Platform pembelajaran digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), DELIMa 2.0, kini tampil dengan paparan baharu yang lebih mesra pengguna dan berfungsi penuh untuk guru serta murid. Untuk mula menggunakan DELIMa, pengguna hanya perlu login melalui pautan rasmi: https://d2.delima.edu.my/login.
Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk daftar dan login ke sistem DELIMa 2.0 bagi tahun 2025.
Apa itu DELIMa
DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) ialah platform pembelajaran digital yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) selaras dengan inisiatif Education 4.0.
Ia menyediakan sistem pengurusan pembelajaran yang lengkap, membolehkan guru dan pelajar mengakses bahan pembelajaran, rujukan, dan pelbagai aplikasi PdP secara dalam talian.
Ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan peranti disambung kepada Internet.
Untuk mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu login menggunakan ID DELIMa yang disediakan oleh guru kelas atau pentadbir sekolah.
Platform ini boleh digunakan oleh murid sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi dan Tingkatan Enam, menjadikannya saluran pembelajaran yang inklusif dan menyeluruh.
Kelebihan Menggunakan DELIMa
- Memberi akses kepada pelbagai sumber bahan, contohnya Buku Teks Digital dan aplikasi pembelajaran
- ID boleh digunakan dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi / Tingkatan Enam,
- Dapat berkongsi dan memuat turun pelbagai jenis bahan PdP
- Akses yang sangat mudah: di mana-mana, bila-bila masa
Ciri-ciri Baru DELIMa 2.0
1. Antara muka pengguna (User Experience) yang lebih intuitif
Direka bentuk semula untuk lebih mesra pengguna dan mudah dinavigasi.
2. Ciri personalisasi (personalisation)
Pengguna boleh menyesuaikan paparan dan fungsi platform mengikut keperluan individu.
3. Pengalaman pembelajaran yang diperibadikan
Kandungan dan aktiviti disesuaikan mengikut tahap dan keperluan pengguna untuk pembelajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan.
4. Chatbot pembantu maya
Menyediakan bantuan segera kepada pengguna dengan menjawab soalan berkaitan penggunaan platform.
5. Akses pantas ke perkhidmatan KPM
Pautan terus ke laman seperti e-Operasi, APDM dan SPLKPM disediakan dalam satu platform yang terintegrasi.

Navigasi Laman DELIMa 2.0
DELIMa 2.0 direka dengan paparan mesra pengguna untuk guru dan murid. Bagi guru, paparan utama menunjukkan gambar profil, nama, dan sekolah.
Terdapat ruang carian untuk mencari bahan, akses ke kandungan pembelajaran, serta pautan ke pelbagai perkhidmatan dalam talian KPM.
Guru juga boleh pilih bahasa, tukar paparan gelap/cerah, dan akses ruang pengajaran serta pembangunan profesional. Pengumuman terkini dan aktiviti Google Classroom turut dipaparkan. Bantuan chatbot tersedia secara langsung.
Bagi murid, paparan turut menunjukkan gambar profil, nama, dan sekolah. Ruang “Digital Me” memaparkan lencana pencapaian.
Murid boleh mencari bahan dengan mudah, akses sumber pembelajaran, tukar paparan, lihat pengumuman, serta akses tugasan Google Drive dan Google Classroom.
Sistem AINS NILAM juga disediakan untuk rekod bacaan, dan chatbot sedia membantu bila diperlukan.
Cara Login DELIMa
Berikut adalah cara Login DELIMa 2.0 yang lengkap dan terkini bagi rujukan murid dan guru:
- Layari laman web. Pergi ke: d2.delima.edu.my
- Terima Terma & Syarat. Klik ✅ “Accept Term & Conditions”
- Klik untuk Login. Tekan butang “Click Here to Login”
- Log masuk menggunakan ID DELIMa. Masukkan ID DELIMa yang disediakan oleh guru kelas atau pentadbir sekolah.
- Paparan akan dibuka mengikut jenis pengguna:
- Murid akan melihat paparan pengalaman baharu yang sesuai untuk pelajar.
- Guru akan melihat paparan pengalaman baharu khas untuk guru.


Cara Tebus Baucar Buku Melalui DELIMa
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang DELIMa 2.0, layari portal rasmi di https://d2.delima.edu.my/login.
Untuk maklumat lanjut tentang ID dan Password Pelajar atau masalah terlupa kata laluan dan sebagainya pula, sila rujuk dengan pihak sekolah atau guru kelas masing-masing.
Soalan Lazim
DELIMa ialah platform pembelajaran digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan akses kepada pelbagai sumber pembelajaran, perkhidmatan Google Workspace for Education, Microsoft Office 365, dan Apple Education.
Platform ini boleh digunakan oleh semua murid, guru, dan warga KPM yang berdaftar melalui akaun MOE.
Pengguna boleh log masuk ke DELIMa melalui pautan rasmi: https://d2.delima.edu.my/login menggunakan ID MOE masing-masing.
Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh menekan pilihan “Lupa Kata Laluan” pada halaman log masuk, atau berhubung dengan pentadbir ICT sekolah untuk reset akaun.
DELIMa menyediakan akses kepada:
– Google Classroom
– Microsoft Teams
– Apple Schoolwork
– Kandungan pembelajaran digital
– Ruang pengajaran dan pembangunan profesional
Ya, DELIMa boleh diakses menggunakan pelbagai peranti seperti komputer, tablet, dan telefon pintar selagi mempunyai sambungan internet.
ID DELIMa akan diberikan oleh pihak sekolah. Sila rujuk guru kelas atau guru ICT untuk maklumat lanjut.
Platform ini direka khas untuk kegunaan murid dan guru. Ibu bapa tidak mempunyai akaun khusus tetapi boleh membantu anak-anak menggunakan platform ini di rumah.