Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Dengan kemas kini terbaharu aplikasi MyDigital ID (versi 2.11.0 ke atas), anda tidak perlu lagi membatalkan (revoke) sijil digital secara manual atau ke kios apabila bertukar telefon baharu.

Macam mana caranya? Jom semak satu per satu langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk daftar MyDigital ID kalau tukar telefon di bawah.

Apa Itu MyDIgital ID?

MyDigital ID ialah sistem pengesahan identiti digital rasmi Kerajaan Malaysia yang membolehkan anda log masuk ke pelbagai portal kerajaan dan swasta menggunakan satu identiti sahaja.

Ia berfungsi untuk memudahkan urusan dalam talian tanpa perlu mengingati banyak kata laluan.

Dari segi keselamatan, aplikasi ini tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, sebaliknya membuat semakan masa nyata terus dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencegah risiko penipuan dan kecurian identiti.

Kemaskini Terbaru MyDigital ID

Kemaskini terbaru MyDigital ID (versi 2.11.0 pada November 2026) memperkenalkan pemindahan sijil digital secara automatik apabila pengguna bertukar telefon, memasang semula aplikasi, atau menetapkan semula kata laluan yang terlupa.

Antara kelebihan utama kemas kini ini termasuklah:

  1. Tiada Lagi Proses Revoke Manual: Anda tidak perlu lagi mencari menu Batal Digital ID pada telefon lama atau meminjam telefon ahli keluarga semata-mata untuk membatalkan sijil sebelum berpindah ke peranti baharu.
  2. Menjimatkan Masa dan Kos Perjalanan: Pengguna yang kehilangan telefon atau mengalami kerosakan peranti tidak lagi wajib ke kios fizikal untuk melakukan pembatalan sijil. Segala urusan pengesahan identiti diselesaikan terus dari rumah melalui telefon pintar baharu.
  3. Penyelesaian Terus untuk Isu Reinstall: Jika anda memadam aplikasi secara tidak sengaja atau melakukan tetapan semula kilang (factory reset) pada telefon yang sama, anda boleh memulihkan akses akaun anda menggunakan aliran yang sama tanpa sekatan.
  4. Ciri Tetapan Semula Kata Laluan (Forgot Password): Seiring dengan kemas kini versi 2.11.0, pengguna yang terlupa kata laluan juga kini boleh menetapkan semula kata laluan terus menggunakan pengesahan wajah (e-KYC) di dalam aplikasi tanpa perlu membatalkan sijil digital terlebih dahulu.
  5. Keselamatan Tetap Terjamin: Walaupun prosesnya dipermudahkan, tahap keselamatan tidak dikompromi. Sebaik sahaja pengesahan wajah di telefon baharu berjaya, sijil digital pada peranti lama akan terbatal secara automatik bagi memastikan hanya satu peranti aktif pada satu masa.

Tak Perlu Lagi Batalkan Sijil MyDIgital ID Jika Tukar Telefon

Sebelum ini, setiap sijil digital MyDigital ID hanya boleh dipautkan kepada satu peranti sahaja pada satu-satu masa atas faktor keselamatan siber.

Jadi, apabila seseorang menukar telefon, mereka perlu membatalkan (revoke) sijil digital pada peranti lama terlebih dahulu sebelum boleh mendaftar semula di peranti baharu.

Keadaan ini menjadi lebih mencabar sekiranya telefon lama telah hilang, rosak teruk sehingga skrin tidak boleh dihidupkan, atau pengguna terlupa kata laluan sedia ada.

Baru-baru ini, pihak MyDigital ID telah melancarkan kemas kini baharu pada aplikasinya (versi 2.11.0 dan ke atas) yang menghapuskan keperluan untuk membatalkan sijil secara manual apabila anda bertukar peranti.

Melalui penambahbaikan sistem ini, proses pemindahan sijil kini dilakukan secara automatik terus melalui aliran pendaftaran di telefon baharu anda.

Lebih cepat dan lebih mudah!

Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

So, lepas ni macam mana nak guna MyDigital ID kalau tukar phone? Mudah je. Rujuk cara-caranya di bawah:

1. Buka aplikasi MyDigital ID versi terkini dan tekan ‘Daftar Online’.

    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

    2. Tick kotak persetujuan, kemudian tekan ‘Teruskan’.

    • E-mel aktif
    • Kod OTP (semak e-mel)
    • Maklumat diri (Nama penuh & No. MyKad)
    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone
    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone 3
    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone
    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

    3. Sistem akan kesan akaun lama. Pilih ‘Tukar Telefon’ (atau ‘Pasang Semula Aplikasi’) dan tekan ‘Teruskan’.

    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

    4. Lakukan imbasan wajah (e-KYC) untuk pengesahan identiti.

    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

    5. Tetapkan semula kata laluan (password) baharu.

    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

    6. Akhir sekali, tekan ‘Aktifkan Biometrik’ (cap jari / Face ID) untuk log masuk lebih pantas.

    Cara Daftar MyDigital ID Kalau Tukar Phone

      Siap! Sijil digital pada telefon lama akan terbatal secara automatik sebaik sahaja pendaftaran di telefon baharu berjaya.

      Anda boleh rujuk juga video panduan yang dikongsikan oleh Facebook rasmi MyDigital ID berikut:

        Baca juga: Lupa Password MyDigital ID? – Ini Cara Reset Semula Guna Fungsi ‘Forget Password’

        Maklumat Lanjut & Soalan Lazim

        Sila rujuk saluran rasmi berikut untuk mendapatkan bantuan atau sebarang maklumat lanjut:

        • Portal Rasmi MyDigital ID
        • Talian Hotline Helpdesk: Hubungi +603-8687 2772 (beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 9.00 malam setiap hari termasuk cuti umum).
        • E-mel Rasmi: [email protected].
        • Kios Fizikal: Kunjungi mana-mana kios MyDigital ID yang terdapat di seluruh negeri sekiranya anda memerlukan bantuan pengesahan secara bersemuka menggunakan MyKad dan cap jari.
        Adakah saya masih perlu batalkan (revoke) sijil digital di telefon lama sebelum daftar di telefon baharu?

        Tidak perlu. Dengan aplikasi MyDigital ID versi 2.11.0 ke atas, anda hanya perlu memuat turun aplikasi di telefon baharu, tekan Daftar Online, masukkan maklumat diri, dan pilih Tukar Telefon. Sijil di telefon lama akan terbatal secara automatik selepas pengesahan wajah berjaya.

        Bolehkah saya menggunakan satu akaun MyDigital ID pada dua telefon secara serentak?

        Tidak boleh. Atas faktor keselamatan, satu identiti digital hanya boleh aktif pada satu peranti pintar sahaja pada satu-satu masa.

        Adakah data peribadi dan imbasan wajah saya disimpan di dalam aplikasi MyDigital ID?

        Tidak. Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang data peribadi atau biometrik pengguna, sebaliknya membuat semakan masa nyata (real-time) dengan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggunakan penyulitan kriptografi.

        Mengapa pilihan “Tukar Telefon” tidak muncul semasa saya menekan “Daftar Online”?

        Pastikan aplikasi anda sudah dikemas kini ke versi terkini (2.11.0 atau lebih baharu). Selain itu, semak semula ejaan nama penuh dan nombor MyKad anda supaya sepadan dengan rekod asal.

        Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan rasmi jika akaun masih bermasalah?

        Anda boleh merujuk halaman bantuan rasmi MyDigital ID, menghubungi talian hotline 03-8687 2772, atau menghantar e-mel ke [email protected].

        Penulis