Adakah anda tertanya-tanya sama ada anda sedang hamil? Mengetahui tanda tanda hamil sejak awal sangat penting supaya anda boleh bersedia secara fizikal dan emosi.
Walaupun ujian kehamilan boleh memberikan pengesahan, namun beberapa tanda awal kehamilan boleh dikesan seawal seminggu hingga dua minggu selepas waktu subur wanita.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 24 tanda tanda hamil yang sering dialami wanita.
Jangan lagi tersalah sangka tanda nak period vs hamil ya!
24 Tanda Tanda Hamil Yang Biasa Dialami Bakal Ibu
1. Haid Lewat, Tanda Tanda Hamil Paling Ketara
Sekiranya anda tidak mempunyai masalah kitaran haid namun anda sudah lewat period selama seminggu daripada tarikh sepatutnya, kemungkinan anda sedang hamil.
Ini adalah antara tanda tanda hamil yang paling ketara bagi bakal ibu.
Jom lihat cara semak kiraan hamil di sini.
2. Pening Kepala
Pada awal fasa kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala dan sesetengahnya boleh menyebabkan pitam.
Ini disebabkan oleh tekanan darah yang rendah atau perubahan hormon dalam badan.
Bagi mengatasi masalah ini, bakal ibu perlulah makan dengan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari.
3. Payudara Bengkak dan Sensitif
Wanita yang mengandung akan mengalami perubahan hormon bagi menyokong proses kehamilan.
Disebabkan itu, anda mungkin akan mendapati buah dada menjadi lebih sensitif dan sedikit bengkak.
Baca juga:
Tanda Tanda Hamil #4. Rasa Mual
Tanda tanda hamil lain yang biasa dilalui oleh para wanita adalah rasa mual khususnya pada waktu pagi atau ketika berjaga.
Simptom ini juga sering dikenali sebagai morning sickness. Meskipun begitu, sesetengah wanita turut mengalami rasa mual pada waktu malam.
Walaupun ada bakal ibu yang sering muntah, namun ada juga yang hanya rasa mual semata-mata tanpa rasa ingin muntah.
5. Kerap Membuang Air Kecil
Ibu mengandung juga akan dapati mereka mula kerap ke tandas untuk membuang air kecil.
Ini disebabkan oleh perubahan fizikal ibu yang mengalami peningkatan kandungan darah dalam badan ketika hamil.
Akibatnya, buah pinggang akan cenderung untuk menapis lebih banyak darah dan badan pun akan hasilkan lebih banyak air kencing.
6. Selera Makan Berubah
Kebanyakan wanita akan dapati deria bau mereka berubah ketika hamil.
Pada trimester pertama, ada juga wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik.
Untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga, anda juga disarankan untuk mengambil vitamin pranatal agar dapat mencapai keperluan nutrien harian yang optimum.
7. Kelesuan dan Mudah Rasa Letih
Tanda tanda hamil ini pula dikatakan berpunca daripada peningkatan kadar hormon progesteron yang tinggi pada fasa awal kehamilan.
Hormon ini boleh membuatkan wanita berasa mudah mengantuk dan cepat letih.
Baca juga:
8. Mood atau Emosi Terganggu
Perubahan hormon yang berlaku pada trimester pertama juga bakal memberi kesan kepada emosi si ibu.
Disebabkan itu, pasangan anda mungkin akan dapati anda mudah sensitif dan mood sering berubah pada tempoh tersebut.
9. Perut Kembung
Kembung perut ini dikatakan mirip dengan rasa kembung ketika wanita datang haid.
Ini juga disebabkan oleh perubahan hormon.
10. Sembelit
Perubahan hormon yang berlaku pada tubuh wanita hamil juga boleh mengakibatkan sembelit.
Ini akan menyebabkan pergerakan sistem penghadaman tidak berjalan dengan lancar seperti biasa.
Tanda-tanda orang hamil 3 hari #11. Muncul Tompokan Darah
Bakal ibu jangan panik apabila ternampak tompokan darah.
Ini merupakan satu fenomena normal yang dikenali sebagai implantation bleeding.
Proses ini sering berlaku dalam tempoh 10 hingga 14 hari setelah persenyawaan berlaku dan ia penting bagi pembentukan bekalan salur darah supaya nutrien penting dapat sampai kepada janin semasa tempoh kehamilan.
12. Kekejangan Pada Abdomen
Rasa kejang ini sebenarnya merujuk kepada kekejangan pada bahagian rahim.
Sesetengah wanita mungkin akan mengalami rasa kejang dan sakit bawah perut atau sakit perut sebelah kiri.
13. Deria Bau Lebih Sensitif
Sesetengah wanita baru hamil akan mengalami deria bau yang lebih tajam dan tidak tahan dengan bau tertentu seperti minyak wangi atau makanan.
14. Perubahan Warna Puting
Ini antara tanda hamil popular dalam kalangan wanita.
Areola (kawasan sekeliling puting) bakal ibu mungkin menjadi lebih gelap dan besar.
15. Peningkatan Lendir Faraj
Lendir serviks yang lebih banyak dan pekat adalah antara tanda awal kehamilan.
16. Rasa Logam Dalam Mulut
Sesetengah wanita hamil merasa seolah-olah ada rasa logam dalam mulut yang tidak menyenangkan.
17. Hidung Tersumbat
Perubahan hormon boleh menyebabkan membran dalam hidung membengkak dan menghasilkan lebih banyak lendir.
18. Naik Jerawat
Tanda tanda hamil juga termasuk perubahan pada kulit seperti jerawat akibat perubahan hormon.
19. Berat Badan Bertambah
Sebahagian wanita mula mengalami sedikit pertambahan berat badan pada trimester pertama.
20. Rasa Panas Badan
Suhu badan basal mungkin meningkat selepas ovulasi dan kekal tinggi jika anda hamil.
Tanda Tanda Hamil #21. Perubahan Dalam Nafsu Seks
Ada wanita yang mengalami peningkatan atau penurunan libido ketika awal kehamilan.
22. Perubahan Kulit
Kulit mungkin jadi lebih berminyak atau anda alami masalah pigmentasi seperti ‘mask of pregnancy’.
Malahan, ada juga bakal ibu yang mengalami seri kehamilan.
23. Gusi Mudah Berdarah
Hormon kehamilan boleh menyebabkan gusi menjadi lebih sensitif dan mudah berdarah.
24. Sakit Belakang Ringan
Sakit belakang bawah adalah simptom biasa yang dialami sejak awal kehamilan.
Sekiranya anda alami kebanyakan daripada tanda di atas, kemungkinan besar anda sedang hamil.
Jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan pengesahan kehamilan dan rawatan susulan agar kesihatan anda dan kandungan terjaga.
Kesimpulan
Setiap wanita mungkin mengalami tanda-tanda hamil yang berbeza.
Sesetengahnya mengalami semua simptom yang dinyatakan di atas, manakala yang lain mungkin hanya mengalami beberapa sahaja.
Jika anda mengalami beberapa tanda tanda hamil seperti di atas, sebaiknya lakukan ujian kehamilan dan dapatkan pengesahan daripada doktor.
Sumber : Hellodoktor