Urut Tetek Untuk Kesihatan, Ikut 6 Cara Mudah & Berkesan

Bagaimanakah cara urut tetek yang perlu kaum ibu dan wanita amalkan dalam kehidupan seharian bagi tujuan kesihatan?

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang teknik urut tetek yang betul untuk pelbagai sebab kesihatan.

Baca juga:

Apa itu urut tetek?

Urut tetek atau urut payudara adalah satu kaedah yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan para wanita untuk pelbagai tujuan kesihatan.

Contohnya seperti mengenal pasti tanda awal kanser payudara, meredakan rasa sakit oto di bahagian payudara, menambah baik pengalaman penyusuan, menjadikan payudara lebih anjal dan menarik, mengaktifkan sistem limfa dan sebagainya.

Teknik urut tetek yang betul

Kaedah urut tetek yang digunakan mungkin berbeza-beza bergantung kepada masalah kesihatan yang dihadapi. Berikut adalah antara teknik yang berkesan:

1. Untuk laktasi

Tidak ada kaedah tertentu yang boleh dilakukan untuk urut tetek bagi tujuan penyusuan. Urutan boleh digunakan dengan atau tanpa ekspresi tangan.

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Menggunakan jari telunjuk dan ibu jari anda, letakkan tangan di pinggir luar areola (kawasan gelap di sekeliling puting).
  2. Mampatkan perlahan-lahan bahagian luar areola (jangan mampatkan puting). Ulang kaedah ini memutarkan jari telunjuk dan ibu jari di sekeliling tepi luar areola.

2. Untuk mengesan kanser payudara

Jika anda memeriksa payudara untuk mengesan adanya tanda-tanda kanser, anda perlu melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

Ini termasuklah pada bahagian puting, areola, dan kawasan di sekelilingnya. Ia dinamakan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting jika ada sebarang pendarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulang setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

*Untuk mereka yang masih mempunyai haid, PSPS harus dilakukan sebulan sekali. Waktu yang sesuai ialah 7 – 10 hari selepas haid.

*Bagi wanita yang telah putus haid, pilih satu tarikh yang mudah untuk ingat dan lakukan pemeriksan setiap bulan pada bulan sama atau hari pertama  atau terakhir bulan tersebut.

3. Untuk penampilan payudara

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Urut perlahan 3-5 minit sepanjang thorax dalam gerakan sekeliling payudara dan urutan ke leher.
  2. Pegang buah dada dengan lembut menggunakan tapak tangan dan tolak ke atas. Ulang gerakan ini 3-4 kali untuk kesan yang terbaik.
  3. Letakkan tangan pada sternum dan urut lingkaran dalam arah ketiak.

4. Untuk sistem limfa

Payudara kita sangat unik kerana ia tidak mempunyai otot. Ini bermakna aliran limfa boleh bertakung dan terhad mengakibatkan toksin dan pengekalan cecair dalam tisu payudara.

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Mulakan dengan merangsang nodus limfa di ketiak anda.
  2. Letakkan tapak tangan di dalam ketiak dengan ibu jari anda di bahagian luar.
  3. Perlahan-lahan pam ke dalam ketiak anda. Ulang 5-10 kali pada setiap sisi.
  4. Kemudian, urut payudara anda ke arah nodus limfa dengan meletakkan tapak tangan di bawah payudara.
  5. Urut sepanjang garis bra, ke atas dan ke ketiak anda. Ulang 3 kali pada setiap sisi. 
  6. Letakkan tapak tangan di atas tulang dada iaitu di bahagian tengah dada. Bayangkan seperti anda sedang melukis pelangi dengan jari ke arah ketiak sambil mengurut payudara dengan lembut dengan seluruh tangan. 
  7. Letakkan tapak tangan di bawah payudara anda dan pegang perlahan-lahan.
  8. Menggunakan tapak tangan sebelah lagi, urut payudara anda ke arah tulang selangka anda. 
  9. Pegang payudara anda dengan kedua-dua tangan dan pam ke dalam dengan gerakan membulat sambil memutarkan bahu anda. 

5. Untuk ketegangan otot

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Hangatkan tangan anda dengan krim payudara atau minyak urut.
  2. Sapukan di sekitar puting dan areola.
  3. Mulakan urutan dari ketiak dan buat 10 bulatan.
  4. Perlahan-lahan tolak payudara ke dalam 10 kali.
  5. Pegang payudara dengan tapak tangan dan urut ke atas 10 kali.
  6. Pegang satu payudara tolak dari ketiak ke arah puting 10 kali.
  7. Tekan acupoint dengan ibu jari anda selama 2 minit.

6. Untuk bengkak susu

Mengaplikasikan urut tetek yang konsisten dapat mengelakkan masalah bengkak susu dan boleh melancarkan aliran susu.

Ikuti langkah-langkah ini:

  1. Urutkan kawasan payudara mengikut arah jam sehingga ke arah tampuk hitam (aerola).
  2. Urutkan kawasan payudara secara menegak dari bahagian atas ke arah tampuk hitam (aerola)

Manfaat urut tetek untuk kesihatan

Urut tetek boleh meningkatkan kesihatan jika dilakukan dengan teknik yang betul.

1. Membantu mengesan kanser payudara

Teknik urut tetek dan pemeriksaan untuk mengesan kanser payudara hampir serupa. Kedua-duanya membolehkan anda merasakan benjolan ketulan pada tisu payudara anda.

Bahkan sesetengah doktor juga menggalakkan wanita untuk mengurut payudara kerana ia adalah salah satu cara untuk konsisten dalam melakukan pemeriksaan kendiri di rumah.

Dengan cara situ anda boleh mengesan gejala awal seperti ketulan ganjil pada payudara yang tidak normal dari biasa.

2. Mengurangkan kesakitan selepas menyusu

Menyusu boleh menyakitkan sekiranya para ibu mengalami pembengkakan (payudara terlalu penuh), saluran susu tersumbat atau mastitis (tisu payudara yang meradang).

Dalam satu kajian, membuktikan bahawa ibu yang mengalami kesakitan kerana menyusu boleh disembuhkan dengan urut tetek selama 30 minit di bahagian tersebut.

Hal ini kerana, urut tetek boleh melegakan saluran susu yang tersebut dan pembengkakan yang berlaku.

3. Membantu merawat lymphedema

Lymphedema merujuk kepada bengkak yang biasanya berlaku pada salah satu atau kedua-dua belah tangan atau kaki.

Lebih daripada 20% penghidap kanser payudara mengalami lymphedema selepas pembedahan atau terapi radiasi.

Urut tetek anda membantu sistem limfa dan melegalan nodus limfa yang mengalir pada payudara.

4. Menaikkan penampilan payudara

Walaupun tidak bukti yang konkrit menunjukkan bahawa urut tetek membantu memperbaiki menaikkan payudara yang kendur.

Namun teknik ini boleh meningkatkan ketegangan kulit, kekuatan serta keanjalan payudara.

5. Melegakan tekanan

Urut tetek atau mana-mana bahagian badan anda boleh melegakan tekanan dan sekaligus meningkatkan keintiman seksual.

6. Meredakan sakit dada

Otot di bawah payudara atau dikenali sebagai otot dada berfungsi untuk lengan anda melakukan pelbagai gerakan.

Tetapi apabila anda mengangkat sesuatu yang berat atau melakukan latihan kekuatan bahagian atas badan, otot pektoral anda boleh menjadi sakit.

Kesan sampingan bila urut tetek

Urut tetek tidak memberi risiko atau kesan sampingan yang teruk kepada individu tersebut.

Namun begitu, bagi yang anda pernah melakukan pembedahan payudara atau penghidap kanser payudara, disarankan untuk lebih berhati-hati.

Dalam kes ini, adalah lebih baik sekiranya anda mendapatkan urutan tersebut daripada ahli terapi urut berlesen.

Diharapkan semoga perkongsian kami berkenaan dengan cara urut tetek ini dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Benefits of Breast Massage. Healthline
  2. What Exactly Is A Breast Massage And How Do You Do It? Woman Health
  3. How and When Breast Massage May Help. Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!