Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Bulan Mesra Peminjam (BMP) PTPTN 2026 bagi peminjam PTPTN yang menawarkan rundingan bayaran balik serendah 20% daripada tunggakan atau RM1,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai inisiatif ini.

Mengenai Bulan Mesra Peminjam PTPTN
BMP PTPTN 2026 merupakan bulan untuk memberikan peluang istimewa kepada semua peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN di samping menyokong sepenuhnya Kempen Lestari Pendidikan.
Ini bermakna, peminjam khususnya yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman digalakkan untuk tampil berunding dengan PTPTN bagi mengenal pasti kaedah bayaran balik yang bersesuaian.
Lebih menarik, PTPTN juga menawarkan peluang memenangi hadiah tunai menarik yang keseluruhannya bernilai RM70,000 untuk 140 peminjam bertuah.
Bagi memudahkan pelanggan berurusan sepanjang BMP, waktu operasi kaunter di pejabat PTPTN Negeri dan cawangan seluruh negara dilanjutkan mulai 1 Disember hingga 15 Disember 2026.
Inisiatif ini membolehkan lebih ramai peminjam mendapatkan khidmat rundingan dan menyelesaikan urusan bayaran balik secara bersemuka pada waktu yang lebih fleksibel.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan yang disediakan sepanjang BMP adalah seperti berikut:
- Rundingan & Khidmat Nasihat: Peminjam boleh mendapatkan khidmat rundingan dan nasihat berkaitan bayaran balik pinjaman di kaunter Pejabat PTPTN Negeri sempena Kempen Lestari Pendidikan.
- Tawaran Istimewa Penstrukturan Semula dan Penggabungan Pinjaman: Peminjam yang ingin membuat penstrukturan semula atau penggabungan pinjaman serta pertukaran kepada Ujrah boleh menikmati tawaran bayaran minimum sebanyak 20% daripada jumlah tunggakan atau RM1,000, mengikut amaun yang lebih tinggi. Tawaran ini tidak terpakai kepada peminjam yang telah disenaraikan di bawah Agensi Perunding Hutang (APH).
Pelanjutan Operasi Kaunter
PTPTN melanjutkan waktu operasi kaunter di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara mulai 1 hingga 15 Disember 2026 bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada pelanggan.
Maklumat pelanjutan ini adalah seperti berikut:
| Pejabat PTPTN Negeri | Tarikh | Hari | Masa |
|---|---|---|---|
| Semua negeri kecuali Terengganu, Kedah, Kelantan & Sabah | 1 – 15 Disember 2026 | Isnin – Jumaat | 8.30 pagi – 6.00 petang |
| Terengganu, Kedah, Kelantan sahaja | 1 – 15 Disember 2026 | Ahad – Khamis | 8.30 pagi – 6.00 petang |
Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan Terpilih | 5 & 12 Disember 2026 | Sabtu | 9.00 pagi – 5.00 petang |
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk membuat rundingan bayaran balik bagi pinjaman PTPTN adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua peminjam.
- Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh promosi.
Cara Membuat Rundingan Balik
Peminjam yang ingin membuat rundingan boleh mengunjungi mana-mana kaunter Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara.
Pejabat PTPTN di seluruh negara boleh dirujuk melalui pautan ini https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/.
Cabutan Bertuah
Peminjam yang membuat bayaran balik sekurang-kurangnya RM500 dan peminjam berpeluang menyertai cabutan hadiah dengan jumlah keseluruhan hadiah tunai bernilai RM70,000.
Seramai 140 orang pemenang akan dipilih dan sebanyak 10 pemenang bagi setiap negeri berpeluang menerima hadiah seperti berikut:
| Pemenang | Hadiah Tunai | Bilangan Pemenang |
|---|---|---|
| Utama | RM2,000.00 | 1 Pemenang × 14 Negeri |
| Kedua | RM1,000.00 | 1 Pemenang × 14 Negeri |
| Ketiga | RM500.00 | 3 Pemenang × 14 Negeri |
| Sagu hati | RM100.00 | 5 Pemenang × 14 Negeri |
Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai bayaran balik pinjaman.
Kelayakan penyertaan cabutan ditentukan berdasarkan amaun bayaran balik pinjaman seperti berikut:
| Saluran Bayaran | Bayaran Minimum | Cabutan |
|---|---|---|
| myPTPTN | RM500.00 | 2 cabutan |
| Selain myPTPTN | RM500.00 | 1 cabutan |
Peminjam akan mendapat tambahan bilangan cabutan untuk setiap gandaan transaksi bayaran balik yang bernilai RM500.00 dalam tempoh kempen.
Soalan Lazim
BMP PTPTN 2026 merupakan bulan untuk memberikan peluang istimewa kepada semua peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.
Peminjam boleh membuat penstrukturan semula atau penggabungan pinjaman serta pertukaran kepada Ujrah boleh menikmati tawaran bayaran minimum sebanyak 20% daripada jumlah tunggakan atau RM1,000, mengikut amaun yang lebih tinggi.
– Rundingan & Khidmat Nasihat
– Tawaran Istimewa Penstrukturan Semula dan Penggabungan Pinjaman
– Terbuka kepada semua peminjam.
– Peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh promosi.
Rundingan bayaran balik boleh dibuat melalui kaunter Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara.
Waktu operasi kaunter di pejabat PTPTN Negeri dan cawangan seluruh negara ketika BMP dilanjutkan mulai 1 Disember hingga 15 Disember 2026.
Info Lanjut
Untuk info lanjut, peminjam boleh menghubungi PTPTN melalui:
- Saluran Careline PTPTN di 03-2193 3000 (beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang)
- Live Chat di portal PTPTN – www.ptptn.gov.my
- E-Aduan PTPTN – https://eaduan.ptptn.gov.my/
- Eksekutif Jualan PTPTN – https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
- Facebook PTPTN – https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
Baca juga: Diskaun PTPTN 2027 10% & Penangguhan Bayaran Balik Bagi Gaji Di Bawah RM2500




