Orang ramai yang ingin membuat pinjaman kredit melalui Pinjaman Wang Berlesen digalakkan untuk menyemak terlebih dahulu maklumat syarikat berkenaan menerusi Aplikasi i-KrediKom yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai aplikasi ini.

Apa Itu i-KrediKom?
Aplikasi i-KrediKom merupakan aplikasi yang telah diwujudkan sejak 2019 secara in-house yang dibangunkan oleh KPKT bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan Pinjaman Wang Berlesen.
Dalam erti kata yang lain, aplikasi ini berfungsi sebagai medium untuk membolehkan orang awam mendapatkan informasi yang berkaitan dengan Pinjaman Wang Berlesen dan jenis-jenis kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Pemberi Pinjam Wang 1951.
Secara tidak langsung, aplikasi ini dapat mengelakkan masyarakat daripada terjerat dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen.
Untuk makluman, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebanyak 1,452 kes pinjaman wang tanpa lesen atau ‘Ah Long’ dilaporkan di seluruh negara sehingga Oktober 2025.
Jumlah kes berkenaan mencecah kerugian lebih RM4.89 juta dengan 450 kes atau 31 peratus berjaya diselesaikan.
Fungsi i-KrediKom
Fungsi aplikasi ini diwujudkan adalah untuk:
- Membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung Malaysia
- Membuat aduan dan semakan nombor aduan
- Memberi penerangan mengenai hak peminjam serta jenis-jenis kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Perbezaan Kredit Komuniti & Ah Long
Terdapat perbezaan antara Kredit Komuniti iaitu yang berdaftar dengan Ah Long iaitu:
| Kredit Komuniti | Ah Long |
| Perianiian pinjaman wang mengikut borang yang ditetapkan | Dibuat hanya secara lisan dan tiada perjanjian bertulis |
| Kadar faedah ditetapkan tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar | Kadar faedah yang berubah-ubah mengikut kehendak Ah Long |
| Kadar denda lewat bayar ansuran bulanan iaitu 8% setahun | Denda lewat bayar yang sangat tinggi serta tempoh yang pendek untuk menyelesaikan ansuran yang tertunggak dan jika gagal, denda menjadi berganda |
| Keingkaran peminjam bayar balik hutang hanya bole melalui tuntutan di mahkamah | Ah Long akan menggunakan kekerasan terhadap peminjam yang ingkar |
| Setiap transaksi wang hanya bole dilakukan di premis yang diluluskan sahaja | Tidak mempunyai alamat yang tetap atau berubah-ubah |
| Kredit Komuniti perlu menghantar Rekod Transaksi Tahunan kepada KPKT | Tiada apa-apa laporan pinjaman yang dikemukakan |

Hak Peminjam
Untuk membuat pinjaman, ketahui hak-hak anda sebagai peminjam iaitu:
- Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.
- Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh di bawah Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman bercagar).
- Peminjam berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
- Peminjam hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
- Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
- Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis Pemberi Pinjam Wang yang berkenaan.
Panduan Meminjam
Untuk membuat pinjaman, berikut merupakan panduan untuk meminjam daripada Kredit Komuniti:

Muat Turun Aplikasi i-KrediKom
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ini iaitu:
- Google Play: https://play.google.com/store/apps/detailsid=my.gov.onegovappstore.iKrediKom&hl=ms&pli=1
- Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/i-kredikom/id1457648577
- App Gallery: https://appgallery.huawei.com/#/app/C119637199
- GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/603
Soalan Lazim
Aplikasi i-KrediKom merupakan aplikasi secara in-house yang dibangunkan oleh KPKT bagi memudahkan orang awam mendapatkan maklumat berkaitan Pinjaman Wang Berlesen.
– Membuat carian syarikat Kredit Komuniti yang berlesen di Semenanjung Malaysia
– Membuat aduan dan semakan nombor aduan
– Memberi penerangan mengenai hak peminjam serta jenis-jenis kesalahan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
– Setiap peminjam hendaklah diberikan penyataan atau maklumat yang tidak mengelirukan bagi setiap pinjaman yang dibuat.
– Setiap perjanjian pinjaman hendaklah menggunakan borang pinjaman yang ditetapkan oleh di bawah Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003 iaitu Jadual J (pinjaman tanpa cagaran) atau Jadual K (pinjaman bercagar).
– Peminjam berhak untuk diberikan satu (1) salinan perjanjian secara percuma. Peminjam juga hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
– Peminjam hendaklah mendapatkan resit bayaran bagi setiap bayaran balik pinjaman yang dibuat.
– Peminjam turut diingatkan supaya tidak menandatangani borang perjanjian yang kosong.
– Sebarang transaksi pembayaran pinjaman hendaklah diterima selepas perjanjian diisi penuh, dimatikan setem dan pembayaran dibuat di premis Pemberi Pinjam Wang yang berkenaan.
Kadar faedah ditetapkan tidak melebihi 12% setahun bagi pinjaman bercagar dan tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar
– Google Play: https://play.google.com/store/apps/detailsid=my.gov.onegovappstore.iKrediKom&hl=ms&pli=1
– Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/i-kredikom/id1457648577
– App Gallery: https://appgallery.huawei.com/#/app/C119637199
– GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/603
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari laman web KPKT iaitu https://www.kpkt.gov.my/.
Baca juga: Skuad Kita Pengguna (SKiP): Manfaat & Syarat Kelayakan




