DELIMa 3.0 merupakan pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan yang menghimpunkan aplikasi, bahan pembelajaran dan perkhidmatan pendidikan dalam satu platform.
Portal DELIMa 3.0 boleh diakses melalui pautan berikut: https://d3.delima.edu.my/
Ia bertindak sebagai pusat sehenti (one-stop centre) yang menggabungkan pelbagai aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) digital.
Jom rujuk info lebih lanjut mengenai DELIMa 3.0 termasuk ciri-ciri terbarunya di bawah.
Apa Itu DELIMa 3.0?
Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa) adalah pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan yang dibangunkan khusus untuk merevolusi pendidikan berteraskan teknologi AI.
DELIMa 3.0 adalah versi kemas kini (update) terbaru bagi portal DELIMa yang pernah digunakan sebelum ini.
Sesuai dengan tuntutan zaman, penambahbaikan versi 3.0 ini direka dengan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) melalui pembantu pintar yang dikenali sebagai DETa.
Selain itu, DELIMa 3,0 turut menyediakan ciri ‘Laluan Pembelajaran’ (Learning Pathways) yang terarah kendiri, pengumpulan portfolio digital secara automatik, serta gabungan aplikasi global bertaraf dunia seperti Google Classroom, Microsoft 365, dan Canva di bawah satu bumbung.
DELIMa 3.0 bukan sahaja bertindak sebagai platform pembelajaran yang lebih tersusun malah ia menjadi bukti komitmen progresif negara dalam melahirkan generasi celik digital yang kompetitif di peringkat global.
BACA JUGA: PMX AI – Cara Guna Avatar AI Datuk Seri Anwar Ibrahim di WhatsAppPMX AI
Pembaharuan DELIMa 3.0
Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah:
- Antara muka yang lebih moden dan mesra pengguna.
- Paparan yang disesuaikan mengikut peranan seperti murid, guru dan pentadbir.
- Akses kepada pelbagai aplikasi dan bahan pembelajaran dalam satu platform.
- DETa, pembantu pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
- Laluan Pembelajaran yang membantu pembelajaran secara lebih tersusun.
- Portfolio Digital yang menghimpunkan sijil, lencana dan pencapaian pengguna.

Siapa Boleh Guna DELIMa 3.0?
DELIMa 3.0 disediakan untuk seluruh ekosistem pendidikan Kementerian Pendidikan, termasuk:
- Murid
- Guru
- Pentadbir sekolah
- Pegawai PPD
- Pegawai JPN
- Warga Bahagian
Paparan dan fungsi akan disesuaikan secara automatik mengikut peranan pengguna.
Fungsi DELIMa 3.0
Melalui DELIMa 3.0, pengguna boleh:
- Mengakses pelbagai aplikasi pembelajaran dalam satu platform.
- Mengikuti latihan dan kursus digital.
- Menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan.
- Menerima pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan, JPN, PPD atau sekolah.
- Mengumpul sijil dan lencana digital.
- Menyimpan rekod pencapaian dalam Portfolio Digital.
DETa, Pembantu AI DELIMa 3.0
DETa (Digital Education Teaching and Learning Assistant) ialah pembantu pintar DELIMa yang membantu murid, guru dan warga pendidikan mendapatkan maklumat, cadangan pembelajaran serta sokongan penggunaan platform dengan lebih pantas.
DETa boleh membantu:
- Menjawab persoalan berkaitan penggunaan DELIMa.
- Mencadangkan bahan pembelajaran yang bersesuaian.
- Membantu guru merancang pengajaran dan menyediakan idea aktiviti PdP.
- Membantu murid memahami kandungan pembelajaran berdasarkan sumber pendidikan.
- Memberikan panduan berkaitan aplikasi dan perkhidmatan dalam DELIMa.

Laluan Pembelajaran DELIMa 3.0
Laluan Pembelajaran adalah salah satu pembaharuan menarik dalam DELIMa 3.0.
Melalui ciri Laluan Pembelajaran, pengguna dapat meneroka kandungan pembelajaran secara lebih tersusun berdasarkan keperluan dan tahap pembelajaran masing-masing.
Cadangan Pembelajaran yang terdapat dalam laluan pembelajaran ini ialah:
- BUKU TEKS DIGITAL – Akses buku teks digital bila-bila masa dan di mana sahaja.
- VIDEO PEMBELAJARAN – Pelbagai video interaktif untuk memahami topik dengan lebih menarik.
- BAHAN SOKONGAN – Bahan tambahan yang membantu memperdalam pengetahuan dan kefahaman.
- AKTIVITI PEMBELAJARAN – Aktiviti interaktif untuk mengukuhkan kemahiran dan penilaian kendiri.
- APLIKASI PENDIDIKAN YANG BERKAITAN – Himpunan aplikasi pendidikan untuk menyokong pembelajaran lebih holistik dan berkesan.

Portfolio Digital, Rekod Pencapaian Pengguna
Satu lagi ciri terbaru DELIMa 3.0 ialah Portfolio Digital.
Portfolio Digital ialah ruang yang menghimpunkan rekod pembelajaran dan pencapaian pengguna sepanjang menggunakan DELIMa.
Portfolio ini membolehkan pengguna:
- Melihat sijil digital yang diperoleh.
- Menyimpan lencana digital.
- Merekod penyertaan dalam latihan dan aktiviti.
- Membina rekod pembelajaran secara berpusat.

Bagaimanakah sijil dan lencana digital diberikan?
DELIMa akan merekod pencapaian pengguna secara automatik bagi aktiviti yang layak menerima pengiktirafan.
Antara bentuk pengiktirafan yang disediakan ialah:
- Sijil Digital
- Lencana Digital
- Rekod pencapaian dalam Portfolio Digital
Semua pengiktirafan ini boleh diakses melalui profil pengguna.

Cara Log Masuk DELIMa 3.0
Untuk log masuk ke portal DELIMa 3.0, anda hanya perlu log masuk menggunakan akaun DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Rujuk cara-caranya di bawah:
- Layari portal DELIMa 3.0 melalui pautan berikut: https://d3.delima.edu.my/landing
- Masukkan emel dan kata laluan DELIMa
- Klik “Log Masuk ke DELIMa”
- Selepas log masuk, paparan dan fungsi akan disesuaikan secara automatik mengikut peranan pengguna.

Anda boleh akses portal DELIMa 3.0 ini tanpa keraguan. Hal ini kerana, ia menggunakan mekanisme keselamatan dan pengesahan identiti yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan akses pengguna serta data pembelajaran sentiasa dilindungi.
Aplikasi Pembelajaran Sedia Ada Masih Boleh Diakses
Walaupun anda log masuk ke sistem DELIMa 3.0, anda masih boleh mengakses semua aplikasi pembelajaran sedia ada seperti:
- Google Workspace
- Google Classroom
- Kahoot!
- Canva
- Google Meet
dan banyak lagi!

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim DELIMa 3.0
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini mengenai DELIMa 3.0, sila rujuk portal rasmi DELIMa 3.0 (d3.delima.edu.my)
DELIMa 3.0 didatangkan dengan antaramuka yang lebih moden, pantas, dan mesra peranti. Versi baharu ini memfokuskan kepada pemerkasaan AI melalui DETa, pengenalan Portfolio Digital serta ciri Laluan Pembelajaran (Learning Pathways) untuk pembelajaran terarah kendiri.
– Murid: ID dan kata laluan boleh diperoleh secara langsung daripada Guru Kelas masing-masing.
– Guru & Pentadbir: ID diuruskan dan dibekalkan oleh Guru Penyelaras Bestari (GPM) atau Guru ICT sekolah.
Murid tidak boleh menukar atau menetapkan semula kata laluan sendiri. Sekiranya terlupa, murid perlu memaklumkan kepada Guru Kelas atau Guru ICT sekolah untuk tindakan menetapkan semula (reset) kata laluan melalui sistem admin sekolah.
Boleh. Portal ini berasaskan sistem awan (cloud-based). Anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan peranti komputer, tablet, atau telefon pintar anda mempunyai capaian internet.
– Murid
– Guru
– Pentadbir sekolah
– Pegawai PPD
– Pegawai JPN
– Warga Bahagian
Pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akaun DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Selepas log masuk, paparan dan fungsi akan disesuaikan secara automatik mengikut peranan pengguna.




