SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor menyediakan RM100 seorang (simpanan SSPN Prime) kepada anak pembayar zakat harta yang berumur 7-17 tahun.
Sumbangan berbentuk simpanan pendidikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat.
Permohonan SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) hendaklah dilakukan di portal EZO LZS sebelum 31 Mei 2026.
Kredit: Iskandar Shah
Bagi pembayar zakat, anda mungkin akan menerima SMS ini dan berpeluang untuk mendapatkan sumbangan SIDDIK 2026 sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
Rujuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan syarat kelayakan SIDDIK 2026 di bawah.
Ringkasan SIDDIK Lembaga Zakat Selangor
Sumbangan simpanan pendidikan kepada anak pembayar zakat sebagai penghargaan kepada pembayar zakat.
Jumlah: RM100 bagi setiap anak yang layak.
Tarikh Tutup: 31 Mei 2026.
Syarat Utama: Pembayar zakat Selangor, anak sekolah (7-17 tahun), dan akaun Simpan SSPN Prime.
SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai tanda penghargaan kepada para pembayar zakat (Muzakki).
Muzakki secara umumnya ialah mereka yang menunaikan atau mengeluarkan zakat, baik zakat fitrah mahupun zakat harta (maal).
Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong pendidikan anak-anak Muzakki melalui sumbangan khas berbentuk simpanan pendidikan.
Tarikh Permohonan
Permohonan SIDDIK 2026 bagi sesi 2026 dibuka SEHINGGA 31 MEI 2026.
Permohonan SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) hendaklah dilakukan di portal EZO LZS sebelum 31 Mei 2026.
Jumlah Zakat SIDDIK 2026
Jumlah sumbangan SIDDIK 2026 ialah RM100 seorang. Sumbangan ini berbentuk simpanan pendidikan yang dikreditkan terus ke akaun SSPN Prime anak muzakki.
Sumbangan ini hanya diberikan sekali sahaja bagi setiap anak dalam satu tahun permohonan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan SIDDIK 2026 adalah seperti berikut:
Jumlah Bayaran Zakat: Muzakki yang telah menunaikan zakat harta (semua jenis zakat kecuali zakat fitrah) antara RM500 hingga RM5,000 dalam tempoh setahun layak memohon.
Tempoh Permohonan: Permohonan hanya boleh dibuat pada tahun berikutnya selepas bayaran zakat dibuat. Contohnya, jika zakat dibayar pada tahun 2025, permohonan boleh dibuat pada tahun 2026.
Syarat Khas: Salah satu bayaran zakat mestilah dilakukan pada bulan Oktober, November atau Disember, dan jumlah keseluruhan bayaran mestilah memenuhi syarat kelayakan.
Kriteria Anak: – Anak mestilah bersekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 5 atau yang berumur antara 7 hingga 17 tahun sahaja. – Wajib sedang bersekolah di institusi pendidikan yang diiktiraf dalam negara.
Cara Penyaluran
Sumbangan pendidikan ini akan dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime anak mereka.
Penerima sumbangan/muzakki mestilah sebagai pendeposit dan anak sebagai penerima manfaat bagi akaun Simpan SSPN Prime tersebut.
Jika penerima sumbangan/Muzakki tidak mempunyai akaun Simpan SSPN Prime, pembukaan akaun baharu dan surat makluman akan diuruskan oleh PTPTN.
Isi Maklumat Lengkap: Pastikan semua maklumat peribadi dan anak diisi dengan betul untuk mengelakkan permohonan ditolak.
Lampirkan Dokumen Sokongan seperti berikut: – Salinan sijil kelahiran anak/Salinan sijil anak angkat; dan – Salinan pengesahan belajar melalui IDME (bagi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia); atau – Salinan pengesahan belajar melalui APDM (bagi sekolah/maahad di bawah Jabatan Agama Islam Selangor); atau – Salinan penyata bayaran yuran sekolah (bagi sekolah swasta)/pengesahan pihak sekolah.
*Salinan Dokumen perlu mendapat Pengesahan oleh Wakil Rakyat/Penghulu/Ketua Kampung/Ketua Penduduk/Nazir Masjid/ Pengerusi Surau/Penolong Amil Kariah/Pegawai Gred A/Ketua Operasi Agihan Daerah LZS/Ketua Jabatan LZS/Pengurus LZS/Ketua Cawangan LZS.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai SIDDIK 2026 (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor, sila rujuk:
SIDDIK (Sumbangan Pendidikan Anak Muzakki Selangor) ialah sumbangan berbentuk simpanan pendidikan sebagai tanda penghargaan kepada pembayar zakat di Selangor.
Berapakah sumbangan pendidikan yang akan diberikan kepada penerima SIDDIK?
Jumlah sumbangan pendidikan yang akan diberikan adalah RM100.
Adakah sumbangan pendidikan tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi penerima?
Tidak. Sumbangan pendidikan ini akan dimasukkan ke akaun Simpan SSPN Prime penerima.
Jika anak saya kini melanjutkan pengajian di universiti, adakah anak saya boleh memohon sumbangan pendidikan ini?
Tidak. Sumbangan pendidikan ini hanya untuk anak mestilah bersekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 5 sahaja.
Siapakah yang layak memohon?
Muzakki yang layak ialah mereka yang menunaikan zakat harta (bukan fitrah) bernilai RM500 hingga RM5,000 pada tahun 2025, mempunyai anak berumur 7-17 tahun (Darjah 1 hingga Tingkatan 5) yang bersekolah di institusi diiktiraf.
Bila tarikh permohonan SIDDIK 2026 Dibuka?
Permohonan SIDDIK 2026 boleh dilakukan sehingga 31 Mei 2026.
Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan sumbangan pendidikan ini?
Apakah dokumen diperlukan untuk permohonan SIDDIK LZS?
– Salinan sijil kelahiran anak/Salinan sijil anak angkat; dan – Salinan pengesahan belajar melalui IDME (bagi sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia); atau – Salinan pengesahan belajar melalui APDM (bagi sekolah/maahad di bawah Jabatan Agama Islam Selangor); atau – Salinan penyata bayaran yuran sekolah (bagi sekolah swasta)/pengesahan pihak sekolah.
Bolehkah memohon untuk lebih seorang anak?
Ya, setiap anak layak boleh dapat sumbangan RM100 sekali sahaja setahun, tertakluk kepada syarat muzakki memenuhi minima zakat harta RM500.
Bolehkah saya memohon jika tidak menerima SMS?
Kelayakan biasanya ditentukan berdasarkan rekod bayaran zakat dalam sistem LZS. Anda digalakkan untuk log masuk ke portal EZO untuk menyemak sama ada menu permohonan SIDDIK tersedia untuk akaun anda.
Adakah sumbangan ini diberikan secara tunai?
Tidak. Sumbangan ini diberikan dalam bentuk caruman simpanan pendidikan bagi memupuk budaya menabung untuk masa depan akademik anak-anak.