4 Pilihan Rawatan Ubat Resdung Terbaik Di Farmasi

ubat resdung
4 pilihan ubat resdung di farmasi.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Ubat resdung merupakan pilihan utama bagi mereka yang mengalami masalah sinusitis atau resdung, yang sering datang dengan simptom seperti hidung tersumbat, bersin berulang, sakit muka dan lendir pekat.

Masalah ini boleh menjejaskan rutin harian serta menyebabkan ketidakselesaan yang berpanjangan jika tidak dirawat dengan betul.

Dengan pelbagai jenis ubat resdung di pasaran – daripada ubat resdung di farmasi hinggalah kepada ubat resdung tradisional – pemilihan rawatan yang sesuai amat penting untuk melegakan simptom dan mencegah jangkitan berulang.

Artikel ini akan membincangkan pilihan ubat resdung yang berkesan, serta tips penggunaannya secara selamat dan berkesan.

Rawatan resdung hidung

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic Rhinitis.

Namun, ia turut dikenali sebagai sinus.

Jadi, ia merupakan salah satu penyakit alahan yang boleh berlaku jika seseorang tersalah makan atau terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.

Kebanyakan resdung berpunca daripada masalah hidung dan sinus. Hanya 10 hingga 12% masalah resdung mungkin disebabkan masalah pergigian dan mulut.

Biasanya pesakit akan mengalami beberapa gejala atau tanda resdung seperti :

  • Hidung tersumbat
  • Mata kegatalan dan berair
  • Kerap bersin
  • Telinga tersumbat, sakit atau berdengung
  • Berdengkur ketika tidur
  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian muka atau gigi

Sekiranya tidak dirawat dengan betul, resdung boleh menjadi lebih teruk sehingga ada yang perlu menjalani pembedahan.

ubat resdung
Pastikan anda mengambil ubat untuk resdung yang disarankan oleh pakar.

Ubat Resdung Farmasi

1. Ubat Antihistamine

Ubat ini berfungsi untuk melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine atau Cetirizine merupakan antara ubat antihistamin yang popular di pasaran. Juga boleh berfungsi sebagai ubat selesema, ia lebih sesuai dimakan pada waktu malam kerana boleh menyebabkan mengantuk.

2. Ubat Spray Hidung Steroid

Sekiranya ubat antihistamin tidak memberi kesan yang ketara, doktor mungkin akan mengesyorkan penggunaan ubat spray hidung steroid.

Ia perlu digunakan pada jangka masa yang agak lama bagi mengurangkan keradangan dalam hidung.

3. Paracetamol

Ubat tahan sakit boleh digunakan untuk mengurangkan sakit kepala yang berlaku akibat resdung.

4. Antibiotik

Doktor akan mengesyorkan pengambilan antibiotik sekiranya pesakit disyaki mengalami resdung akibat jangkitan bakteria atau resdung berada pada tahap kronik.

Untuk memastikan ubat resdung yang digunakan benar-benar berkesan, anda perlulah elakkan daripada bahan pencetus (trigger) kepada alahan atau resdung yang dialami.

Tips Penggunaan Ubat Resdung

ubat resdung
Tips penggunaan sebelum mengambil sebarang ubat untuk resdung.

Penggunaan ubat resdung yang betul sangat penting bagi memastikan keberkesanan rawatan serta mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Berikut beberapa tips yang boleh membantu anda menggunakan ubat resdung dengan lebih berkesan:

  • Ikut Dos yang Disarankan

Pastikan anda mengambil ubat mengikut dos yang diarahkan oleh doktor atau yang tertera pada label produk.

Pengambilan ubat secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan, manakala pengambilan yang tidak mencukupi mungkin tidak memberi kesan yang diinginkan.

  • Pilih Ubat Mengikut Simptom

Terdapat pelbagai jenis ubat resdung seperti antihistamin, dekongestan, semburan hidung dan antibiotik.

Kenal pasti simptom utama anda, contohnya hidung tersumbat atau bersin, dan pilih ubat yang sesuai untuk melegakan gejala tersebut.

  • Guna Ubat Secara Konsisten

Elakkan berhenti menggunakan ubat secara tiba-tiba, terutama jika anda sedang mengambil ubat jangka panjang seperti semburan kortikosteroid.

Penggunaan yang konsisten membantu mengurangkan keradangan dalam rongga sinus secara berperingkat.

  • Amalkan Gaya Hidup Sihat

Sokong keberkesanan ubat dengan menjaga pemakanan, minum air secukupnya, elakkan persekitaran berhabuk dan berhenti merokok jika perlu.

  • Dapatkan Nasihat Doktor

Sebelum mencuba sebarang ubat baru, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi terutamanya jika anda mempunyai alahan atau sedang mengambil ubat lain.

Dengan amalan yang betul, ubat resdung di farmasi dapat membantu melegakan simptom dan mencegah komplikasi yang lebih serius.

Komplikasi Resdung

Dalam kebanyakan masa, resdung tidak berbahaya.

Namun jika ia tidak dikawal dengan baik atau pesakit sering mendapat jangkitan kuman, ia boleh mendorong kepada keradangan rongga hidung yang kronik.

Sinus atau resdung yang kronik pula boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk serta salur rongga yang tersumbat sehingga memerlukan prosedur pembedahan.

Ia juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti :

  • Meningitis – jangkitan dari sinus yang merebak ke selaput otak.
  • Masalah penglihatan – jangkitan merebak ke soket mata sehingga mengganggu penglihatan dan buta bagi kes yang kronik.
  • Darah beku – Salur vena berdekatan dengan sinus mengalami jangkitan sehingga menyebabkan Cavernous Sinus Thrombosis yang boleh membawa maut.
  • Celulitis – Jangkitan bakteria sehingga ke kulit kawasan muka.

Untuk mengatasi resdung, anda dinasihatkan untuk mendapatkan ubat di klinik atau farmasi sahaja kerana terdapat beberapa produk diharamkan serta mencurigakan yang dijual di pasaran.

Oleh itu, anda perlulah berhati-hati ketika membeli.

Anda juga boleh semak produk kesihatan yang telah diharamkan di pautan ini.

Pesakit perlulah makan ubat resdung sesuai dengan arahan daripada pakar perubatan bagi merawat masalah yang dialami.

Sekiranya resdung lebih teruk, segeralah rujuk kepada doktor.

Sumber : myhealth.gov.my, Klinik Nur Hijrah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: