Selain makan ubat selesema, bagaimanakah lagi cara hilangkan selsema dengan lebih berkesan dan selamat yang boleh anda buat di rumah?
Menyembuhkan selesema memerlukan masa dan kesabaran.
Walaupun vaksin dan ubat antiviral boleh membantu mencegah dan mengurangkan kesan selesema, namun kadangkala anda mungkin perlu berhadapan dengan gejala selesema itu sendirian di rumah.
Artikel ini menyediakan beberapa cara nak hilangkan selsema dengan selamat dan praktikal di rumah.
Baca juga:
Apa itu selsema atau selesema?
Selsema atau selesema merupakan salah satu jangkitan pernafasan yang disebabkan oleh virus.
Ia dikenali juga sebagai common cold, ialah jangkitan ringan pada saluran pernafasan atas yang disebabkan oleh virus, terutamanya rhinovirus.
Penyakit ini sangat mudah berjangkit dan sering berlaku kepada kanak-kanak mahupun orang dewasa, terutamanya pada musim hujan atau ketika cuaca sejuk.
Antara gejala biasa selesema ialah hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk ringan, suara serak dan kadangkala disertai sakit kepala serta keletihan.
Walaupun selesema biasanya tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian.
Selesema merebak melalui titisan kecil di udara apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin atau bercakap.
Ia juga boleh tersebar melalui sentuhan dengan permukaan yang tercemar sebelum menyentuh hidung, mulut atau mata.
Kebanyakan kes selesema akan pulih dalam masa 7 hingga 10 hari tanpa memerlukan rawatan khusus, hanya dengan rehat dan penjagaan diri yang baik.
Cara hilangkan selsema dengan ubat
Ubat selsema terbahagi kepada beberapa jenis iaitu ubat selsema tak mengantuk dan mengantuk.
Contoh ubat selesema tak mengantuk:
- Adezio
- Simtec
- Ezede-D
- Telfast
- Loratadine
- Clarinase
- Carinox
Contoh cara nak hilangkan selsema dengan ubat selesema yang menyebabkan mengantuk:
- Chloramine
- Peace Syrup
- Polarax Syrup
- Corified
- Expectorants
- Antihistamin
Cara hilangkan selsema secara semula jadi
1. Banyak minum air kosong, cara hilangkan selsema dengan cepat
Apabila anda demam atau batuk, badan anda mungkin kehilangan cecair lebih cepat dari biasa.
Untuk mencegah dehidrasi, penting untuk memastikan anda minum banyak air, jus buah, atau sup.
Minuman isotonik juga boleh membantu menggantikan elektrolit yang hilang.
2. Minum sup panas
Sejak turun temurun, ibu bapa selalu menghidangkan sup ayam kepada anak-anak yang demam atau selesema.
Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Chest menunjukkan bahawa sup ayam boleh membantu mengurangkan gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti selesema.
3. Banyakkan berehat
Selain itu, flu boleh menjadikan anda berasa lesu dan tidak bertenaga.
Salah satu cara terbaik untuk mempercepat proses pemulihan adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup.
Tidur dan rehat membolehkan badan anda untuk memperbaiki dan mengembalikan tenaga.
4. Cuba irigasi hidung
Untuk meredakan rasa tersumbat dan menghentikan cecair yang keluar dari hidung yang mungkin mendatangkan risiko mendapat jangkitan sinus, sesetengah doktor mengesyorkan teknik irigasi hidung.
Anda boleh membeli alat irigasi hidung di mana-mana farmasi berdekatan.
Cara penggunaannya, tuangkan air garam ke dalam satu lubang hidung dan biarkan ia mengalir keluar dari lubang yang lain untuk membersihkan saluran hidung anda.
5. Elak kontak rapat dengan orang lain
Cara hilangkan selsema yang berikutnya adalah dengan elak kontak rapat dengan orang lain.
Untuk melindungi orang lain daripada jangkitan, cuba elakkan kontak fizikal semasa anda sakit.
Jika perlu, gunakan topeng muka dan sentiasa cuci tangan anda dengan sabun dan air.
6. Makan makanan yang sihat
Makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, boleh membantu mempercepat pemulihan.
Sup ayam juga dikenali dapat membantu meringankan simptom flu.
7. Kurangkan tekanan pada sistem pernafasan
Flu boleh memberi tekanan pada sistem pernafasan anda. Untuk mengurangkan tekanan ini, cuba duduk tegak dan bernafas dalam-dalam.
Jika anda batuk atau bersin, gunakan tisu dan buang sebaik sahaja digunakan untuk mengelakkan penyebaran virus.
Cara hilangkan selsema secara tradisional #8. Gunakan tuam panas
Letak kain hangat di dahi dan hidung adalah cara hilangkan selsema yang terbaik untuk melegakan sakit kepala atau sinus.
9. Berkumur-kumur
Berkumur dengan air garam membantu menghilangkan lendir pekat yang boleh berkumpul di bahagian belakang tekak, terutamanya selepas anda berbaring.
Ia juga boleh membantu meredakan telinga tersumbat.
10. Cari seorang penjaga atau teman
Kehadiran seorang penjaga mungkin tidak boleh untuk menurunkan suhu badan atau menyembuhkan selesema yang anda alami.
Namun mereka memainkan peranan yang penting untuk memudahkan proses penyembuhan anda dengan segera.
11. Cara hilangkan selsema dengan bawang putih
Bawang putih terkenal dengan sifat antivirus dan antibakteria yang boleh membantu melawan jangkitan selesema.
Anda boleh makan bawang putih mentah atau campurkan dalam makanan untuk menguatkan sistem imun.
Selain itu, menghidu wap bawang putih yang direbus juga dikatakan membantu melegakan hidung tersumbat.
Nak tahu berkesan atau tak, cubalah!
12. Petua hilangkan selsema dengan madu
Madu mempunyai sifat antibakteria dan antioksidan yang boleh membantu melegakan tekak dan mengurangkan batuk akibat selesema.
Anda boleh campurkan satu sudu madu dengan air suam atau teh herba untuk diminum.
Amalan ini bukan sahaja menenangkan tekak, tetapi juga membantu tubuh melawan jangkitan secara semula jadi.
Bila perlu jumpa doktor
Jika anda mengalami simptom yang teruk seperti sukar bernafas, sakit dada, demam yang berterusan atau bertambah teruk, atau anda berasa sangat lemah dan bingung, segeralah mendapatkan bantuan medikal.
Kanak-kanak, orang tua, dan individu dengan sistem imun yang lemah mungkin lebih berisiko terhadap komplikasi flu, jadi perlu lebih berhati-hati.
Kesimpulan
Ingatlah, rawatan di rumah ini bukan pengganti nasihat medikal profesional.
Jika anda berasa tidak pasti tentang kesihatan anda atau jika simptom anda tidak baik atau bertambah teruk, segeralah berjumpa dengan doktor anda.
Sebagai penutup, penjagaan diri dan kesedaran kesihatan adalah aspek penting dalam merawat flu.
Dengan mengamalkan langkah-langkah yang disebutkan di atas, kita semua boleh menghadapi musim selesema dengan lebih siap dan yakin.
Sumber:
- Home Remedies for the Flu. WebMD
- Cold and Flu Home Remedies. Healthline