Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Skuad Kita Pengguna (SKiP) dan pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://pengguna.kpdn.gov.my/.
Dengan menyertai SKiP, orang ramai boleh bantu melindungi hak pengguna, menambah ilmu kepenggunaan, menjadi suara yang membantu masyarakat, serta berpeluang ikuti pelbagai aktiviti menarik.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skuad ini.

Mengenai Skuad Kita Pengguna (SKiP)
Skuad Kita Pengguna (SKiP) merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.
Ia dahulunya dikenali sebagai Hero Pengguna (HP) ditubuhkan dengan objektif yang sama namun telah ditambah baik bagi menyesuaikan peranan dan perkhidmatan mengikut perkembangan dan trend semasa Masyarakat.
Bagi memberikan nafas baru, kumpulan ini dijenamakan semula dan dikenali dengan nama Skuad Kita Pengguna (SKiP) yang bertujuan untuk memantapkan dan meningkatkan keberkesanan fungsinya di seluruh negara.
Bidang tugas utama SKiP adalah untuk membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kolaborasi Kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna, membantu melaksanakan program/aktiviti kepenggunaan, dan membantu dalam pemantauan dan melaporkan kepada Kementerian dengan saluran yang betul.
Logo Skuad Kita Pengguna (SKiP)
Logi SKiP adalah seperti di bawah:

Bidang Tugas Skuad Kita Pengguna (SKiP)
Bidang tugas SKiP adalah seperti berikut:
- Membantu Kementerian dalam usaha mendidik masyarakat untuk menjadi pengguna yang berdaya upaya: Pengguna berdaya upaya adalah pengguna yang tahu hak, serta berani untuk mengambil tindakan selaras dengan perundangan/peraturan yang tersedia.
- Mewakili setiap lapisan masyarakat seperti sektor awam, swasta, Persendirian, Pertubuhan dan lain-lain: Bersama-sama membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan mendidik masyarakat berkenaan kemahiran kepenggunaan.
- Bersama masyarakat bagi menjalankan program dan aktiviti bersama sektor Swasta, Pertubuhan dan masyarakat kampung/pendalaman: Program seperti ini di rangka agar advokasi atau mesej kepenggunaan yang disampaikan oleh Kementerian dapat dibuat dengan lebih menyeluruh kepada segenap lapisan masyarakat. Antara “aktiviti dan program yang dirangka bagi SKiP adalah program sesi libat urus bersama ahli, pemukiman dan training on how to be an influencer bagi kementerian”.
- Bergiat aktif melalui media sosial, dan melaksanakan pertandingan atau kuiz dalam usaha berterusan untuk mendidik orang awam seiring dengan perubahan teknologi dan kecenderungan orang awam: Terus bekerjasama dengan kementerian dan agensi awam/swasta dengan menyertai program, seminar atau aktiviti bagi mendidik masyarakat celik ilmu kepenggunaan.
- Bersama Kementerian dalam membuat pemantauan dan pelaporan melalui saluran yang betul: Berfungsi sebagai mata dan telinga Kementerian dalam melaporkan kesalahan dalam bidang kuasa Kementerian melalui saluran yang disediakan.
Manfaat Keahlian
Manfaat keahlian skuad ini adalah seperti berikut:
- Mendapatkan informasi dan mengikuti program/aktiviti anjuran KPDN
- Berpeluang mendapatkan mata ganjaran dan menebus hadiah menarik
- Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepenggunaan
- Membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan menyeluruh
- Membantu KPDN mengambil tindakan dengan lebih cepat
Syarat Penyertaan
Syarat penyertaan untuk menyertai skuad ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan.
- Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
Namun, setiap ahli skuad mestilah mematuhi terma dan syarat:
- Seseorang yang menjadi ahli Skuad Kita Pengguna TIDAK mempunyai kuasa bagi menguatkuasakan undang-undang KPDN.
- KPDN tidak akan menyediakan ganjaran atau balasan berbentuk wang tunai atau bayaran kepada ahli-ahli Skuad Kita Pengguna yang menyertai program / aktiviti / tugas yang dianjurkan melainkan kebenaran awal secara bertulis telah dikemukakan oleh KPDN / pihak penganjur kepada ahli-ahli Skuad Kita Pengguna.
- Penyalahgunaan nama Skuad Kita Pengguna untuk kepentingan peribadi / persatuan tidak dibenarkan sama sekali.
- KPDN berhak menamatkan keahlian Skuad Kita Pengguna pada bila-bila masa tanpa perlu memberi apa-apa sebab.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran, sila isi maklumat yang diperlukan menerusi pautan https://pengguna.kpdn.gov.my/portal/ahli-register?id=sp6uRE6Vew7gg5jcFQN_d2IvvG2vzGGUDRhGKc_p4EU%3D.
Soalan Lazim
SKiP merupakan satu keahlian sukarela dan diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membantu Kerajaan dalam memantau harga barangan (penandaan harga) dan perkhidmatan, menjadi pemangkin kehidupan lestari, menjadi jurucakap kepada program-program kepenggunaan Kementerian dan menyampaikan maklumat kepenggunaan kepada masyarakat umum.
Bidang tugas utama SKiP ialah membentuk komuniti pengguna yang berdaya upaya, menggalakkan kolaborasi Kementerian bersama sektor bukan kerajaan demi kepentingan pengguna, membantu melaksanakan program/aktiviti kepenggunaan, dan membantu dalam pemantauan dan melaporkan kepada Kementerian dengan saluran yang betul.
– Mendapatkan informasi dan mengikuti program/aktiviti anjuran KPDN
– Berpeluang mendapatkan mata ganjaran dan menebus hadiah menarik
– Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepenggunaan
– Membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan menyeluruh
– Membantu KPDN mengambil tindakan dengan lebih cepat
1. Terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk berkhidmat secara sukarela dan komited untuk membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan.
2. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat yang diperlukan menerusi pautan https://pengguna.kpdn.gov.my/portal/ahli-register?id=sp6uRE6Vew7gg5jcFQN_d2IvvG2vzGGUDRhGKc_p4EU%3D.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai Skuad Kita Pengguna (SKiP), sila layari laman web https://pengguna.kpdn.gov.my/.
Baca juga: Kaedah Pengurangan Baki Pinjaman Kereta: Apa Yang Pengguna Perlu Tahu




