Kentut Faraj : Punca, Cara Mencegah dan Hukum Dalam Islam

Kentut faraj atau kentut vagina merupakan satu topik kesihatan wanita yang sering diperkatakan.

Ramai wanita yang takut apabila alami kentut vagina kerana ia dikatakan boleh menyebabkan suami ‘lari’ atau kemampuan seksual menurun.

Ada pula yang mengatakan ia boleh membatalkan solat.

Benarkah ia menjadi petanda kepada masalah kewanitaan? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Mengapa Kentut Faraj Boleh Terjadi?

Bila sesuatu dimasukkan ke dalam faraj, kandungan udara di dalamnya akan dibebaskan keluar.

Jika tidak, tekanan di dalamnya akan meningkat. Disebabkan itulah kentut vagina berlaku.

Jadi, apa-apa aktiviti yang boleh mengubah kandungan udara dalam faraj seperti hamil, prosedur kesihatan tertentu dan bersenam boleh menyebabkan kentut vagina.

Secara umumnya, terdapat dua sebab mengapa berlakunya kentut vagina iaitu :

  1. Udara normal yang berada dalam faraj.
  2. Udara yang datang daripada usus. Ia merupakan sebuah penyakit yang berlaku apabila seseorang alami fistula iaitu bukaan antara usus dan faraj yang menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj. Ini juga sekaligus akan mengeluarkan bau yang kurang enak.

Punca Kentut Faraj

  • Posisi yang tidak betul ketika melakukan hubungan seksual
  • Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti jari, penis, tampon, douche atau bahan lain.
  • Bersenam
  • Hamil atau pernah melahirkan anak
  • Menopause  
  • Batuk yang kuat
  • Otot rahim yang lemah (akibat faktor usia, kehamilan atau aktiviti seksual)
  • Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau pap smear.  
kentut faraj

Adakah Kentut Vagina Berbahaya?

Jika anda tiada penyakit fistula dan kentut vagina tidak menyebabkan rasa sakit atau pendarahan, maka ia tidak berbahaya.

ia juga bukanlah menjadi petanda kepada masalah kesihatan wanita.

Sekiranya faraj wanita dijangkiti kuman, ia juga tidak menyebabkan kentut vagina.

Jadi, anda tidak perlu risau.

Cara Mencegah Kentut Vagina

Untuk mengelakkan kentut vagina, anda boleh lakukan beberapa kaedah seperti berikut :

  • Senaman kegel untuk kuatkan otot rahim
  • Ubah posisi ketika sedang melakukan hubungan seksual atau bersenam.
  • Penggunaan pessary iaitu sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Namun, ia hanya boleh menghalang bunyi sahaja dan tidak boleh mengelakkan udara masuk.
kentut faraj

Adakah Kentut Faraj Membatalkan Wuduk?

Berdasarkan kesimpulan daripada perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan bahawa keluarnya angin dari qubul adalah membatalkan wudhuk.

Di sini kami kongsikan dua potong hadis.

  1. Berkata Imam al-Nawawi daripada ulama Syafie: “Benda yang keluar daripada qubul (kemaluan hadapan) lelaki atau perempuan, atau dubur (kemaluan belakang) kedua mereka, membatalkan wuduk. Sama ada dalam bentuk tinja, kencing, angin, ulat, muntah, darah, batu-batu dan lain-lain. Tiada beza antara keluarnya dengan jarang-jarang berlaku, atau biasa berlaku secara adat. Tiada beza juga antara yang angin yang keluar daripada qubul perempuan atau lelaki, atau dubur kedua mereka. Perkara ini dinaskan oleh al-Syafie Rahimahullah dala kitab al-Umm, dan disepakati itu oleh ashab (Syafieyyah).“

Rujuk al-Majmu’ (2/3) oleh al-Nawawi; dan Tuhfat al-Muhtaj oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami (1/127).

2. Berkata Imam Ibn Qudamah daripada ulama mazhab Hanbali: “Dinaqalkan daripada Soleh daripada ayahnya isu tentang wanita yang keluar angin daripada farajnya: Apa yang keluar daripada dua jalan maka padanya (yakni, kerananya) hendaklah diambil wuduk. Berkata al-Qadhi: keluarnya angin daripada zakar dan qubul perempuan membatalkan wuduk.”

Rujuk al-Mughni (1/125) oleh Ibn Qudamah; al-Insaf oleh Imam al-Mardawi (1/195)

Walau bagaimanapun, terdapat rukhsah keringanan untuk solat bagi individu yang mempunyai masalah sering keluar angin, kencing dan tinja. Masalah ini diibaratkan seperti darah istihadah :

  1. Hendaklah sedaya upaya menjaga taharahnya seperti memakai atau meletakkan sesuatu yang boleh menghalang hadasnya.
  2. Hendaklah bersegera mengambil wuduk apabila sudah masuk waktu solat fardu setelah menjaga taharahnya.
  3. Hendaklah bersegera melakukan solat tanpa bertangguh.
  4. Jika bertangguh lama sekira-kira melebihi kadar masa seseorang untuk menutup aurat, mendengar azan dan iqamah, menunggu jamaah, menentukan kiblat, berjalan ke masjid meletakkan penghadang solat (sutrah)

Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/123)

Anda boleh rujuk perkongsian lengkap daripada Mufti Wilayah Persekutuan di pautan ini.

Kesimpulannya, kentut faraj adalah perkara normal dan bukanlah suatu penyakit yang perlu ditakuti wanita, melainkan doktor mendiagnos anda dengan penyakit fistula.

Anda tidak perlu menggunakan jamu, perapat, alat meruang atau apa-apa kaedah untuk atasi kentut vagina. Perkara ini boleh mengundang kentut vagina dan jangkitan kuman yang tidak diingini.

Yang penting, anda perlulah jaga kebersihan alat sulit, amalkan pemakanan sihat dan lakukan senaman.

Segeralah berjumpa doktor sekiranya anda berasa sakit atau mengeluarkan bau ketika kentut faraj. Anda juga boleh merujuk kepada pakar perubatan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan tentang kesihatan.

Sumber : Facebook Medical Mythbuster Malaysia, Medical News Today

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!