Bila Pencen Nanti, Better Keluarkan KWSP Sedebuk Atau Bulanan?

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Mesti ramai bila pencen nanti terus fikir nak keluarkan semua duit KWSP sekali gus kan? Tapi sebenarnya, bila dah capai umur 55 tahun, korang ada beberapa pilihan pengeluaran yang boleh dipilih ikut keperluan masing-masing termasuk pengeluaran bulanan i-Emas.

Ramai pilih keluarkan semua untuk simpan dalam bank, beli aset atau guna untuk keluarga. Tak salah pun, tapi kena fikir jangka panjang juga sebab duit KWSP ni ialah dana persaraan untuk kegunaan selepas dah tak bekerja nanti.

Jadi, penting untuk fikir betul-betul sama ada lebih sesuai keluarkan KWSP sedebuk atau secara bulanan

Baca artikel: 9 Jenis Skim KWSP 2026 – Syarat & Faedah Caruman

4 Pilihan Pengeluaran KWSP Bila Umur 55 Tahun

Ramai tak tahu sebenarnya KWSP menyediakan beberapa jenis pengeluaran untuk ahli yang dah capai umur 55 tahun. Antara pilihan yang ada ialah:

1. Pengeluaran Bulanan (i-Emas)

Ini ialah skim pengeluaran secara berkala setiap bulan. Konsep dia lebih kurang macam kita masih “terima gaji” walaupun dah pencen.

Ahli boleh tetapkan jumlah tertentu untuk diterima setiap bulan mengikut keperluan kewangan masing-masing.

2. Pengeluaran Sebahagian

Kalau perlukan sejumlah duit untuk tujuan tertentu seperti bayar hutang, kos perubatan, modal perniagaan atau ubah suai rumah, korang boleh pilih untuk keluarkan sebahagian sahaja daripada simpanan.

3. Kombinasi i-Emas & Pengeluaran Sebahagian

Option ni sesuai untuk mereka yang nak ambil sedikit duit secara lump sum, tetapi pada masa sama masih mahu menerima bayaran bulanan secara konsisten.

4. Pengeluaran Penuh

Ini pula pilihan untuk keluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun 55 sekaligus. Ramai pilih option ni sebab rasa lebih bebas untuk urus duit sendiri.

Tapi Betul Ke Lagi Untung Simpan Dalam Bank?

Ramai fikir bila duit dah masuk akaun bank, lebih mudah nak guna dan lebih “selamat”. Tapi sebenarnya, kalau duit tu sekadar disimpan dalam akaun biasa tanpa pelaburan yang stabil, pulangan dia mungkin jauh lebih rendah berbanding dividen KWSP.

Setiap tahun, KWSP mengisytiharkan dividen yang agak kompetitif. Selagi duit masih berada dalam akaun KWSP, baki simpanan tersebut masih layak menerima dividen tahunan. Sebab tu ada sesetengah orang memilih untuk tidak keluarkan semua duit sekaligus.

Tambahan pula, bila duit terlalu banyak berada dalam akaun bank, ada risiko duit cepat habis tanpa sedar. Lagi bahaya kalau mudah terpengaruh dengan:

  • skim cepat kaya,
  • pelaburan tidak sah,
  • scam persaraan,
  • atau perniagaan berisiko tinggi.

Sebab tu ramai pakar kewangan galakkan supaya duit persaraan diurus secara berperingkat dan bukan terus habiskan sekaligus.

Apa itu i-Emas KWSP?

i-Emas ialah kemudahan pengeluaran bulanan yang diperkenalkan oleh KWSP untuk membantu ahli mengurus kewangan persaraan dengan lebih stabil dan konsisten.

Melalui skim ni, ahli boleh menerima bayaran secara bulanan terus ke akaun bank. Minimum pengeluaran ialah:

  • RM100 sebulan, atau
  • RM1,200 setahun

Bayaran biasanya akan dikreditkan pada setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan KWSP.

Konsep ni sebenarnya sangat membantu untuk mereka yang dah pencen sebab masih ada “cash flow” bulanan tanpa perlu keluarkan semua duit sekaligus.

Kelebihan Pengeluaran Bulanan i-Emas

1. Fleksibiliti Penuh

Ramai ingat bila dah pilih i-Emas, duit akan “locked” dan tak boleh disentuh. Sebenarnya tidak.

Walaupun dah pilih skim pengeluaran bulanan ni, ahli masih boleh:

  • buat pengeluaran tambahan,
  • keluarkan sebahagian,
  • atau keluarkan keseluruhan simpanan pada bila-bila masa jika diperlukan.

Maknanya kalau tiba-tiba ada kecemasan seperti kos hospital, kereta rosak, bantu keluarga atau nak guna duit lebih, masih boleh mohon pengeluaran tambahan tanpa masalah.

2. Dividen KWSP Masih Berjalan

Ini antara point paling menarik.

Selagi baki duit masih berada dalam akaun KWSP, simpanan tersebut masih layak menerima dividen tahunan yang diumumkan oleh KWSP.

Maksudnya walaupun korang dah mula buat pengeluaran bulanan, baki duit yang tinggal masih terus berkembang dari semasa ke semasa.

Kalau keluarkan semua duit sekaligus dan simpan dalam akaun biasa, kemungkinan besar pulangan dividen tu dah tak ada.

3. Bantu Kawal Perbelanjaan

Bila duit masuk secara bulanan, kita biasanya akan lebih berhati-hati dalam berbelanja. Konsep ni secara tak langsung membantu pencarum mengurus kewangan dengan lebih tersusun selepas pencen.

Ramai pesara yang keluarkan duit terlalu banyak sekaligus akhirnya berdepan masalah kewangan beberapa tahun kemudian sebab:

  • duit habis terlalu cepat,
  • tersalah pelaburan,
  • atau terlalu banyak komitmen keluarga.

Dengan konsep bulanan macam i-Emas, sekurang-kurangnya masih ada “gaji pencen” yang masuk setiap bulan.

Bila Pencen Nanti, Better Keluarkan KWSP Sedebuk Atau Bulanan?

Jadi Mana Lagi Better?

Sebenarnya tiada jawapan yang betul untuk semua orang. Semua bergantung pada:

  • keadaan kewangan,
  • komitmen,
  • tahap disiplin urus duit,
  • dan perancangan persaraan masing-masing.

Kalau perlukan modal besar atau nak selesaikan hutang penting, mungkin pengeluaran sebahagian atau penuh lebih sesuai.

Tapi kalau nak:

  • aliran duit stabil setiap bulan,
  • simpan duit lebih lama,
  • masih nikmati dividen KWSP,
  • dan kurangkan risiko duit habis cepat,

maka pengeluaran bulanan seperti i-Emas memang sangat berbaloi untuk dipertimbangkan.

Best part dia, korang masih boleh keluarkan duit tambahan bila perlu. Jadi tak perlu pun keluarkan semua sekaligus awal-awal.

Apa Yang Boleh Dikeluarkan Pada Umur 55/60 Tahun?

Berdasarkan info daripada KWSP, antara pilihan yang dibenarkan termasuk:

  • Kesemua simpanan daripada Akaun 55
  • Bayaran sebahagian
  • i-Emas (bayaran bulanan)
  • Kombinasi i-Emas dan pengeluaran sebahagian
  • Pengeluaran bayaran dividen tahunan
  • Pengeluaran bayaran dividen secara bulanan
  • Pengeluaran umur 55 tahun untuk pelaburan

Semua pilihan ni bergantung kepada status dan kelayakan ahli.

Jadi sebelum buat keputusan, fikir dulu keperluan jangka panjang dan jangan terburu-buru keluarkan semua duit sekaligus. Duit pencen ni bukan untuk beberapa bulan je, tapi untuk kegunaan bertahun-tahun selepas kita dah berhenti kerja.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini mengenai skim-skim yang ditawarkan oleh KWSP, sila rujuk:

  • Laman Web RasmKWSP
  • Aplikasi KWSP i-Akaun: Muat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store untuk menyemak baki, memohon pengeluaran, dan mendaftar skim secara digital.
  • Media Sosial: Ikuti Facebook KWSP atau Instagram KWSP

Anda boleh mengunjungi mana-mana Cawangan KWSP berhampiran untuk khidmat nasihat secara bersemuka

Soalan Lazim Pengeluaran KWSP Selepas Pencen

Bila ahli KWSP boleh mula buat pengeluaran persaraan?

Ahli KWSP boleh mula membuat pengeluaran persaraan apabila mencapai umur 55 tahun. Pada usia ini, simpanan akan dipindahkan ke Akaun 55 dan ahli boleh memilih jenis pengeluaran yang sesuai.

Adakah wajib keluarkan semua duit KWSP sekali gus?

Tidak wajib. Ahli boleh memilih sama ada mahu keluarkan semua simpanan sekaligus, keluarkan sebahagian, atau buat pengeluaran bulanan melalui skim i-Emas.

Apa itu i-Emas KWSP?

i-Emas ialah kemudahan pengeluaran bulanan yang membolehkan ahli menerima bayaran secara berkala setiap bulan selepas pencen. Konsepnya seperti menerima “gaji bulanan” walaupun sudah bersara.

Berapa minimum pengeluaran bulanan i-Emas?

Minimum pengeluaran i-Emas ialah:

RM100 sebulan, atau
RM1,200 setahun

Adakah baki duit dalam KWSP masih dapat dividen jika guna i-Emas?

Ya. Selagi baki simpanan masih berada dalam akaun KWSP, simpanan tersebut masih layak menerima dividen tahunan yang diumumkan oleh KWSP.

Boleh ke keluarkan duit tambahan walaupun dah pilih i-Emas?

Boleh. Ahli masih boleh membuat pengeluaran tambahan, pengeluaran sebahagian atau pengeluaran penuh pada bila-bila masa jika diperlukan.

Mana lebih baik, keluarkan KWSP sedebuk atau bulanan?

Ia bergantung kepada keadaan kewangan dan perancangan persaraan masing-masing. Pengeluaran bulanan lebih sesuai untuk mereka yang mahu aliran tunai stabil dan kawal perbelanjaan, manakala pengeluaran penuh sesuai jika perlukan modal besar atau mahu selesaikan komitmen tertentu.

Betul ke simpan duit dalam KWSP lebih untung daripada simpan dalam bank?

Dalam banyak keadaan, ya. Ini kerana KWSP biasanya menawarkan dividen tahunan yang lebih kompetitif berbanding simpanan biasa di bank.

Apa risiko kalau keluarkan semua duit KWSP sekaligus?

Antara risiko utama ialah:

– duit habis terlalu cepat,
– tersalah pelaburan,
– terjebak scam persaraan,
– atau gagal mengurus kewangan selepas pencen.

Boleh ke gabungkan i-Emas dengan pengeluaran sebahagian?

Boleh. Ahli boleh ambil sebahagian duit secara lump sum dan pada masa sama masih menerima bayaran bulanan melalui i-Emas.

Adakah semua ahli KWSP layak memohon i-Emas?

Secara umum, ahli yang sudah mencapai umur pengeluaran persaraan dan mempunyai baki simpanan mencukupi boleh memohon, tertakluk kepada syarat semasa KWSP.

Apa yang boleh dikeluarkan apabila umur 55 atau 60 tahun?

Antara pilihan pengeluaran yang dibenarkan ialah:

Pengeluaran penuh Akaun 55
Pengeluaran sebahagian
i-Emas (pengeluaran bulanan)
Kombinasi i-Emas dan pengeluaran sebahagian
Pengeluaran dividen tahunan
Pengeluaran dividen bulanan
Pengeluaran untuk pelaburan persaraan

Baca artikel: Bila Boleh Keluarkan KWSP Akaun 1 & 2?

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut