Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Penduduk di Lembah Klang kini boleh mendapatkan perkhidmatan ambulans kecemasan secara percuma menerusi talian 15551 yang diperkenalkan IHH Healthcare Malaysia.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai perkhidmatan ini.

Mengenai Talian 15551

Talian 15551 merupakan talian akses khas kecemasan berpusat yang dilancarkan oleh IHH Healthcare Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan ambulans kecemasan secara percuma di sekitar Lembah Klang. 

Perkhidmatan ini telah dilancarkan pada 23 November 2026 sebagai merupakan pilihan tambahan kepada talian kecemasan negara (MERS 999) bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan. 

Pesakit kemudiannya boleh dibawa ke enam hospital IHH Healthcare Malaysia yang mengambil bahagian atau dipindahkan ke hospital kerajaan.

Ini bagi membantu memperluas akses kepada bantuan ambulans dan memastikan pesakit menerima rawatan tepat pada masanya.

Hospital Terlibat

Sebanyak 6 hospital terlibat dalam bagi perkhidmatan ambulans ini iaitu:

  • Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
  • Hospital Pantai Kuala Lumpur
  • Hospital Pantai Ampang
  • Hospital Pantai Cheras
  • Hospital Pantai Klang
  • Prince Court Medical Centre

Ambulans Yang Digunakan

Ambulans yang digunakan adalah ambulan jenis A yang memenuhi keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ambulans ini dilengkapi peralatan sokongan hayat lanjutan, termasuk defibrilator, bekalan oksigen dan alat pemantauan pesakit, bagi membolehkan rawatan dimulakan di lokasi kejadian dan diteruskan sepanjang perjalanan ke hospital.

Pasukan ambulans lazimnya terdiri daripada seorang paramedik atau juruteknik perubatan kecemasan dan seorang pemandu terlatih, manakala jururawat atau doktor boleh ditugaskan bagi kes yang lebih serius mengikut keperluan klinikal.

Cara Hubungi Talian 15551

Untuk membuat panggilan bagi mendapatkan perkhidmatan ambulans ini, sila ikuti penerangan berikut:

  1. Hubungi 15551 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
  2. Pusat kawalan menilai situasi dan menggerakkan ambulans terdekat yang tersedia mengikut keperluan klinikal.
  3. Pemanggil menerima pautan WhatsApp atau SMS untuk menjejaki lokasi ambulans secara masa nyata & anggaran waktu ketibaan.
  4. Pesakit diberikan rawatan sepanjang perjalanan sementara hospital penerima membuat persediaan awal.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Talian 15551?

Talian 15551 merupakan talian akses khas kecemasan berpusat yang dilancarkan oleh IHH Healthcare Malaysia bagi menawarkan perkhidmatan ambulans kecemasan secara percuma di sekitar Lembah Klang. 

Adakah talian ini merupakan pengganti kepada talian MERS 999?

Tidak. Ia merupakan pilihan tambahan kepada talian kecemasan negara iaitu MERS 999 bagi mempercepatkan tindak balas kecemasan. 

Apakah hospital yang terlibat dalam perkhidmatan ambulans ini?

1. Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
2. Hospital Pantai Kuala Lumpur
3. Hospital Pantai Ampang
4. Hospital Pantai Cheras
5. Hospital Pantai Klang
6. Prince Court Medical Centre

Adakah ada kos yang perlu dibayar untuk mendapatkan perkhidmatan ambulans ini?

Perkhimatan ambulans ini adalah percuma dan tiada kos yang perlu dibayar.

Bagaimanakah talian ini berfungsi?

Talian ini berfungsi seperti berikut:
1- Hubungi 15551 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.
2- Pusat kawalan menilai situasi dan menggerakkan ambulans terdekat yang tersedia mengikut keperluan klinikal.
3- Pemanggil menerima pautan WhatsApp atau SMS untuk menjejaki lokasi ambulans secara masa nyata & anggaran waktu ketibaan.
4- Pesakit diberikan rawatan sepanjang perjalanan sementara hospital penerima membuat persediaan awal.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Talian 15551, sila layari laman web IHH Healthcare https://www.ihhhealthcare.com atau laman web KKM iaitu https://www.moh.gov.my/

Baca juga: Ambulans Kita Selangor: Skop, Senarai Hospital & Cara Memohon

Penulis