Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta orang ramai mengemas kini sistem operasi telefon mudah alih untuk persediaan menerima amaran kecemasan menerusi Sistem Amaran Awal (EWS).
Berikut adalah maklumat dan info mengenai EWS ini.

Apa Itu Sistem Amaran Awal (EWS)?
Sistem Amaran Awal (Early Warning System – EWS) merupakan inisiatif kerjasama antara MCMC dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyalurkan maklumat amaran kecemasan secara terus ke telefon bimbit pengguna di kawasan yang ditetapkan melalui teknologi Cell Broadcast.
Teknologi ini membolehkan amaran kecemasan dihantar secara serentak kepada telefon mudah alih yang serasi dalam kawasan geografi dikenal pasti, tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi, mendaftar atau melanggan perkhidmatan khusus.
Ia berbeza dengan SMS konvensional yang menghantar mesej kepada nombor telefon secara individu, CBS menyiarkan amaran melalui rangkaian mudah alih kepada peranti di kawasan sasaran.
Peranti minimum yang akan menerima amaran adalah iPhone 11 dengan iOS 27.2, Android 12 dan Huawei EMUI 16.
Selain itu, orang ramai turut disarankan supaya memasang kemas kini perisian terkini yang tersedia untuk peranti masing-masing, memulakan semula telefon selepas proses kemas kini dan memastikan tetapan amaran kecemasan diaktifkan, sekiranya berkenaan.
Ciri-Ciri Sistem Amaran Awal (EWS)
Ciri-ciri teknologi ini adalah:
- Amaran Mengikut Kawasan: Amaran dihantar ke telefon yang serasi di kawasan terjejas.
- Amaran Pantas dan Serentak: Amaran disiarkan secara serentak ke telefon yang serasi di kawasan sasaran.
- Tidak Memerlukan Data Mudah Alih: Terima amaran kecemasan percuma tanpa data mudah alih atau Internet.
- Capaian Rangkaian 4G dan 5G: Rangkaian 4G dan 5G memperluas capaian amaran kecemasan.
- Amaran Jelas dan Mudah Difahami: Capaian maklumat yang jelas, panduan keselamatan, bunyi dan getaran.
Jenis Amaran
Jenis amaran yang bakal diterima menerusi teknologi ini adalah:
- Banjir
- Tanah runtuh
- Gempa bumi
- Maklumat keselamatan awam termasuk kes kehilangan kanak-kanak atau individu oleh pihak berkuasa seperti NADMA, PDRM dan MKN
Tarikh Pelaksanaan
Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya dan beberapa peringkat ujian akan dijalankan bagi memastikan sistem ini bersedia untuk menyampaikan amaran kecemasan kepada orang awam.
Berikut merupakan tarikh pelaksanaan yang perlu diketahui:
- 19 November 2026 – Ujian Teknikal
- 23 November 2026 – Ujian Simulasi
- 29 November 2026 – Ujian Seluruh Negara
- Selepas pengujian – Operasi Penuh, tertakluk kepada pengesahan kesiapsiagaan sistem.

Cara Kemaskini
Orang ramai diminta untuk mengemaskini sistem operasi peranti masing-masing kepada versi terkini untuk amaran melalui EWS.

i- Pengguna IOS
- Pergi ke ‘General.’
- Klik ‘Software Update’
- Kemas kini ke IOS 27.2

2- Pengguna Android
- Pergi ke ‘Setting.’
- Klik ‘Software Update.’
- Kemas kini ke Android 12.

3- Pengguna HUAWEI
- Pergi ke ‘Setting.’
- Klik ‘System & Updates.’
- Kemas kini ke HUAWEI 16.

Soalan Lazim
Sistem Amaran Awal (Early Warning System – EWS) merupakan inisiatif kerjasama antara MCMC dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyalurkan maklumat amaran kecemasan secara terus ke telefon bimbit pengguna di kawasan yang ditetapkan melalui teknologi Cell Broadcast.
– Amaran Mengikut Kawasan: Amaran dihantar ke telefon yang serasi di kawasan terjejas.
– Amaran Pantas dan Serentak: Amaran disiarkan secara serentak ke telefon yang serasi di kawasan sasaran.
– Tidak Memerlukan Data Mudah Alih: Terima amaran kecemasan percuma tanpa data mudah alih atau Internet.
– Capaian Rangkaian 4G dan 5G: Rangkaian 4G dan 5G memperluas capaian amaran kecemasan.
– Amaran Jelas dan Mudah Difahami: Capaian maklumat yang jelas, panduan keselamatan, bunyi dan getaran.
Tidak. Pengguna tidak perlu memuat turun aplikasi untuk menerima sistem amaran ini.
Peranti minima adalah iPhone 11 dengan iOS 27.2, Android 12 dan Huawei EMUI 16.
– 19 November 2026 – Ujian Teknikal
– 23 November 2026 – Ujian Simulasi
– 29 November 2026 – Ujian Seluruh Negara
– Selepas pengujian – Operasi Penuh, tertakluk kepada pengesahan kesiapsiagaan sistem.
– Banjir
– Tanah runtuh
– Gempa bumi
– Maklumat keselamatan awam termasuk kes kehilangan kanak-kanak atau individu oleh pihak berkuasa seperti NADMA, PDRM dan MKN
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MCMC iaitu https://www.mcmc.gov.my/
Baca juga: MCMC Nexus – Aplikasi Percuma Uji Sambungan Internet




