Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah merupakan kemudahan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu ahli memiliki rumah sendiri, terutama ketika harga hartanah semakin meningkat.
Melalui kemudahan ini, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Sejahtera untuk membiayai pembelian sehingga dua buah rumah kediaman. Namun, bagi pembelian rumah kedua, ahli perlu menjual atau melupuskan pemilikan rumah pertama yang dibeli menggunakan simpanan KWSP sebelum permohonan baharu boleh dibuat.
Dalam artikel ini, kami kongsikan syarat kelayakan, cara memohon serta dokumen yang diperlukan.
Apa yang Anda Boleh Keluarkan?
| Pengeluaran Individu | Pengeluaran Bersama | |
|---|---|---|
| Pinjaman Perumahan | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
| Pembiayaan Sendiri/ Tunai | Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah) | Harga rumah + tambahan 10% ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera pemohon (mana lebih rendah) |
Siapa yang Boleh Mohon?
Terdapat tiga jenis kategori pemohon yang boleh membuat permohonan untuk pengeluaran KWSP untuk beli rumah, iaitu:
- Pemaju
- Individu
- Unit lelongan
Kategori Permohonan
Terdapat dua jenis kategori permohonan, iaitu:
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama pasangan / ahli keluarga
Syarat-syarat Pemohon
Beriku adalah syarat yang perlu dimiliki oleh pemohon sebelum membuat permohonan pengeluaran KWSP untuk beli rumah:
- Warganegara & Bukan Warganegara Malaysia
- Berumur di bawah 55 tahun
- Membeli rumah kediaman*
- Pinjaman yang diluluskan dari institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan **ATAU pembiayaan sendiri
- Mempunyai baki minima RM500 dalam Akaun Sejahtera
- Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan / telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya / melupuskan pemilikan
*Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
***Bagi ahli yang membeli rumah kediaman jenis Small Office Home Office (SOHO) dikehendaki untuk membuat permohonan secara manual di kaunter KWSP.
Apa yang Diperlukan
- Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cap ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
- Buku bank/penyata akaun simpanan (untuk pengesahan)
Dokumen Tambahan untuk Rumah Pertama atau Kedua
Proses pinjaman atau pembiayaan perumahan bagi pembelian rumah pertama dan rumah kedua mungkin mempunyai syarat serta ciri yang berbeza.
Oleh itu, pastikan anda menyediakan dan menyusun semua dokumen yang diperlukan lebih awal supaya proses permohonan berjalan dengan lebih lancar.
1. Rumah Pertama
PINJAMAN
1. Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
2. Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ ’Deed Of Assignment’/ Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
3. Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
PEMBIAYAAN SENDIRI
1. Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
2. Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
3. Bukti Pembelian Tunai
Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai yang mengandungi maklumat butiran harta
4. Bukti Pembinaan
Sijil Arkitek/ Surat Permintaan Bayaran yang menunjukkan peringkat pembinaan tidak kurang daripada 20%
ATAU
Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness – CF/ Certificate of Occupation – CO)
5. Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
2. Rumah Kedua
PINJAMAN
1. Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
2. Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/ Borang Gadaian 16A/ ’Deed Of Assignment’/ Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
3. Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
4. Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
- Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007) ATAU
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan ATAU
- Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/ 5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F) ATAU
- Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ATAU
- Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian) ATAU
- Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
- Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam ATAU
- Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit ATAU
- Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’) ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam ATAU
- Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran/ pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru ATAU
PEMBIAYAAN SENDIRI
1. Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
2. Bukti Pembelian Tunai
Surat Pengesahan Pemaju Mengenai Belian Tunai Yang Mengandungi Maklumat Butiran Harta.
3. Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
4. Bukti Pembinaan
Sijil Arkitek/ Surat Permintaan Bayaran Yang Menunjukkan Peringkat Pembinaan Tidak Kurang Daripada 20%
ATAU
Sijil Layak Menduduki (Certificate of Fitness – CF/ Certificate of Occupation – CO)
5. Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
6. Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
- Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/ Polis Di Raja Malaysia/ Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Tempatan/ Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
- Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli/ penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
- Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
- Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/ Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
- Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta; ATAU
- Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
- Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/ Majlis Daerah/ Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
- Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/ bermasalah/ sakit; ATAU
- Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju/ peguam; ATAU
- Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Rujukan
- Mohon Melalui KWSP i-Akaun
- Mohon Pengeluaran Manual




