Cara Keluarkan Duit ASB, Had Pengeluaran & Tempoh Kredit

Cara Pengeluaran Duit ASB Secara Online 2024

Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.

Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!

Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.

Jom kami kongsikan cara keluarkan duit ASB anda sama ada secara online ataupun di kaunter, berserta had pengeluaran bagi setiap akaun.

Pengeluaran myASNB Secara Dalam Talian

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!

Sila rujuk:

Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter

Cara Keluarkan Duit ASB Online

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

Keluarkan duit asb

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

Keluarkan duit asb

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

Keluarkan duit asb

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

pengeluaran asb

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

pengeluaran asb

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

Keluarkan duit asb

LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

SELESAI!

Had Pengeluaran ASB (2024)

Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.

Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal myASNB, manakala di aplikasi myASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.

HAD MINIMUM & MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE SETIAP BULAN

  • Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
  • Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac:

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Jualan Balik yang dibenarkan bulan MacStatus urus niaga
18/3ASBRM1,000.00RM1,000.00Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM1,000.00RM0.00Berjaya
22/3ASNRM500.00RM0.00Tidak berjaya

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum RM2,000.00 bagi bulan Mac.

HAD BILANGAN URUSNIAGA ASB

Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.

Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Mac :

TarikhUnit AmanahJumlah Jualan BalikBaki Bilangan Urus Niaga Jualan Balik
yang dibenarkan bulan Ogos
Status urus niaga
8/3ASBRM800.002Berjaya
10/3ASBRM200.001Berjaya
16/3ASB 3 DidikRM600.000Berjaya
22/3ASNRM100.000Tidak berjaya

Urus niaga pada 22/3 tidak berjaya kerana pemegang unit telah melaksanakan jualan balik dalam talian lebih 3 kali dalam bulan Mac.

Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank

Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Share laju-laju. Ramai yang belum tahu!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!