Demam Panas: Gejala, Punca & Tips Turunkan Suhu Badan

Setiap kali kita rasa badan panas, kita sudah ada satu perspektif, “Ni mesti demam panas!”

Namun tahukah anda, setiap orang mempunyai pelbagai kategori suhu badan atas faktor-faktor tertentu.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan masalah demam panas yang selalu terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Baca juga:

Apa itu demam panas

demam panas

Deman panas adalah apabila anda mengalami kenaikan suhu badan yang lebih tinggi daripada suhu badan biasa.

Demam boleh menunjukkan bahawa badan sedang melawan jangkitan daripada virus atau bakteria.

Ia juga boleh berlaku selepas mendapat vaksin, terdedah pada suhu yang sangat panas, berada di bawah terik matahari dalam tempoh masa yang lama.

Suhu demam mengikut umur

Suhu badan normal adalah berbeza bagi setiap orang, tetapi biasnaya dalam julat 36°C sehingga 37°C.

Suhu 38°C atau lebih tinggi dianggap sebagai demam. Suhu ini boleh juga dipengaruhi oleh jenis termometer yang digunakna kerana sesetengahnya lebih tepat daripada yang lain.

Berikut adalah panduan suhu demam mengikut peringkat umur:

  • Bayi dan kanak-kanak: 36.6°C – 37.2°C
  • Dewasa: Suhu badan purata adalah dari 36.1°C – 37.2°C
  • Dewasa yang berumur 65 tahun: Suhu badan purata lebih rendah daripada 36.°C

*Setiap individu mempunyai suhu badan berbeza (0.6 ° C) lebih tinggi atau lebih rendah daripada garis panduan di atas

Gejala demam

Mereka yang demam panas akan mengalami gejala seperti berikut:

  • Menggigil
  • Berpeluh
  • Sakit badan
  • Sakit kepala
  • Kelesuan (rasa lemah)
  • Menjadi mudah marah
  • Hilang selera makan
  • Dehidrasi
  • Muka merah atau memerah
  • Sakit telinga
  • Air kencing kurang daripada biasa
  • Nada suara tangisan lebih tinggi untuk bayi

Punca demam

Demam boleh menjadi tanda beberapa keadaan kesihatan yang mungkin memerlukan rawatan perubatan atau tidak.

Punca yang paling biasa ialah jangkitan seperti selsema dan gastroenteritis. Penyebab lain termasuklah seperti:

  • Jangkitan telinga, paru-paru, kulit, tekak, pundi kencing atau buah pinggang
  • Keletihan haba
  • Jangkitan virus seperti selesema atau COVID-19
  • Selaran matahari
  • Keadaan yang menyebabkan keradangan, seperti rheumatoid arthritis
  • Kesan sampingan ubat
  • Vaksin dan imunisasi
  • Darah beku
  • Keadaan autoimun seperti lupus dan penyakit radang usus (IBS)
  • Kanser
  • Gangguan hormon seperti hipertiroidisme
  • Pengambilan dadah seperti amphetamine dan kokain
  • Tumbuh gigi pada bayi boleh menyebabkan demam ringan dan tahap rendah (tidak melebihi 37.77).

Tips rawatan demam panas

Jika anda pergi ke klinik, rawatan yang paling biasa diberikan oleh doktor adalah ubat tanpa preskripsi seperti acetaminophen dan ubat anti-radang nonsteroid (NSAID) seperti ibuprofen dan naproxen. 

Namun sekiranya demam anda tidak begitu tinggi, anda boleh pantau dan turunkan sendiri suhu di rumah dengan tips seperti berikut:

  • Ukur suhu badan dengan termometer
  • Beri anak minum air dengan kerap
  • Beri anak makanan yang mudah untuk dihadam
  • Beri anak ubat demam (Paracetamol) dengan sukatan yang tepat
  • Pakaikan anak dengan pakaian yang nipis dan jangan selimutkannya
  • Lap dahi dan badan anak dengan tuala basah
  • Jangan biarkan anak tidur bersendirian supaya anda dapat bertindak segera jika suhu badan anak meningkat melebihi 39°C
  • Mandi air suam
  • Banyakkan berehat

Bila perlu jumpa doktor

Kebanyakkan gejala demam boleh sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang masalah. Tetapi sesetengah orang boleh mengalami komplikasi tertentu terutamanya pada kanak-kanak.

Jika anak anda berumur 6 bulan hingga 5 tahun, demam boleh menyebabkan mereka berisiko mendapat sawan tarik.

Sawan tarik akan berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi (40°C) ataupun shu naik secara mendadak.

Gejalanya, anak mungkin akan hilang kesedaran, tangan dan kaki mula menggeletar, serta badan akan kaku.

Kejang demam biasanya berlaku dalam tempoh 24 jam pertama anak anda demam, dan ia mungkin tanda pertama anak anda sakit.

Segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut dan menerima ubat-ubatan yang diberikan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan demam panas dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Fever: Causes, Symptoms, and Treatment. WebMD
  2. Fever: Symptoms, Treatments, Types, and Causes. Medical News Today
  3. Fever: Home Treatment and When to See a Doctor. Nationwide Childrens
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!