Hidung Berdarah: Punca, Rawatan & Cara Pencegahannya

Hidung Berdarah: Punca, Rawatan & Cara Pencegahannya

Masalah hidung berdarah adalah keadaan di mana seseorang itu mengeluarkan darah melalui rongga hidung secara tiba-tiba.

Justeru, adakah masalah kesihatan ini perkara biasa yang berlaku atau ia merupakan petanda kepada penyakit tertentu?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah hidung berdarah dengan lebih lanjut.

Baca juga:

Apa itu hidung berdarah?

hidung berdarah

Hidung berdarah atau epistaxis adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak.

Ia selalunya berkaitan dengan satu bahagian di dalam hidung iaitu “little area” yang senang untuk berdarah.

Masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira usia. Terdapat dua jenis pendarahan hidung yang perlu anda tahu iaitu pendarahan depan (anterior) dan pendarahan belakang (posterior).

Pendarahan depan (anterior) adalah pendarahan yang berlaku daripada saluran darah bahagian hadapan hidung.

Manakala pendarahan belakang (posterior) adalah pendarahan yang berlaku daripada saluran darah jauh di dalam hidung. Yang mana pendarahan akan berlaku di bahagian belakang mulut atau di bahagian tekak.

Epistaxis, Causes, SIgns and Symptoms, Diagnosis and Treatment | Medical Centric

Gejala hidung berdarah

Hidung berdarah boleh datang dengan beberapa simptom lainnya seperti yang berikut:

  • Darah jenis cair atau darah pekat
  • Pendarahan yang tidak berhenti
  • Lendiran bercampur darah
  • Hidung berasa tersumbat
  • Susah untuk bernafas
  • Rasa darah dalam mulut atau tekak
  • Demam
  • Liang hidung berasa kering
  • Hidung rasa sakit

Punca hidung berdarah

Hidung berdarah boleh berlaku secara spontan atau disebabkan oleh trauma. Walau bagaimanapun, kebanyakkan sebab-sebabnya tidak dapat dikenal pasti.

  • Kecedaraan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung  (contoh: polyps, tumor)
  • Tindak balas bahan kimia

Apa nak buat bila hidung berdarah?

hidung berdarah

Berikut adalah cara merawat hidung berdarah yang betul dan boleh dilakukan ketika kecemasan:

  1. Jangan mendongak untuk hentikan pendarahan kerana ia menyebabkan darah membeku di dalam hidung.
  2. Duduk dengan tegak dan bongkokkan badan ke hadapan.
  3. Tekan bahagian hidung untuk 10 minit.
  4. Gunakan ais dan letakkan di batang hidung.
  5. Bernafas menggunakan mulut bukan hidung.

Jangan lalukan perkara seperti berikut:

  • Berbaring atau mendongakkan kepala
  • Menyumbat hidung dengan tisu, kapas atau kain
  • Menghembus hidung atau mengorek hidung
  • Makan makanan panas atau pedas boleh menyebabkan hidung kembali berdarah

Cara untuk elak pendarahan hidung

10 ways to Stop a Nose Bleed | Vik Veer – ENT Surgeon

1. Elak koreng hidung

Buang tabiat anda yang gemar korek hidung. Kuku yang panjang dan tajam boleh memberi risiko rongga hidung cedera.

2. Gunakan semburan saline

Jika anda mempunyai jenis kulit mudah kering, anda digalakkan untuk menggunakan semburan saline bagi menjaga kelembapan dalam hidung.

Hal ini kerana permukaan dalma hidung yang kering akan lebih mudah tercedera dan berdarah.

Pilihan lain selain semburan saline adalah gel pelembap atau petroleum jelly seperti vaseline bagi mendapatkan manfaat yang sama.

3. Gunakan pelembap udara

Fungsi pelembap udara adalah untuk menyeimbangkan kadar kelembapan di dalam bilik supaya dapat membantu melegakan gejala kering seperti bibir pecah, kulit kering, dan kerengsaan mata.

4. Gunakan alat pelindung muka

Bagi ahli sukan yang terlibat dalam sukan lasak seperi ragbi, softball, boxing atau sebagainya, anda boleh menggunakan pelindung muka bagi mengurangkan risiko dan impak keceraan pada hidung.

5. Tahu alahan pada bahan kimia

Seseorang yang mempunyai alahan kepada bahan kimia tertentu perlu peka dalam hal ini.

Elakkan dari bersentuhan atau terhidu secara langsung atau tidak langsung dengan bahan tersebut.

Bahan kimia yang kuat sifatnya biasanya akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian lapisan hidung. Hal ini berlaku terutama sekali dalam industri kimia.

Justeru itu, pastikan anda sentiasa memakai penutup muka yang sesuai.

Bila perlu jumpa doktor?

Seseorang yang hidungnya berdarah perlu jumpa doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:

  • Pendarahan berlebihan dan tidak berhenti.
  • Pendarahan hidung terjadi selepas trauma/kemalangan.
  • Gangguan pernafasan sebagai simptom tambahan
  • Pendarahan lebih daripada 15 minit walaupun sudah mencuba setiap rawatan di rumah.
  • Kanak-kanak kecil yang mengalami hidung berdarah.
  • Rasa hendak pitam akibat pendarahan berlebihan.

Kesimpulannya, pendarahan hidung adalah perkara biasa yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

Namun begitu, segera dapatkan rawatan jika anda mengalami pendarahan hidung yang tidak berhenti atau berlaku berulang kali. 

Diharapkan semoga perkongsian kami ini mengenai masalah hidung berdarah dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Hidung Berdarah? Ini Apa Yang Perlu Anda Lakukan! My Sihat
  2. Pendarahan Hidung. My Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!