Period Tak Teratur? Ini 11 Punca Masalah Kecelaruan Haid

Jika anda tidak hamil, period tak teratur mungkin boleh jadi dari pelbagai faktor. Penyebab biasa boleh terdiri daripada ketidakseimbangan hormon kepada keadaan perubatan yang serius.

Kajian juga menunjukkan bahawa kelaziman kitaran haid yang tidak teratur adalah 5-35.6% bergantung pada umur, pekerjaan, dan tempat tinggal anda.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan punca period tak teratur yang perlu kaum wanita tahu.

Baca juga:

Apa itu period tak teratur?

period tak teratur

Kitaran haid purata wanita berlangsung kira-kira 28 hari. Walau bagaimanapun, tidak jarang sesetengah wanita mempunyai kitaran yang jauh lebih pendek atau lebih lama daripada 28 hari. Julat biasa adalah dari 24 hingga 38 hari.

Jika kitaran haid anda biasanya teratur, kelewatan lebih daripada 7 hari dari jangkaan anda boleh dianggap sebagai haid lewat.

Ramai yang sering menganggap kitaran haid tidak teratur sebagai perkara biasa dan tidak diberi perhatian serius. Malangnya, masalah tersebut mungkin menjadi punca kesukaran untuk menimang cahaya mata kelak.

Bilakah kitaran haid dikira tak teratur?

Menurut laman sesawang Everyday Health, kitaran haid yang normal adalah 21 hingga 35 hari.

Tambah lagi, menurut Dr. Becky Lynn, pengarah di Evora Center for Menopause and Sexual Health, bukan semua wanita mempunyai kitaran haid yang tepat selama 28 hari. Ia berbeza mengikut individu.

Untuk menentukan tempoh kitara haid anda, mula mengira pada hari pertama period sejingga hari pertama period seterusnya.

Cuba ambil bacaan yang konsisten sekurang-kurangnya selama 3 bulan. Jika anda rasa sukar untuk melakukannya, ada banyak aplikasi atas talian yang dapat membantu.

Jika tempoh haid anda adalah di sekitar 21 hingga 35 hari, kitaran haid anda adalah normal.

Namun, jika kitaran tersebut berbeza mengikut bulan; misalnya pada bulan pertama kitaran adalah 20 hari manakala bulan seterusnya pula 40 hari, anda dikira mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Malah, kitaran haid juga dikira tidak teratur jika beza antara satu haid ke haid yang seterusnya lebih daripada 20 hari.

Punca period tak teratur

period tak teratur

Sebenarnya, ada banyak punca haid tidak teratur. Kadangkala, penyebabnya adalah kurangnya tidur malam atau stres yang melampau di tempat kerja.

Namun, ada kalanya masalah haid berpunca daripada masalah yang lebih besar seperti penyakit tertentu.

Di bawah, kami senaraikan 11 punca lazim period tak teratur. Antaranya:

1. Kerosakan ovari pramatang (POF)

Wanita yang menghidap POF mempunyai ovari yang berhenti berfungsi apabila usia mereka mencecah 40 tahun.

2. Pengambilan ubat-ubatan tertentu

Ada beberapa jenis ubat seperti ubat anti psikotik dan anti epilepsi yang boleh menyebabkan period tak teratur.

3. Stres atau tekanan perasaan

Tahap hormon dalam badan anda mungkin terganggu akibat tekanan fizikal atau emosi.

Bahkan stres juga boleh menyebabkan gangguan haid. Sebab itulah, wanita yang sering tertekan selalunya tidak datang haid!

4. Mempunyai hyperprolactinemia

Hyperprolactinemia bermaksud badan anda tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid.

5. Mempunyai gangguan pemakanan

Jika anda menghidap anoreksia atau bulimia, anda mungkin akan alami masalah haid pada masa yang sama. Badan penghidap gangguan pemakanan akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan hormon yang cukup untuk mengawal kitaran haid.

6. Diabetes yang tidak terkawal

Jika anda menghidap kencing manis, besar kemungkinan haid yang dialami tidak teratur disebabkan kadar gula dalam darah yang tinggi.

7. Menghidap PCOS

PCOS adalah gangguan hormon yang boleh menyebabkan haid tidak teratur atau ketiadaan haid. Ia dicirikan oleh kehadiran sista kecil pada ovari.

PCOS berlaku disebabkan hormon seks yang tidak seimbang. Penyakit ini boleh menyebabkan gangguan haid dalam kalangan wanita.

8. Perubahan ketara dalam berat badan

Sekatan kalori yang melampau menghalang pengeluaran hormon yang diperlukan untuk ovulasi. Jika anda berlebihan berat badan, badan anda mungkin menghasilkan lebihan estrogen, salah satu hormon pembiakan wanita. 

Jumlah estrogen dalam badan anda boleh menentukan kekerapan anda mengalami haid dan juga menghentikan haid anda sama sekali.

9. Senaman yang berlebihan

Aktiviti fizikal yang sengit boleh menjejaskan hormon yang bertanggungjawab untuk haid anda. Senaman sengit yang mengakibatkan kehilangan lemak berlebihan juga boleh menghalang ovulasi.

10. Masalah tiriod

Haid yang lewat atau terlepas juga mungkin disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau tidak aktif. 

Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan, termasuk metabolisme dan kitaran haid. Apabila terdapat ketidakseimbangan dalam tahap hormon tiroid, ia boleh mengganggu fungsi normal sistem pembiakan.

11. Perimenopause

Apabila wanita menghampiri menopaus, tahap hormon mereka boleh berubah-ubah, membawa kepada perubahan dalam kitaran haid mereka.

Bahaya ke kalau terlepas haid?

Dalam jangka pendek, tiada komplikasi kehilangan beberapa haid. Walau bagaimanapun, jika ia berterusan untuk masa yang lebih lama, ia mungkin menyebabkan beberapa masalah.

Antaranya seperti kemandulan, penyakit jantung, osteoporosis, penebalan lapisan rahim, kanser ovari, dan sebagainya.

Cara untuk tangani masalah kitaran haid

Jawapannya ialah ya, anda boleh lakukan beberapa langkah untuk normalkan semula kitaran haid anda. Antara cara mudah untuk pastikan kitaran haid kembali stabil ialah:

  1. Cuba kekalkan berat badan dalam julat yang sihat. Makan makanan yang berkhasiat dan bersenam dengan kerap.
  2. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup. Cuba lakukan sesuatu jika anda stres dan dapatkan bantuan jika anda alami masalah tidur malam.
  3. Ambil pil perancang seperti diarahkan doktor. Ada sesetengah kaedah kontraseptif yang mungkin akan menyebabkan masalah haid. Jadi, dapatkan konsultasi doktor jika kaedah kontraseptif yang dipilih membuatkan period tak teratur.
  4. Jangan pakai tuala wanita terlalu lama. Tukar sekali setiap 4 jam. Jika tidak, anda terdedah kepada ‘toxic shock syndrome’ yang boleh menyebabkan komplikasi serta jangkitan yang teruk.

Bila perlu jumpa doktor?

Kanak-kanak perempuan mula haid pada usia yang sangat berubah-ubah. Oleh itu, mungkin rakan anda telah mengalami haid untuk seketika tetapi anda tidak. Biasanya ini akan menjadi variasi biasa dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Minta nasihat doktor anda jika:

  • Anda berumur 16 tahun ke atas dan masih tiada haid.
  • Anda berumur 14 tahun ke atas dan belum mengembangkan payudara atau bulu kemaluan serta tidak mengalami haid.
  • Anda mengalami sakit perut anda setiap bulan tetapi tiada pendarahan.
  • Anda boleh merasakan ketulan di bahagian bawah perut anda.
  • Anda telah melakukan hubungan seks tanpa menggunakan kontraseptif (iaitu jika ada kemungkinan anda boleh hamil). Sangat membantu untuk melakukan ujian kehamilan terlebih dahulu.
  • Anda telah kehilangan berat badan atau mengalami gejala anoreksia nervosa. 
  • Anda berasa tidak sihat dalam diri anda dengan cara lain.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan punca period tak teratur dapat memberikan anda ilmu pengetahuan dan informasi yang bermanfaat untuk dijadikan panduan.

Sumber:

  1. Why Is My Period Late? 8 Reason Besides Pregnancy. Healthline
  2. How Late Can Period Be? When To be Concerned. Healthline
  3. Missed Periods: Causes, Symptoms, and Treatment. Patient UK
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!