Pengeluaran ASB : Cara Keluarkan Duit Online & Had Pengeluaran

Sekarang ni dah tak perlu nak bersesak-sesak di kaunter lagi untuk buat pengeluaran ASB.

Mulai 20 April 2020 yang lalu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan satu kemudahan terbaru iaitu perkhidmatan pengeluaran ASB online.

Perkhidmatan ini juga boleh digunakan melalui aplikasi mudah alih (mobile apps) myASNB.

Tapi, tentu ramai nak tahu berapa had pengeluaran dan bagaimana cara nak keluarkan duit dalam ASB kan?

pengeluaran asb online

Sila rujuk artikel ini seterusnya untuk mengetahui bagaimana cara buat pengeluaran ASB online beserta terma dan syaratnya.

Bagaimanakah Pengeluaran ASB Online Berfungsi?

Kemudahan pengeluaran ASB online ini membolehkan pemegang unit mengeluarkan wang pelaburan dari mana-mana unit amanah ASNB (kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara 2) menerusi portal dan aplikasi myASNB.

Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit.

Kemudahan pengeluaran ASB online ini adalah PERCUMA.

Ia ditawarkan selaras dengan saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Had Pengeluaran Maksimum & Minimum

A ) BAGI PENGELUARAN ONLINE :
Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan Balik (unit)Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan OgoStatus urus niaga
11/8ASB1400600Berjaya
15/8ASB 3 Didik6000Berjaya
20/8ASN1000Tidak berjaya

Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.

pengeluaran asb 2024

B) BAGI PENGELUARAN SECARA MANUAL (DI KAUNTER) :
Tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB (bank).

Cara Buat Pengeluaran ASB Online

Untuk membuat pengeluaran ASB online, ikuti langkah berikut:

1. Daftar Sebagai Pengguna myASBN

Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB (contoh: pejabat pos).

Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu untuk menggunakan kemudahan ini.

Anda boleh mendaftar dengan mudah di portal myASNB di www.myASNB.com.my.

Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri.

Klik pada artikel INI untuk cara-cara mendaftar myASNB.

2. Log Masuk

Log masuk ke akaun myASNB anda melalui laman web atau aplikasi myASNB di telefon bimbit.

3. Pilih ‘Jualan Balik’

Klik ‘Portfolio’, kemudian klik ‘Transaksi’ pada Unit Amanah yang dikehendaki dan pilih ‘Jualan Balik’.

4. Semak Maklumat Bank

Masukkan maklumat perbankan untuk memindahkan wang dari ASB.

Pastikan maklumat bank anda betul dan klik ‘Seterusnya’.

Baca terma dan syarat, tandakan pada kotak pengisytiharan dan klik ‘Seterusnya’.

pengeluaran asb

5. Semak Semula Butiran Bank

Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan teruskan.

pengeluaran asb

6. Pengesahan TAC

Klik ‘Permintaan TAC’, isikan nombor TAC, dan teruskan.

Transaksi anda telah berjaya.

7. Semak Maklumat Pengesahan Untuk Rujukan

Semak maklumat pengesahan untuk rujukan.

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Berikut adalah notis yang akan diterima setelah berjaya membuat ‘jualan balik’ atau pengeluaran ASB secara online.

Waktu Urusniaga

Waktu urusniaga bagi perkhidmatan pengeluaran ASB online ini adalah sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB.

Waktu urus niaga adalah seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan

Peringatan

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Pengeluaran ASB Melebihi RM500 Boleh Dilakukan Di Kaunter Seperti Biasa

Kebenaran pengeluaran ASB online dengan jumlah maksimum RM500 sebulan adalah satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera pada waktu memerlukan.

Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB secara manual.

Baja juga :STR Bujang: Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rahmah 2024

Maklumat Lanjut

Bagi mengajukan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 yang beroperasi setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali pada cuti umum kebangsaan dan cuti umum Wilayah Persekutuan).

Anda juga boleh menghantarkan e-mel kepada pegawai bertugas di [email protected]

Untuk mendapatkan maklumat terkini daripada ASNB, anda boleh follow media sosial rasmi di

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!