MamaKerja: Insentif RM100/bulan Untuk Wanita Bekerja

mamakerja
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

MamaKerja adalah salah satu inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan Selangor 2026. Program ini bertujuan mengurangkan beban kewangan ibu bekerja dalam urusan penjagaan anak. Ibu yang layak boleh mendapatkan bantuan tunai RM100 sebulan selama setahun jika mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah menerusi inisiatif ini. Layari Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor https://www.selangor.gov.my/ atau aplikasi SELANGKAH https://web.selangkah.my/ untuk maklumat lanjut.

Rujuk info lebih terperinci mengenai syarat-syarat dan cara permohonan di bawah.

@mediaselangor

Seramai 2,166 kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah akan menerima wang tunai RM100 sebulan selama setahun. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah RM5 juta diperuntukkan di bawah Inisiatif MamaKerja itu. BelanjawanSelangor Mamakerja TekadLima

♬ original sound – Media Selangor – Media Selangor

Apa Itu Insentif MamaKerja?

Insentif MamaKerja adalah bantuan tunai khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyokong ibu bekerja yang mempunyai anak berumur enam tahun ke bawah.

Dalam Belanjawan Selangor 2026, insentif ini diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk setiap anak bagi tempoh setahun.

Insentif ini bertujuan untuk meringankan kos penjagaan dan asuhan anak yang menjadi cabaran utama kepada ramai ibu bekerja, khususnya keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Peruntukan keseluruhan bagi insentif MamaKerja dalam tahun 2026 adalah sebanyak RM5 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat membabitkan 2,166 kanak-kanak di seluruh Selangor, selaras dengan sasaran kumpulan penerima yang dikenal pasti.

Untuk memohon, ibu bekerja yang layak perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri termasuk memiliki anak di bawah umur enam tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah dalam had kelayakan.

Insentif MamaKerja bukan sahaja memberikan sokongan kewangan tetapi juga mengiktiraf peranan penting wanita dalam ekonomi negeri dan membantu mereka terus aktif dan produktif dalam pasaran tenaga kerja sambil mengurus keluarga dengan lebih baik.

MamaKerja
Insentif RM100/bulan Untuk Wanita Bekerja

Jumlah Insentif

Setiap pemohon yang layak akan menerima insentif sebanyak RM100 setiap sebulan selama setahun. Jumlah keseluruhan adalah RM1200 setahun.

Jumlah ini meningkat RM200 berbanding tahun sebelum ini, RM1000 yang diberikan secara one-off.

MamaKerja
Kenaikan RM200 insentif MamaKerja 2026

Sasaran

Sasaran utama insentif MamaKerja adalah ibu bekerja di Selangor yang benar-benar memerlukan sokongan kewangan untuk membiayai kos penjagaan dan asuhan anak-anak mereka.

Program ini menyasarkan kira-kira 5,000 wanita bekerja yang layak sehingga kini, khususnya mereka yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah.

Syarat Kelayakan

  1. Wanita bekerja dan bermajikan.
  2. Merupakan rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun).
  3. Mengundi di Selangor.
  4. Berpendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah.
  5. Individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  6. Mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
  7. Bukan penerima bantuan ASUH PINTAR, TUNAS dan BINGKAS.

Tarikh & Cara Permohonan

Tarikh rasmi dan cara permohonan insentif MamaKerja untuk tahun 2026 belum lagi diumumkan secara rasmi. Namun, anda boleh sentiasa mengemaskini aplikasi SELANGKAH untuk mengetahui perkembangan terkini seperti tahun-tahun sebelumnya.

Permohonan ini terhad kepada 5000 pemohon terawal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan.

*Tarikh dan cara permohonan akan dimaklumkan apabila Kerajaan Negeri Selangor atau saluran media rasmi kerajaan telah mengumumkannya secara rasmi.

Senarai Bantuan Anak Bawah 6 Tahun

Selain MamaKerja, terdapat dua lagi bantuan untuk anak bawah 6 tahun berdasarkan Belanjawan Selangor 2026, iaitu:

  • Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS): Bantuan berupa RM50 sebulan untuk yuran tadika.
  • Iltizam Anak Selangor (ANAS): Program bantuan kewangan RM100 setahun selama lima tahun untuk anak-anak yang lahir bermula 2022.

Bantuan-bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam Belanjawan 2026 untuk meringankan beban kewangan keluarga dan menyokong pendidikan serta kesejahteraan anak-anak di bawah 6 tahun.

Bantuan disasarkan khas kepada keluarga berpendapatan rendah dan B40 di Selangor.​

mamakerja
Bantuan Anak Bawah 6 Tahun Belanjawan 2026
Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS
Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Skim Bantuan Tadika Selangor TUNAS
Iltizam Anak Selangor ANAS
Iltizam Anak Selangor ANAS
MamaKerja

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insentif MamaKerja dan Belanjawan Selangor 2026, sila rujuk saluran berikut:

Soalan Lazim MamaKerja

Berikut soalan lazim tentang program ini:

Apa itu insentif MamaKerja?

Insentif tunai RM100 sebulan diberikan selama setahun untuk wanita bekerja di Selangor bagi meringankan beban penjagaan anak-anak berumur 6 tahun dan ke bawah.

Siapakah yang layak memohon?

Wanita bekerja dan bermajikan.
Rakyat Selangor (lahir atau bermastautin lebih dari 10 tahun).
Pendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.
Mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
Mempunyai akaun LHDN atau KWSP.
Bukan penerima bantuan lain seperti ASUH, PINTAR, TUNAS, dan BINGKAS.

Bila permohonan dibuka?

Permohonan rasmi MamaKerja untuk tahun 2026 belum lagi dibuka setakat November 2025.

Bagaimana cara permohonan MamaKerja?

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui aplikasi Selangkah atau laman web https://web.selangkah.my/ berdasarkan tahun sebelum ini. Cara permohonan akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi permohonan MamaKerja 2026 dibuka.

Ibu yang tidak bekerja boleh mohon MamaKerja?

Ibu yang tidak bekerja tidak layak memohon insentif MamaKerja 2026 kerana salah satu syarat utama adalah pemohon mesti wanita bekerja dan bermajikan. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut