Semakan PKSK 2026/2027 – Lokasi Pusat Peperiksaan & Tarikh

semakan pksk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Semakan PKSK Sesi 2026/2027: MAKLUMAN TARIKH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 TAHUN 2026/2027

Semakan PKSK boleh dilakukan melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my/ (Tingkatan 1) dan https://spskt4.moe.gov.my/ (Tingkatan 4).

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk kemasukan ke sekolah-sekolah khusus bagi sesi 2026/2027.

Jenis sekolah khusus:

  • Maktab Tentera Diraja (MTD)
  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
Permohonan PKSK Sesi Akademik 2026
Permohonan PKSK Sesi Akademik 2026

Permohonan PKSK sesi 2026 dibuka mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025. Semakan pusat ujian boleh disemak bermula 12 September hingga 17 Oktober 2025.

Pelaksanaan ujian PKSK pula dilaksanakan dari 6 Oktober hingga 17 Oktober 2025 untuk Tingkatan 1, manakala bagi Tingkatan 4 adalah antara 23 September hingga 3 Oktober 2025. Keputusan tawaran kemasukan dijangka diumumkan pada Disember 2025. 

Pendaftaran masuk untuk sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah pada 13 Januari 2026.

Berikut dikongsikan lebih lanjut untuk makluman bersama.

BACA JUGA: Permohonan SBP 2026 Tingkatan 1 & 4 (Sekolah Khusus & MRSM)

Apa itu PKSK?

PKSK adalah satu sistem ujian penilaian bersepadu yang digunakan untuk menilai calon pelajar yang ingin memasuki sekolah khusus di Malaysia sebagai syarat kelayakan utama.

Pentaksiran ini adalah bagi kemasukan ke Ting 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) & Ting 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus dan Mrsm
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus dan MRSM

PKSK menggantikan kaedah temu duga dan ujian saringan fizikal sebelum ini dengan pentaksiran yang dijalankan secara dalam talian menggunakan teknologi, yang dikenali sebagai “single entry point”.

Ujian ini menilai pelbagai aspek pelajar seperti kecerdasan insaniah (emosi, spiritual dan sosial), kecerdasan intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah), serta artikulasi penulisan.

PKSK wajib diduduki oleh pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 3 yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus tersebut. Ia merupakan satu ujian rasmi tunggal bagi kemasukan ke sekolah khusus di Malaysia.

Format PKSK terdiri daripada tiga komponen utama:

  • Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Bahagian B: Kecerdasan Intelek (70%)
  • Bahagian C: Artikulasi Penulisan (10%)

Ujian ini dijalankan atas talian di pusat yang ditetapkan KPM dengan tempoh tertentu, bergantung pada sesi kemasukan. Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui portal rasmi.

Permohonan Sekolah Khusus
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 1
Permohonan Sekolah Khusus (1 Ogos-7 September 2025) – Tingkatan 4

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia
  • Modul Pengurusan Murid KPM (APDM / MOEIS)
  • Sekolah swasta yang TIADA Modul Pengurusan Murid boleh memohon MRSM melalui entry PKSK tersebut untuk PERMOHONAN Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Umur calon mestilah murid Tahun 6 (12 tahun – PKSK T1) / Tingkatan 3 (15 tahun – PKSK T4) tahun semasa (2025).

Tarikh Penting PKSK 2026

Ibu bapa / penjaga murid diminta agar mengambil maklum tarikh-tarikh penting berkenaan ujian PKSK dan kemasukan Sekolah Khusus tahun 2026.

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK SESI KEMASUKAN 2026/2027

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan PKSK 2026 Tahun 6 dan Tingkatan 3 : 01 Ogos – 07 September 2025
  • Semakan Pusat Ujian PKSK: 12 Sept – 17 Oktober 2025
  • Pelaksanaan PKSK 2026 Tingkatan 1 : 06 Oktober – 17 Oktober 2025
  • Pelaksanaan PKSk 2026 Tingkatan 4 : 22 September – 03 Oktober 2025
  • Semakan Keputusan PKSK 2026 Kemasukan ke Tingkatan 1 & Tingkatan 4: 26 Dis 2025
  • Pendaftaran Tingkatan 1 & Tingkatan 4 sesi 2026/2027: 31 Januari 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 1 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026
Garis Masa PKSK Tingkatan 4 2026

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sudah mulai dibuka bermula 1 Ogos 2025 sehingga 7 September 2025.

Permohonan boleh dilakukan melalui:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4

Berikut adalah tarikh semakan pusat pentaksiran bagi tahun 2025:

  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 12 September hingga 17 Oktober 2025
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 12 September hingga 3 Oktober 2025

Semakan boleh dibuat melalui URL berikut :

Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4
Semakan Pusat Ujian PKSK Tingkatan 1 & 4

Tarikh Menduduki PKSK

Tarikh menduduki ujian Pemilihan Sekolah Khusus 2025 bagi sesi 2026/2027 akan diadakan pada tarikh berikut:

  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 6 Oktober hingga 17 Oktober 2025
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 : 23 September hingga 3 Oktober 2025

Di bawah adalah jadual terkini tarikh baharu PKSK yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027
Tarikh-tarikh Penting PKSK 2026/2027

Cetak Slip Pendaftaran

Sila cetak slip pendaftaran dan borang deklarasi dan bawa bersama-sama mykad / MyKid untuk pengesahan.

Semakan PKSK
Slip MendudukI PKSK

Sila serahkan borang deklarasi kesihatan kepada petugas pendaftaran semasa membuat pendaftaran.

slip pksk
Slip MendudukI PKSK

Persediaan Menduduki Ujian PKSK

Makluman bagi calon yang bakal menduduki PKSK, sila sediakan:

  • Kad Pengenalan Diri
  • Slip Pendaftaran Ujian
  • Borang Deklarasi Kesihatan
  • Alat tulis

Serta lengkap berpakaian uniform sekolah dan menjaga SOP sepanjang sesi ujian dijalankan.

semakan pksk
Persediaan Menduduki Ujian PKSK
semakan pksk
Persediaan Menduduki Ujian PKSK

Calon dinasihatkan supaya datang awal mengikut jadual yang dilampirkan di bawah.

Format Ujian Penilaian Kemasukan Ke Sekolah Khusus ( PKSK ) Sesi 2026/2027

Format PKSK
Format PKSK

Format Ujian PKSK sesi 2026/2027

Bahagian A: Kecerdasan Insaniah

  • Untuk kenalpasti karakter murid;
  • Skop merangkumi EQ, SQ, SSQ;
  • 30 soalan objektif;
  • Tiada jawapan betul / salah;
  • Skor markah 20%

Bahagian B: Kecerdasan Intelek

  • Ukur tahap kognitif pelajar;
  • Merangkumi IQ, Pengetahuan Am & Penyelesaian Masalah;
  • Soalan Math & Sains bersifat kualitatif & Kuantitatif;
  • 10 soalan Bahasa Inggeris uji tahap penguasaan & kefahaman;
  • Tempoh ujian 90 minit;
  • 70 soalan objektif;
  • Betul 1 markah, Salah 0 markah;
  • Skor markah 70%

Bahagian C: Artikulasi Penulisan

  • Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan;
  • 3 tajuk karangan dan pilih satu. Karangan dalam Bahasa Melayu;
  • 100 patah perkataan (minima) untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4;
  • Tempoh masa 45 minit;
  • Skor markah 10%.

Ujian PKSK akan dijalankan secara dua fasa untuk tiga bahagian.

Fasa pertama calon perlu menyiapkan bahagian penulisan karangan (Bahagian C) dengan syarat minimum seperti 100 patah perkataan untuk Tingkatan 1 dan 250 patah perkataan untuk Tingkatan 4.

Fasa kedua pula melibatkan penilaian kecerdasan insaniah dan intelek (Bahagian A dan B) secara dalam talian di pusat pentaksiran yang telah ditetapkan oleh KPM dengan masa sekitar 90 minit bagi setiap calon.

Carta Alir Pengurusan Menduduki PKSK
Carta Alir Pengurusan Menduduki PKSK

BACA JUGA: Contoh Soalan PKSK: Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus

Semakan Keputusan PKSK

Semakan tawaran permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus sesi 2026/2027 murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM biasanya diumumkan pada akhir tahun. Bagi tahun lepas contohnya, ia diummkan pada 26 Disember 2025.

Sila buat semakan melalui pautan rasmi KPM :

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang semakan PKSK seperti pusat ujian dan sebagainya, sila rujuk info terkini di

ATAU

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

FAQ – Semakan PKSK Sesi 2026/2027

1. Apa itu PKSK?

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ialah satu sistem ujian berpusat yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menilai kelayakan pelajar kemasukan ke sekolah khusus seperti SBP, SMKA, MRSM, SMT, KV dan MTD.

2. Siapa yang wajib menduduki PKSK?

Semua pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sekolah khusus tersebut wajib menduduki PKSK.

3. Apa format ujian PKSK?

PKSK mempunyai tiga bahagian utama:
– Bahagian A: Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ, SSQ) – 20%
– Bahagian B: Kecerdasan Intelek (IQ, pengetahuan am, penyelesaian masalah) – 70%
– Bahagian C: Artikulasi Penulisan (karangan) – 10%

4. Bilakah tarikh penting PKSK sesi 2026/2027?

– Permohonan: 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025
– Semakan pusat ujian: 12 September hingga 17 Oktober 2025
– Pelaksanaan ujian: Tingkatan 4: 23 September – 3 Oktober 2025 & Tingkatan 1: 7 Oktober – 17 Oktober 2025
– Keputusan tawaran diumumkan sekitar Disember 2025

5. Bagaimanakah cara membuat permohonan PKSK?

Permohonan boleh dibuat dalam talian melalui:
– Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
– Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

6. Bagaimana untuk menyemak tarikh dan lokasi pusat ujian?

Semakan pusat ujian dan tarikh PKSK boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari, 12 September 2025 melalui portal rasmi berikut
– Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
– Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

7. Bila boleh buat semak pusat PKSK?

Semakan pusat ujian dan tarikh PKSK boleh dibuat mulai jam 12.00 tengah hari, 12 September 2025 (Jumaat)

8. Bolehkah tukar tarikh / lokasi PKSK?

Sebarang pertukaran lokasi dan tarikh adalah tidak dibenarkan.

BACA JUGA:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut