Laptop Kita Selangor merupakan salah satu inisiatif utama yang diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2027.
Program bantuan komputer riba percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dirangka khusus untuk membantu golongan belia, pelajar sekolah, dan mahasiswa yang menepati syarat kelayakan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM16.8 juta.
Jom semak perincian lebih lanjut mengenai Laptop Kita Selangor 2027 di bawah.
8,400 Laptop Kita Selangor 2027 Bakal Diagihkan
Laptop Kita Selangor 2027 ialah inisiatif bantuan komputer riba percuma yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2027 pada 13 November 2026.
Program ini dirangka khusus bagi membantu golongan belia, pelajar sekolah, dan mahasiswa daripada keluarga yang kurang berkemampuan agar mereka mempunyai akses kepada peralatan digital yang mencukupi untuk tujuan pembelajaran serta pembangunan kemahiran teknologi.
Menerusi peruntukan keseluruhan sebanyak RM16.8 juta, kerajaan negeri bakal menyediakan dan mengagihkan sebanyak 8,400 unit komputer riba percuma yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,000 seunit.
Bagi memastikan manfaat ini dinikmati secara adil dan menyeluruh di setiap pelosok negeri, agihan tersebut ditetapkan pada kadar 150 unit bagi setiap satu daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Walau bagaimanapun, memandangkan inisiatif ini baru sahaja dibentangkan bagi pelaksanaan tahun 2027, pihak Kerajaan Negeri Selangor masih belum mengumumkan syarat kelayakan terperinci, tarikh rasmi permohonan dibuka, mahupun kaedah pendaftarannya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka dengan pengumuman rasmi daripada saluran kerajaan negeri dan mengelakkan daripada menekan sebarang pautan borang pendaftaran palsu yang tular di media sosial.
Inisiatif Lain untuk Rakyat Selangor
Selain Laptop Kita Selangor 2027, rakyat Selangor juga berpeluang menikmati pelbagi lagi inisiatif dan bantuan dalam Belanjawan Selangor 2027. Antaranya:
- SEL 30 (Subsidi Pengangkutan Awam): Subsidi sebanyak RM30 sebulan untuk menaiki perkhidmatan tren dan bas bagi memanfaatkan 13,000 pengguna (peruntukan RM5 juta).
- Skim CERIA (Penyelenggaraan Pangsapuri): Peruntukan RM10 juta daripada dana kerajaan negeri (ditambah RM5 juta dana LPHS) bagi kerja-kerja baik pulih 30 kawasan pangsapuri dan perumahan strata.
- BAIK Selangor (Baik Pulih Rumah): Bantuan kewangan antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk membaik pulih 1,000 buah rumah golongan yang memerlukan (peruntukan RM10 juta).
- Insentif MamaKerja: Bantuan tunai sebanyak RM1,000 khusus buat golongan ibu bekerja bagi membantu menampung kos penjagaan anak (peruntukan RM5 juta).
- Kenaikan Elaun Guru KAFA: Elaun guru KAFA dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700 bermula Januari 2027, dan seterusnya dinaikkan kepada RM2,000 pada Jun 2027 (peruntukan tambahan RM14 juta).
- Baik Pulih Sekolah Agama (KAFAI): Peruntukan sebanyak RM2 juta bagi menyelenggara dan membaik pulih 292 buah Sekolah KAFAI yang uzur di seluruh Selangor.
- AI Untuk Rakyat: Pemberian akses percuma langganan platform kecerdasan buatan Google Gemini Enterprise selama setahun berserta latihan AI kepada 50,000 rakyat Selangor (peruntukan RM12 juta).
- Baucar Kita Selangor Gig: Pemberian baucar bernilai RM100 sebulan (berjumlah RM1,200 setahun) berserta latihan kemahiran oleh STDC kepada 5,000 penunggang p-hailing (peruntukan RM10 juta).
dan pelbagai lagi!
Baca juga: Intipati Belanjawan Selangor 2027 – Insentif & Bantuan untuk Rakyat
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan dokumen penuh ucapan belanjawan dan maklumat lanjut, anda boleh merujuk saluran rasmi Kerajaan Negeri Selangor:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor: www.selangor.gov.my
- Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Pusat Khidmat Masyarakat DUN: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing bagi urusan pengesahan dokumen dan semakan kelayakan setempat (terutamanya bagi skim seperti Laptop Kita Selangor dan BAIK Selangor).
Soalan Lazim Laptop Kita Selangor 2027
Laptop Kita Selangor ialah inisiatif pemberian komputer riba percuma oleh Kerajaan Negeri Selangor yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2027 pada 13 November 2026 bagi membantu golongan belia, pelajar sekolah, dan mahasiswa daripada keluarga yang memerlukan.
Sebanyak 8,400 unit komputer riba percuma (dianggarkan bernilai sekitar RM2,000 seunit) akan diagihkan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM16.8 juta. Agihan ditetapkan sebanyak 150 unit bagi setiap satu daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Selangor.
Program ini menyasarkan golongan belia, pelajar sekolah, dan mahasiswa di institut pengajian tinggi yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan di Selangor.
Setakat ini, tarikh rasmi permohonan belum dibuka. Memandangkan inisiatif ini adalah untuk pelaksanaan tahun 2027, orang ramai dinasihatkan menunggu pengumuman lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Mekanisme pendaftaran dan borang permohonan rasmi masih belum diumumkan.




