Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Auto Simpan adalah ciri terbaru yang diperkenalkan oleh KWSP untuk memudahkan pencarum membuat caruman secara automatik.

Ciri ini direka khas untuk membantu rakyat Malaysia membina tabungan masa depan dengan lebih konsisten tanpa perlu melakukan pemindahan manual setiap bulan.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai Auto Simpan KWSP di bawah.

Apa Itu Auto Simpan KWSP?

Auto Simpan KWSP ialah satu fungsi potongan automatik yang membenarkan pencarum menjadualkan caruman sukarela secara berkala.

Fungsi ini terdapat di bahagian “Tambah Simpanan” dalam aplikasi KWSP i-Akaun dan portal web i-Akaun (Ahli).

Dengan menggunakan perkhidmatan DuitNow Autodebit, anda boleh menetapkan caruman sukarela bulanan secara automatik dan berulang.

Melalui fungsi ini, anda tidak perlu lagi melakukan transaksi secara manual setiap bulan. Sebaliknya, simpanan akan didebit secara automatik mengikut amaun dan tarikh yang anda tetapkan sendiri. 

Auto Simpan sangat sesuai bagi anda yang:

  • Ingin memastikan simpanan persaraan bertambah secara tetap.
  • Mempunyai jadual harian yang padat sehingga sering terlepas pandang untuk menyimpan.
  • Mahu mengamalkan konsep “simpan dahulu sebelum berbelanja”.

Siapa yang Sesuai Gunakan Ciri Auto Simpan KWSP?

Ciri ini sangat fleksibel dan terbuka kepada pelbagai golongan pencarum, terutamanya:

  • Pekerja tetap
  • Pekerja ekonomi gig
  • Individu Bekerja Sendiri
  • Suri Rumah

Apakah jenis caruman sukarela yang boleh ditetapkan dengan Auto Simpan?

Anda boleh menggunakan fungsi Auto Simpan untuk tiga kategori caruman sukarela di bawah:

Skrin mudah alih “Tetap jumlah Auto Simpan” dan butang Continue. i-Simpan (biru), i-Saraan (emas), i-Suri (merah), ikon.
*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Boleh Simpan Serendah RM10 Setiap Bulan

Salah satu keistimewaan utama Auto Simpan KWSP ialah sifatnya yang inklusif dan tidak membebankan. Pencarum boleh memulakan simpanan serendah RM10 sahaja sebulan!

Amaun yang kecil ini memberi peluang kepada semua peringkat pendapatan untuk mula menabung.

Anda juga bebas untuk menaikkan had simpanan mengikut kemampuan kewangan semasa, tertakluk kepada had maksimum caruman sukarela tahunan yang ditetapkan oleh KWSP.

Auto Simpan KWSP
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Cara Aktifkn Auto Simpan KWSP

Anda boleh mendaftar dan mengaktifkan Auto Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun ataupun portal web i-Akaun (Ahli). Mudah je, tak sampai 5 minit pun!

CARA 1: Melalui aplikasi KWSP i-Akaun 

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun anda.
  2. Klik menu Tambah Simpan, tekan ‘Mula Sekarang’ dan pilih tab Auto Simpan
  3. Tetapkan amaun bulanna dan tarikh potongan pilihan anda.
  4. Pilih akaun bank untuk potongan automatik
  5. Semak butiran, setuju dengan Terma & Syarat, dan lengkapkan transaksi melalui portal bank anda.
  6. Anda akan terima notifikasi pengaktifan auto simpan anda. Selesai!
Panduan 6 langkah aktifkan Auto Simpan KWSP i-Akaun: log masuk, tetapkan caruman, pilih bank, sahkan.

CARA 2: Melalui portal web i-Akaun (Ahli)

Langkah pendaftaran dan pengaktifan Auto Simpan adalah sama seperti di aplikasi KWSP i-Akaun, cuma dengan paparan skrin yang lebih besar. 

Log masuk ke portal web i-Akaun (Ahli): https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login

Auto Simpan KWSP

Kelebihan

Dengan mengaktifkan ciri Auto Simpan, ia menawarkan pelbagai keuntungan jangka masa panjang kepada pencarum. Antaranya:

  1. Disiplin Kewangan Automatik: Menghapuskan sikap bertangguh kerana simpanan dilakukan sebelum wang sempat dibelanjakan.
  2. Keuntungan Dividen Kompaun: Simpanan yang konsisten membolehkan anda mengaut keuntungan optimum daripada pengagihan dividen tahunan KWSP yang stabil.
  3. Dapat Insentif Tambahan Kerajaan: Khusus untuk pencarum i-Saraan, anda boleh rebut insentif khas 20% (maksimum RM500 setahun) jika caruman dibuat secara konsisten (sekurang-kurangnya RM2,500 setahun).
  4. Pelepasan Cukai Sehingga RM3,000: Caruman sukarela ini melayakkan anda menuntut pelepasan cukai pendapatan tahunan LHDN. Berbaloi sangat!

Baca juga:

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Auto Simpan KWSP

Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Auto Simpan KWSP, anda boleh rujuk:

  1. Portal rasmi KWSP
  2. Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

SOALAN LAZIM

Bagaimana saya boleh menyemak status pendaftaran Auto Simpan?

Anda boleh menyemak status Auto Simpan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) dengan mengikuti langkah mudah berikut:
– Pergi ke menu “Profil”.
– Pilih “Transaksi Auto”.
– Pilih “Rekod Auto Simpan”.
Jika pendaftaran berjaya, anda akan menerima notifikasi dan mesej di Peti Masuk (Inbox) i-Akaun.

Bolehkah saya ubah amaun atau tarikh potongan selepas daftar Auto Simpan?

Tidak boleh. Jika anda ingin mengubah amaun atau tarikh potongan, anda perlu membatalkan Auto Simpan sedia ada dan mendaftar semula maklumat baharu melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli).

Adakah Auto Simpan tetap berjalan jika baki dalam akaun bank saya tidak mencukupi?

Transaksi tidak akan berjaya jika baki akaun anda tidak mencukupi pada tarikh ditetapkan. Namun, anda masih boleh membuat caruman secara manual pada bila-bila masa di bahagian “Tambah Simpanan” dengan memilih “Diri Sendiri”.

Adakah saya dikenakan caj untuk menggunakan Auto Simpan?

Tiada sebarang caj dikenakan untuk menggunakan Auto Simpan.

Bagaimana saya boleh hentikan Auto Simpan jika tidak lagi mahu meneruskan potongan automatik ini?

Anda boleh membatalkan Auto Simpan yang telah diaktifkan pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) dengan dua cara:
a) Melalui menu Simpanan: 
– Pilih menu “Simpanan”.
– Pilih kad “Tambah Simpanan”.  
– Pilih “Auto Simpan” “Lihat butiran” “Batal Auto Simpan”.
b) Melalui menu Profil:
– Pilih menu “Profil”.
– Pilih “Transaksi Auto” > “Rekod Auto Simpan” > “Batal Auto Simpan”.

Penulis