Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 17 November 2026.

Minggu lepas, pelbagai pengumuman dan insentif Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri telah diumumkan khas untuk rakyat Malaysia, antaranya lanjutan tarikh permohonan UP_TVET, Bantuan Musim Tengkujuh, inisiatif bantuan Laptop, Sel 30 dan Baucar Kita Selangor Gig yang diumumkan dalam Belanjawan Selangor 2027 serta macam-macam lagi. Berikut senarai lengkap pengumuman, bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

bantuan insentif minggu ini

1. Belanjawan Selangor 2027

Belanjawan Kita Selangor 2027 memberikan tumpuan kepada usaha meringankan kos sara hidup, meningkatkan kesejahteraan keluarga, memperkukuh pendidikan serta memperluas peluang ekonomi dan penguasaan teknologi dalam kalangan rakyat. Berikut antara pengumuman utama:

  1. Program SEL30
    • Subsidi pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan perjalanan harian rakyat, di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
  2. Kenaikan Elaun Guru KAFA
    • Elaun Guru KAFA dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700, iaitu peningkatan sebanyak RM200.
  3. Baucar Kita Selangor Gig
    • Seramai 5,000 penghantar p-hailing akan menerima baucar bernilai RM100 sebulan selama setahun, bersamaan RM1,200 bagi tempoh 12 bulan.
  4. AI Untuk Rakyat
    • Sebanyak 50,000 pakej langganan Gemini AI oleh Google akan disediakan secara percuma kepada rakyat Selangor selama setahun.
  5. Bantuan Laptop Kita Selangor
    • Sebanyak 150 komputer riba akan disediakan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
https://www.threads.com/@mediaselangor/post/DftMvUvEzdZ
belanjawan selangor 2027 4

2. Permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 Dilanjutkan Sehingga 20 November 2026

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon sempena program Jom Masuk TVET pada 14 & 15 November 2026 yang bertempat di German-Malaysian Institute , tempoh permohonan UP_TVET Perdana Ambilan Januari 2027 bagi kursus tanpa temu duga dilanjutkan hingga 20 November 2026.

Kepada yang belum memohon atau melengkapkan permohonan, manfaatkan peluang ini untuk memilih kursus TVET pilihan anda.

📌 Semak jadual terkini dalam poster dan lengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup.

Kongsikan hebahan ini kepada rakan dan ahli keluarga yang berminat menyambung pengajian dalam bidang TVET.

3. MITI Perkenal Aplikasi MySaham MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih MySAHAM MITI yang disempurnakan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Aplikasi ini memudahkan pelabur Bumiputera berdaftar mengakses maklumat serta menguruskan permohonan penawaran Saham Khas Bumiputera (SKB) secara digital, terus melalui telefon pintar.

MySAHAM MITI menyediakan enam kemudahan utama merangkumi pendaftaran pelabur, semakan status permohonan, maklumat portfolio pelaburan, notifikasi dan hebahan terkini, keputusan permohonan serta permohonan penawaran saham.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan MITI dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan digital serta memperluas akses dan peluang pemilikan ekuiti korporat dalam kalangan pelabur Bumiputera yang layak.

4. Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 bulan November & Disember

PERHATIAN BUAT SEMUA PEKEBUN KECIL RISDA!

Berita baik buat pekebun kecil yang layak!

Bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2026 bagi bulan November dan Disember telah mula dikreditkan secara berperingkat ke akaun bank penerima.

  • RM200.00 – November 2026
  • RM200.00 – Disember 2026
  • JUMLAH KESELURUHAN: RM400.00

Pekebun kecil yang layak boleh membuat semakan akaun bank masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui status kemasukan bayaran.

Mohon bersabar sekiranya bayaran masih belum diterima kerana proses pengkreditan dilaksanakan secara berperingkat.

5. Tiket ECRL Bakal Dijual Bermula Pertengahan November, Mula Operasi 12 Disember

ECRL menghubungkan Gombak dengan Kota Bharu, manakala perkhidmatan ekspres dijangka mengambil masa kira-kira empat jam bagi perjalanan antara kedua-dua destinasi itu, berbanding sekitar tujuh hingga lapan jam melalui jalan raya.

Mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu, bila agaknya tiket ECRL akan mula dijual. Mengikut hebahan terkini pihak ECRL yang dikeluarkan pada 16 November, maklumat lanjut mengenai tempahan tiket akan dibuat tidak lama lagi.

Operasi komersial laluan Gombak–Kota Bharu pula disasarkan bermula 12 Disember depan, tertakluk kepada kelulusan keselamatan. Pengguna boleh mendapatkan tawaran khas diskaun 30% untuk tempoh 1 bulan selepas ia dilancarkan.

6. Program Khas Obesiti KKM (MIMO)

Tahukah anda, KKM mempunyai program khas obesiti yang digelar sebagai MIMO atau Multidisciplinary Integrated Management of Obesity.

Jika anda berminat untuk menyertai program ini, sila rujuk lokasi terdekat dalam senarai di bawah.

7. Bantuan Ihsan Komputer Fasa 2 (BAIK)

Berita baik buat anak Sabah yang sedang menuntut di IPT!

Permohonan BAIK Fasa 2 kini dibuka bagi membantu pelajar yang layak mendapatkan kemudahan komputer untuk menyokong pembelajaran mereka.

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  •  Pelajar IPTA/IPTS yang mengikuti pengajian sepenuh masa
  • Tergolong dalam kategori B40 atau berdaftar dalam eKasih
  • Bumiputera Sabah
  • Bukan pelajar tahun akhir

TARIKH PERMOHONAN

  • Dibuka: Isnin, 16 November 2026 | 2.30 petang
  • Ditutup: Jumaat, 27 November 2026 | 4.00 petang

MOHON SEKARANG DI PORTAL RASMI BAIK!

8. Geran TUBE (Tunas Usahawan Belia Bumiputera)

Berita baik untuk usahawan semua! Geran TUBE – 13/2027 telah dibuka. Geran RM15K sebagai modal mengembangkan perniagaan. Tak payah bayar balik. Permohonan ONLINE dibuka mulai 16 Nov – 31 Dis 2026.

Program TUBE ini direka khas bagi mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan dengan pengetahuan dan maklumat asas keusahawanan, selain didedahkan dengan lanskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar menerusi dua (2) fasa pelaksanaan iaitu:

  1. Bengkel Keusahawanan selama tujuh (7) hari
  2. Menjalankan perniagaan berdasarkan Rancangan Pengembangan Perniagaan (RPP)

Antara syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 – 30 TAHUN sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (31 Disember 2026) ;
  • Telah mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Ordinan Negeri dan pendaftaran perniagaan hendaklah kurang daripada 36 bulan sewaktu tarikh tutup permohonan dalam talian (31 Disember 2026)
  • Boleh memberikan kerjasama dan komitmen penuh sepanjang 12 bulan tempoh pemantauan di Fasa 2 dan akan menghadiri / menyertai semua program / seminar / latihan serta bimbingan susulan yang akan diberikan sepanjang tempoh tersebut.
  • Sihat tubuh badan / tidak mengalami masalah kesihatan yang kronik / tidak hamil / tidak berada dalam tempoh berpantang kerana melahirkan anak dan komited untuk mengikuti latihan secara fizikal di lokasi latihan yang akan ditetapkan oleh SME Corp. Malaysia (7.00 pagi hingga 11.00 malam).

Sila layari Portal TUBE di https://tube.smecorp.gov.my/ untuk maklumat lanjut program dan panduan memohon melalui Sistem MyBPI di https://mybpi.smecorp.gov.my/

9. MyKomuter50

Pendaftaran Pas Perjalanan Tanpa Had – MyKomuter50 kini dibuka!

Jadilah pendaftar terawal MyKomuter50, Pas Perjalanan Tanpa Had yang bernilai RM50 sebulan!

  • Aplikasi KTMB Mobile atau KITS Style
  • Mesin Kios Tiket di semua stesen perkhidmatan KTM Komuter
  • Kaunter stesen terpilih

Khas buat pengguna KTM Komuter Lembah Klang & Utara serta Shuttle Selatan, jom daftar sekarang!

mykomuter50

Klik pautan untuk terma & syarat: https://www.ktmb.com.my/…/1111-MYkomuter50-%20Terma…

Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni

Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Penulis
Biografi User