Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Khasiat Madu Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran

Madu atau honey merupakan sejenis makanan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar daripada ribuan bunga.

Madu asli datangnya daripada sarang lebah. Ia ditapis secara minimum untuk memastikan kandungannya 100% asli.

Berbeza dengan madu asli, madu yang boleh didapatkan di kedai melalui proses pemanasan yang membuatkannya lebih melekit dan mudah untuk ditapis.

Dinggarkan sekurang-kurangnya terdapat 320 jenis madu di seluruh dunia. Menariknya, ke semua jenis madu ini juga mempunyai bau, warna dan rasa yang berbeza.

Menurut pakar nutrisi, sebalang madu mengandungi gula dan juga campuran asid amino, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan.

Ia juga digunakan secara turun temurun untuk merawat batuk dan merawat luka fizikal pada badan disebabkan sifat antiseptiknya.

Baca juga:

Khasiat madu untuk kesihatan badan

Berikut adalah antara khasiat madu yang perlu anda tahu:

1. Menurunkan berat badan

khasiat madu

Tahukah anda, madu dapat membantu anda menurunkan berat badan? Menurut pakar nutrisi Mike McInnes, madu dapat membakar lemak walaupun ketika badan sedang tidur.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan sesudu madu sebelum tidur untuk mempercepatkan pembakaran lemak.

Oleh kerana rasanya yang manis, madu boleh ditambah ke dalam diet harian untuk menggantikan gula.

Malah, madu juga boleh jadikan kopi atau teh lebih sedap daripada biasa tau! Belum cuba, belum tahu!

2. Menguatkan sistem imun badan

Madu telah digunakan selama bertahun-tahun dalam perubatan tradisional. Selalunya, ia dapat membantu melegakan masalah batuk, sakit tekak dan jangkitan.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan dalam jurnal BMJ Evidence-Based Medicine pada tahun 2021 juga mendapati bahawa madu mungkin dapat mengurangkan jangkitan yang berlaku pada saluran pernafasan.

Menurut pakar lagi, madu mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Jika ia diambil setiap hari, ia dapat meningkatkan sistem imun badan.

3. Bagus untuk kulit muka dan badan

khasiat madu

Ada sebabnya mengapa madu sering digunakan dalam produk penjagaan wajah. Individu yang mempunyai kulit kering boleh menggunakan produk yang mengandungi madu sebagai pelembap.

Bukan itu sahaja, disebabkan ia merupakan sejenis antiseptik semula jadi, madu juga boleh digunakan untuk merawat luka dan jangkitan lain pada kulit.

4. Menguatkan memori

Siapa sangka, pemanis semula jadi ini sebenarnya dapat menguatkan memori!

Polifenol dalam pemanis ini mungkin dapat mengurangkan inflamasi pada kawasan hippocampus, bahagian otak yang berkait rapat dengan memori.

Ia bukan sahaja bagus untuk ingatan, madu juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menjadikannya organ yang lebih sihat dan kuat.

5. Penawar semula jadi untuk batuk

khasiat madu

Madu merupakan antara penawar terbaik untuk masalah batuk.

Malah, kajian juga menunjukkan, mereka yang minum secawan campuran air kosong dan madu dapat mengurangkan iritasi pada kawasan tekak.

Selain itu, madu juga merupakan bahan semula jadi utama untuk merawat batuk terutamanya untuk kanak-kanak.

Ia juga boleh mengurangkan kahak dan membantu kita untuk tidur dengan lebih lena pada waktu malam!

6. Pemanis semulajadi & sumber tenaga segera

Komposisi utama madu adalah gula. Lebih kurang 95-97 peratus berat kering madu adalah gula. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Ini menyebabkan madu mempunyai rasa manis yang semulajadi serta mampu memberikan tenaga segera untuk pengamalnya.

Ramai yang menggunakan madu bagi menggantikan gula sama ada dalam masakan/makanan ataupun minuman.  

7. Menyihatkan usus, menguatkan otot & sendi 

Di samping itu, madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia.

Dengan mengamalkan memakan madu, usus anda akan bertambah sihat! Selain itu, madu juga mengandungi asid amino proline.

Asid amino proline ini dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk  membantu menguatkan otot dan sendi tulang. 

8. Penyembuh luka 

Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka mempunyai sifat melawan keradangan.

Hal ini kerana, ia mengandungi pelbagai jenis vitamin seperti vitamin B, vitamin A, dan vitamin C.

Selain itu, ia juga mengandungi pelbagai mineral seperti kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

9. Petua sakit tekak & batuk 

Khasiat madu yang agak popular ialah, membantu untuk memulihkan sakit tekak dan batuk.

Anda hanya perlu campurkan dengan bahan-bahan alami lain seperti lemon, cuka epal dan lain-lain untuk memaksimumkan kesannya. Atau, gunakan sahaja madu asli tanpa apa-apa campuran. Mudahkan?

10. Menyuburkan lelaki & wanita

Tambahan lagi, madu tualang juga dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki mahupun wanita.

Pengambilan madu yang konsisten dapat membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma lelaki serta meningkatkan beberapa hormon wanita. 

10 Health Benefits of Manuka Honey | Doctor O’Donovan

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan khasiat madu dapat memberkan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Khasiat Madu Untuk Kesihatan Yang Jarang Orang Tahu! My Sihat
  2. Manisan Daripada Seribu Bunga, Ini 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Madu! My Sihat
  3. What Are The Health Benefits of Raw Honey? Medical News Today
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!