Semakan keputusan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN JPA) dan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF) bagi tahun 2026 boleh dilakukan bermula 11 September 2026 (Jumaat, 5 petang) sehingga 25 September 2026 (Jumaat, 5 petang) melalui pautan https://penajaan.jpa.gov.my.
Program PIDN JPA & PPF terbuka kepada pelajar yang sedang atau akan melanjutkan pengajian di Malaysia, membolehkan mereka menerima bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian sehingga tamat ijazah pertama.
Rujuk info di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai semakan keputusan PIDN JPA dan PPF 2026.
Apakah Itu Program PIDN JPA?
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) skim tajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjadi rebutan ramai pelajar cemerlang di Malaysia.
PIDN (Program Ijazah Dalam Negara) khas untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi dan setaraf yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara.
Penajaan ini berbentuk Biasiswa Penuh atau Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di mana bayaran balik bergantung kepada status pekerjaan pemohon selepas tamat pengajian.
Contohnya, jika berkhidmat dalam sektor awam, pinjaman boleh bertukar kepada biasiswa penuh dan tidak perlu dibayar semula.
Semakan Keputusan Progam Ijazah Dalam Negara & PPF 2026
Semakan Keputusan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi (PPF) bagi Tahun 2026 boleh dilakukan secara rasmi melalui saluran di bawah:
- Tarikh Semakan: 11 September 2026 hingga 25 September 2026.
- Waktu: Bermula jam 5:00 Petang.

Cara Membuat Semakan Keputusan
Semakan boleh dilakukan secara atas talian melalui Sistem ePenawaran di portal rasmi penajaan:
- Layari laman utama Portal Penajaan JPA atau terus ke https://esilav2.jpa.gov.my
- Klik butang Log Masuk di bahagian menu utama atau penjuru atas.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit tanpa tanda sengkang
-) dan Kata Laluan yang digunakan semasa pendaftaran permohonan. - Periksa bahagian papan pemuka (dashboard) atau tab permohonan aktif bagi melihat status Lulus / Gagal / Simpanan.
Tindakan Jika Berjaya
Sekiranya anda ditawarkan penajaan ini:
- Anda perlu mencetak Surat Tawaran Bersyarat terus dari portal tersebut.
- Pastikan anda memuat turun, mengisi, dan menyediakan dokumen perjanjian Pinjaman Boleh Ubah (PBU) mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh JPA.
Syarat Permohonan PIDN JPA
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
- Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA. Bagi tujuan permohonan ini, sila pastikan pemohon/ibu/bapa adalah bebas daripada tindakan undang-undang/disenarai hitam pinjaman JPA. Jika pemohon/ibu/bapa didapati telah dikenakan tindakan undang-undang/disenarai hitam, sila hubungi Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi di talian 03-8885 3475/3492 atau e-mel [email protected] (waktu pejabat sahaja) dalam tempoh 13 Januari 2026 hingga 10 April 2026 untuk penyelarasan lanjut. Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan akan diterima selepas daripada tempoh yang ditetapkan.
- Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon.
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM);
- Calon yang memohon menggunakan SVM adalah tertakluk kepada syarat memperoleh Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus bagi mata pelajaran Sejarah.
- Umur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
SYARAT KHUSUS
- Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup.
- Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester sebelum membuat permohonan.
- Tiada penangguhan pengajian sebelum calon memohon.
- Pelajar yang sedang memohon pertukaran kursus/ bidang pengajian (termasuk bidang perubatan, pergigian dan farmasi) dan belum diluluskan oleh institusi pengajian adalah tidak dibenarkan memohon PIDN; dan
- Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Pelajar telah memulakan pengajian di peringkat Ijazah Pertama dan memperoleh keputusan seperti berikut:
a. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.30 (selain bidang Kejuruteraan); atau
b. Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terkini sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (bidang Kejuruteraan);
dan
c. Mempunyai baki 12 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini/ semasa.
B. Bagi pelajar lepasan Diploma yang belum mempunyai keputusan semester pertama di peringkat Ijazah Pertama, pelajar boleh memohon menggunakan keputusan akhir Diploma dengan pencapaian sekurang-kurangnya PNGK 3.30.
Bidang Pengajian
Program pengajian yang dibuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian yang terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.
Program pengajian yang ditaja hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).
Bermula tahun 2026, bidang penajaan turut diperluaskan kepada bidang tumpuan negara di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang berstatus akreditasi sementara seperti kecerdasan buatan, semikonduktor dan tenaga boleh baharu.
Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Pelajar boleh memohon melalui Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF).
- Bidang pendidikan.
- Bidang yang memerlukan pelajar mengambil jenis-jenis lesen seperti lesen penerbangan dan sebagainya.
- Program-program berbentuk francais UA/ IPTS.
- Program-program berkembar/ijazah dual/double degree/program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan.
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan.
- Program-program berkaitan sijil/ kursus profesional.
- Program pengajian secara separuh masa/jarak jauh/dalam talian/pengajian tanpa subsidi yuran pengajian/saluran komersial.
Senarai Institusi Yang Ditaja JPA
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengani PIDN JPA melalui portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam di pautan https://penajaan.jpa.gov.my/ atau, emelkan pertanyaan anda ke: [email protected].
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8000 8000.
Soalan Lazim PIDN JPA 2026
Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan, sihat tubuh badan, ibu bapa atau pemohon tidak tersenarai hitam oleh JPA, dan sedang mengikuti pengajian ijazah pertama. Pemohon juga mesti memenuhi keperluan akademik tertentu bergantung kepada latar belakang pendidikan mereka (STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma).
PIDN menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah. Pinjaman ini boleh dikecualikan bayaran balik sepenuhnya atau sebahagian jika pemohon memenuhi syarat perkhidmatan selepas tamat pengajian, seperti berkhidmat dalam sektor awam.
Tidak. Pemohon yang berjaya menerima PIDN dilarang menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan lain untuk pengajian yang sama.
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPA iaitu https://penajaan.jpa.gov.my/ms/. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Semakan keputusan bagi PIDN JPA dan PPF bagi tahun 2026 boleh dilakukan bermula 11 sehingga 25 September 2026 melalui pautan https://penajaan.jpa.gov.my.
Pelajar perlu memohon semula program penajaan PIDN secara dalam talian (online). Tiada penajaan secara automatik diberikan kepada calon.
Jika pelajar memilih untuk menerima tawaran penajaan JPA, pelajar perlu menamatkan kemudahan pinjaman PTPTN atau penaja-penaja lain.




