan dan Undang-Undang Perniagaan serta Pendigitalan Perniagaan.

      Selain itu, peserta juga akan mendapat maklumat kemudahan bantuan oleh Kerajaan dan institusi perbankan

      Di Fasa ini juga peserta seterusnya perlu menyediakan Business Model Canvas (BMC) dan membentangkan cadangan Rancangan Perniagaan (RP).

      Bengkel Asas Keusahawanan ini secara tidak langsung membantu para peserta :

      • lebih memahami asas keusahawanan dan perniagaan sekaligus dapat membantu peserta menjalankan perniagaan mereka dengan efisien;
      • memastikan amalan tadbir urus perniagaan yang baik seperti penyimpanan rekod, maklumat perniagaan dan rekod kewangan;
      • merancang agihan sumber bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan dijalankan

      Fasa Kedua

      Peserta yang berjaya menamatkan Fasa 1 akan menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Perniagaan (RP) yang telah dibentangkan kepada Panel Penilai semasa Sesi Pith2Match.

      Perkembangan perniagaan peserta di Fasa ini akan dibimbing dan dipantau oleh Penyedia Perkhidmatan yang dilantik serta dikawal selia oleh SME Corporation Malaysia. Sepanjang tempoh pemantauan, peserta perlu:

      1. mengemukakan laporan perkembangan perniagaan pada setiap bulan atau setiap suku tahun dan / atau apabila diperlukan melalui cara / platform / kaedah yang akan ditentukan;
      2. memberikan komitmen dan kerjasama sekiranya dalam tempoh pemantauan, lawatan fizikal ke premis peserta perlu dilakukan; dan
      3. WAJIB mengikuti program yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia dari semasa ke semasa seperti latihan / seminar / aktiviti susulan yang berkaitan

      Tempoh bimbingan dan pemantauan yang mengambil masa selama 12 bulan ini bertujuan untuk memastikan TUBErs mendapat khidmat nasihat yang bersesuaian dan mencukupi agar perniagaan yang dijalankan akan dapat terus berdaya tahan dan mampan serta relevan dalam industri.

      Jenis bantuan

      Peserta yang layak menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ini akan menerima bantuan seperti berikut:

      1. Latihan asas keusahawanan untuk menjalankan perniagaan
      2. Layak dipertimbangkan Geran Permulaan Perniagaan sehingga maksimum RM15,000.00 selepas menamatkan latihan
      3. Khidmat nasihat dan pemantauan perniagaan melalui
        • Penyedia Perkhidmatan yang dilantik; dan
        • Kaunselor Perniagaan SME Corp. Malaysia
      4. Syarikat yang berjaya di bawah Program ini juga boleh mendapatkan bantuan tambahan yang disediakan oleh agensi Kerajaan seperti SME Corp. Malaysia, MARA, PUNB, SME Bank, Bank Rakyat dan Agro Bank atau lain-lain Kementerian dan Agensi yang menyediakan program dan bantuan keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan

      Tempoh Kelulusan Geran Perniagaan

      1. Tempoh masa penyaluran geran perniagaan adalah bergantung kepada tempoh masa yang diambil oleh peserta untuk mengemukakan dokumen permohonan geran lengkap secara dalam talian dan juga dokumen fizikal.

      2. Peserta perlu mengemukakan permohonan geran secara:

      1. dalam talian di https://mybpi.smecorp.gov.my; dan
      2. fizikal dengan mengemukakan kesemua dokumen sokongan asal berkaitan yang telah dimuatnaik ke dalam system MyBPI

      3. Pemprosesan dokumen permohonan geran oleh Urus Setia Program hanya akan bermula setelah dokumen sokongan permohonan geran terakhir diterima lengkap:

      • pihak Urus Setia Program mengambil masa sehingga 21 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada peserta; dan
      • Bahagian Kewangan dan Akaun mengambil masa sehingga 14 hari bekerja dari tarikh fail lengkap diterima daripada Urus Setia Program.

      Tindakan Calon Berjaya Dipilih

      Calon yang layak dan berjaya terpilih disarankan untuk :

      1. mempunyai perancangan dan idea yang jelas tentang perniagaan yang hendak dijalankan atau perancangan bagi menskalakan (menambah baik/ mengembangkan) perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi;
      2. Memberikan komitmen penuh sepanjang Bengkel Asas Keusahawanan (Fasa 1) dijalankan dan juga sepanjang tempoh pemantauan (Fasa 2) selama 12 bulan dan memanfaatkan setiap ilmu dan pengetahuan yang dipelajari sepanjang Program untuk memulakan dan/atau mengembangkan perniagaan.
      3. Tidak hanya berharap dan bergantung kepada Geran Perniagaan yang akan ditawarkan di bawah program TUBE sahaja, sebaliknya peserta seharusnya mempunyai dana permulaan sendiri (sekurang-kurangnya 10% daripada nilai Geran Perniagaan yang ditawarkan) untuk memulakan perniagaan dan seterusnya menggunakan Geran yang diterima di bawah Program TUBE untuk mengembangkan lagi perniagaan yang dirancang / dijalankan.

      Peserta Program ini seterusnya diharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat melalui aktiviti perniagaan dan keusahawanan yang dijalankan.

      Maklumat lanjut

      Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di https://tube.smecorp.gov.my/index.php.

      Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai yang bertugas di:

      SME Corporation Malaysia
      Level 6, SME 1, Block B, Platinum Sentral
      Jalan Stesen Sentral 2
      Kuala Lumpur Sentral
      50470 KUALA LUMPUR
      Email: [email protected]
      Infoline: 03-9213 0077
      Waktu Operasi: 9.00pg – 5.00ptg

      Soalan Lazim Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026

      Apakah perbezaan TUBE-S dengan program TUBE biasa?

      TUBE-S (SKALA) direka khusus untuk mempercepatkan (scale-up) pertumbuhan perniagaan. Fokusnya bukan sekadar memulakan perniagaan kecil-kecilan, tetapi memastikan model perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang lebih besar, mampan, dan menggunakan teknologi digital.

      Siapa yang layak memohon TUBE-S 2026?

      – Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur 18–30 tahun semasa tarikh tutup permohonan.
      – Telah mendaftarkan perniagaan dengan SSM (atau pihak berkuasa tempatan di Sabah/Sarawak), dan pendaftaran perniagaan tidak melebihi 36 bulan.
      – Prioriti diberi kepada pemilik sijil kemahiran/TVET, pelajar atau graduan bidang teknousahawan, serta mereka yang mempunyai akaun semasa syarikat aktif di bank tempatan.

      Apakah manfaat peserta TUBE-S?

      – Latihan intensif keusahawanan dan bimbingan.
      – Sokongan permulaan perniagaan (geran RM15,000 dan bantuan lain).
      – Pemantauan perniagaan menggunakan sistem M-CORE untuk menilai daya saing selepas setahun.

      Bagaimanakah proses pemilihan dijalankan?

      Proses pemilihan biasanya melalui tiga peringkat saringan:
      Saringan Atas Talian: Semakan syarat kelayakan asas dan latar belakang pemohon.
      Ujian Psikometrik: Menguji kecenderungan dan minat dalam bidang keusahawanan.
      Temuduga/Pitching: Pembentangan idea perniagaan di hadapan panel penilai SME Corp.

      Apakah jenis perniagaan yang dilarang?

      Program TUBE secara amnya tidak membiayai perniagaan yang bersifat:
      – Permainan judi atau aktiviti tidak beretika.
      – Skim cepat kaya atau MLM (Multi-Level Marketing).
      – Perniagaan yang hanya bertindak sebagai “orang tengah” (pure trading) tanpa nilai tambah yang jelas.

      Bagaimana proses permohonan Tunas Usahawan Belia Bumiputera SKALA (TUBE-S) 2026??

      Permohonan dibuka secara dalam talian melalui portal rasmi SME Corp. Pemohon perlu muat naik dokumen seperti sijil pendaftaran perniagaan, sijil kemahiran/TVET, surat pengesahan tamat pengajian (jika berkenaan), dan dokumen sokongan lain.

      Bilakah tarikh permohonan TUBE-S 2026?

      Tarikh Buka: 22 Disember 2025.
      Tarikh Tutup: 30 Januari 2026 (Jam 5:00 petang).

      Apakah syarat pendaftaran perniagaan (SSM) yang terbaru?

      Berbeza dengan TUBE biasa, TUBE-S 2026 mewajibkan:
      – Perniagaan mesti sudah didaftarkan dengan SSM atau Pihak Berkuasa Tempatan (Sabah/Sarawak).
      – Tempoh pendaftaran mestilah kurang daripada 36 bulan (3 tahun) pada tarikh tutup permohonan.
      – Pengecualian Graduan: Bagi graduan yang mendaftar awal kerana subjek keusahawanan, mereka layak jika tarikh tamat pengajian rasmi adalah kurang 12 bulan dari tarikh 30 Januari 2026.

      Apakah kriteria keutamaan untuk sesi 2026?

      Pemohon akan diberikan kelebihan jika:
      Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan (perlu bukti transaksi/penyata bank).
      Mempunyai Akaun Semasa Syarikat yang aktif.
      Mempunyai Sijil Kemahiran/Teknikal (TVET) atau graduan Teknousahawan.
      Mempunyai rancangan pertumbuhan perniagaan yang jelas.

        Follow eCentral di WhatsApp Channel
        Ikut