Keputihan : Punca, Cara Mengatasi & Kaedah Pencegahan

Masalah keputihan atau lendir berwarna putih, kelabu atau krim yang keluar daripada farah bukan satu perkara yang asing dalam kalangan wanita.

Statistik menunjukkan kira-kira 75% wanita yang sudah berkahwin sering menghadapi masalah ini.

Meskipun ia sering dianggap sebagai satu petanda biasa sebelum datang haid, namun ia boleh menjadi petand kepada pelbagai masalah kesihatan serius.

Oleh itu, para wanita perlulah mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lendir faraj secara semula jadi atau penyakit keputihan yang memerlukan rawatan perubatan.

keputihan

Jenis-Jenis Keputihan dan Sifatnya

Keputihan terbahagi kepada dua jenis iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik.

1. Keputihan Fisiologis

  • Sering berlaku semasa wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi.
  • Lelehan lendir normal biasanya berwarna putih atau krim, tidak bau serta tidak menyebabkan kegatalan.
  • Jumlah lendir adalah sedikit dan berbentuk cecair.
  • Normal dan dialami oleh hampir semua wanita.

2. Keputihan Patologik

  • Lendir yang bersifat lebih kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau
  • Berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian farah.
  • Jumlah lendir yang dikeluarkan lebih banyak
  • Disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria atau kulat) dan perlu dirawati segera.
keputihan

Punca Keputihan

Antara punca keputihan adalah :

  1. Kebersihan yang kurang terjaga
  2. Gangguan keseimbangan hormon
  3. Gaya hidup
  4. Masalah kesihatan

Sila rujuk penerangan lanjut di bawah:

punca keputihan wanita kkm

PUNCA 1 : Kebersihan Bahagian Sulit Wanita Kurang Terjaga

Kelembapan pada bahagian faraj boleh mengundang pertumbuhan serta jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

Oleh itu, para wanita sentiasa digalakkan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan lapkan sehingga kering setiap kali selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seksual.

PUNCA 2 : Gangguan Keseimbangan Hormon

Ketidakseimbangan hormon boleh terjadi disebabkan beberapa perkara berikut :

Rembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan ketika wanita sedang hamil membuatkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

Pengambilan ubat khususnya antibiotik yang berlebihan pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan bakteria semula jadi pada faraj mati.

Ini seterusnya akan mendorong pertumbuhan mikroorganisma jahat seperti kulat atau bakteria.

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga boleh disebabkan oleh pengambilan pil perancang.

PUNCA 3 : Gaya Hidup

Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat seperti melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk menghidap pelbagai jangkitan pada faraj.

PUNCA 4 : Masalah Kesihatan

Wanita penghidap kencing manis lebih mudah untuk alami keputihan. Akibat kandungan gula yang tinggi dalam darah, ia boleh menggalakkan pembiakan kualt yang banyak di bahagian faraj.

Pesakit dengan sistem pertahanan yang rendah atau terjejas akibat barah, AIDS atau leukemia juga berisiko tinggi untuk alami jangkitan faraj.

Cara Pencegahan & Tips Mengatasinya

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat. Buat kaum hawa, anda boleh amalkan beberapa kaedah pencegahan bagi penyakit keputihan seperti berikut :

  • Pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering
  • Elakkan penggunaan sabun, bedak, produk wangian atau pencuci faraj yang boleh mengakibatkan kegatalan atau mengganggu kestabilan pH.
  • Sentiasa jaga kebersihan terutamanya ketika datang haid. Pastikan anda sentiasa menukar tuala wanita dan jangan biarkan berjam-jam tanpa tukar.
  • Gunakan pelapik seluar dalam atau panty liner ketika perlu sahaja.
  • Hindari penggunaan seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.  
  • Jauhi pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan dengan kandungan gula tinggi.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada satu pasangan.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj termasuk kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.

Gejala serta komplikasi bagi masalah keputihan ini mungkin berbeza mengikut tahap kesihatan individu. Walau bagaimana pun, wanita dengan simptom keputihan patologik perlu rujuk kepada doktor segera sebelum keadaan semakin teruk.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!