Ubat Selsema Tak Mengantuk & Mengantuk Yang Berkesan!

Kajian menunjukkan terdapat beratus-ratus ubat selsema yang digunakan dalam bidang perubatan di dunia ini sama ada ubat selsema tak mengantuk atau yang mengantuk.

Untuk menentukan keperluan dan keberkesanan setiap jenis ubat selsema ini, anda perlu memahami setiap gejala yang berlaku.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan jenis ubat selsema tak mengantuk dan yang mengantuk perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu selsema

Selsema adalah jangkitan pernafasan bahagian atas (upper respiratory tract infection) yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, larynx, dan tiub brokus.

Umumnya, ini adalah penyakit yang paling kerap berlaku di seluruh dunia. Puncanya biasa disebabkan oleh virus seperti rhinovirus.

Beza demam selsema dan influenza

Infuenza dan demam selsema, kedua-duanya tidak sama walaupun ia mempunyai gejala yang hampir sama.

Namun kebiasaannya, influenza akan menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang anda dapatkan lebih teruk dan komplikasi yang serius.

Ubat selsema tak mengantuk

Berikut adalah antara jenis ubat selsema tak mengantuk yang boleh anda dapatkan:

1. Adezio

ubat selsema tak mengantuk

Adezio boleh melegakan simptom yang berkaitan dengan bersin, gatal, hidung berair, kesesakan hidung, dan mata berair pada orang dewasa dan kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Ia juga boleh digunakan untuk merawat menifestasi kulit iaitu urtikaria idiopati kronik (kulit kemerahan, ruam gatal yang timbul tanpa sebab yang jelas).

Adezio sejenis ubat selsema tak mengantuk bila dimakan tetapi anda mungkin akan mendapat kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, gelisah, mulut kering, ketidakselesaan gastrousus dan hipersensitiviti.

2. Simtec

ubat selsema tak mengantuk

Simtiec termasuk dalam jenis ubat yang dipanggil antihistamina yang berbentuk tablet.

Ia digunakan untuk melegakan simptom yang berkaitan dengan rinitis bermusim (demam alergi) dan rintis perennial (berlaku sepanjang tahun), seperti bersin, hidung berhingus atau tersumbat dan gatal-gatal, mata berasa gatal-gatal kemerahan dan berair.

3. Ezede-D

Ubat selsema jenis syrup ini sesuai untuk hidung tersumbat kerana mengandungi decongestants dan tidak menyebabkan mengantuk.

4. Telfast

Table Telfast mengadungi bahan aktif yang dipanggil fexofenadine. Ia adalah dalam kumpulan ubat yang dipanggil antihistamin.

Namun ia dalam kategori bukan sedating antihistamiin yang bermaksud ia tidak membuat anda mengantuk dan mempunyai keberkesanan cepat serta tahan 24 jam.

Ubat selsema tak mengantuk ini boleh digunakan untuk melegakan simptom hayfever (rinitis alergi bermusim) seperti bersin, gatal, mata berair atau merah, gatal, hidung tersumbat atau berair.

Sesetengah orang akan mendapatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, keletihan, loya, senak perut, dan pening apabila mengambil Telfast.

5. Loratadine

ubat selsema tak mengantuk

Loratadine digunakan untuk memberi kelegaan sementara kepada simptom demam seperi gejala bersin, hidung berair, dan mata, hidung, atau tekak gatal.

Ubat ini juga termasuk dalam kelas ubat yang dipanggil antihistamin yang boleh didapati dalam bentuk tablet dan syrup.

Kesan sampingan Loratadine termasuklah seperti ruam, gatal-gatal / bengkak (terutamanya pada muka / lidah / tekak), pening kepala, dan sukar bernafas.

6. Clarinase

Clarinase mengandungi gabungan dua ubat iaitu loratadine (antihistamin) dan pseudoephedrine (dekongestan).

Ia membantu mengurangkan gejala alahan dengan mencegah kesan bahan yang dipanggil histamin. Histamin ini dihasilkan oleh badan sebagai tindak balas kepada bahan yang badan anda alah.

Dekongestan pula membolehkan penyempitan salur darah yang membawa kepada pembersihan hidung yang tersumbat.

Seperti ubat-ubatan lain, Clarinase juga mempunyai kesan sampingan tertentu yang paling biasa seperti loya, cirit-birit, mulut kering, muntah, ruam kulit, dan keletihan.

7. Carinox

Carinox adalah ubat selsema tak mengantuk yang sangat popular. Ia boleh didapatkan dalam bentuk tablet untuk mengatasi masalah hidung tersumbat.

Ubat selsema mengantuk

Berikut adalah antara jenis ubat selsema mengantuk yang boleh anda dapatkan:

1. Chloramine

ubat selsema tak mengantuk

Chloramine sejenis ubat selsema berbentuk tablet yang sesuai untuk mengatasi masalah hidung yang berair dan tidak tersumbat.

Ia mengandungi bahan aktif chlorpheniramine maleate yang tergolong di dalam kumpulan ubat jenis antihistamina.

Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, rasa pening, kekeringan pada mulut, tekak dan hidung, denyutan jantung laju, penglihatan kabur, lendir tebal di dalam hidung atau tekak, kekeliruan, sukar atau sakit semasa buang air kecil.

2. Peace Syrup

Peace Syrup digunakan untuk melegakan bersin, hidung tersumbat and berair yang disebabkan oleh alahan yang bermusim dan penyebab lain yang tidak diketahui.

Ia mengandungi Tripoline yang merupakan kelas ubat dalalm antihistamine.

Bagi anda yang menggunakan ubat ini, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti kekeringan mulut, hidung dan kerongkong, sedasi, kesan mengantuk, pening, tekanan darah rendah, sakit kepala, loya, muntah, degupan jantung laju, anoreksia, sakit di kawasan epigastrik, dan pemekatan rembesan kahak.

3. Polarax Syrup

Ubat selsema jenis syrup ini sesuai untuk hidung berair sahaja bukannya tersumbat kerana mengandungi dexchlorpheniramine tetapi boleh menyebabkan mengantuk.

4. Corified

Corified boleh didapatkan dalam bentuk tablet khusus untuk mengawal masalah hidung tersumbat.

Dinasihatkan bagi anda yang makan ubat ini untuk elak dari memandu kerana ia boleh memberi kesan mengantuk.

5. Expectorants

ubat selsema tak mengantuk

Expectorants melonggarkan lendir supaya anda boleh batuk. Antara jenama expectorants yang terkenal adalah seperti Mucinex dan Robitussin.

Ia mengandungi bahan aktif guaifenesin. Produk ini juga mungkin mengandungi bahan antitusif atau penahan batuk yang dikenali sebagai dextromethorphan.

Kesan sampingan dextromethorphan mungkin termasuk loya, muntah, mengantuk atau pening.

6. Antihistamin

Antihistamin seperti cetirizine (Zyrtec), loratidine (Claritin) dan fexofenadine (Allegra) sering dipasarkan sebagai ubat selsema.

Antihistamin, bagaimanapun lebih membantu dalam merawat gejala hidung berair, bersin dan gatal, mata berair yang dikaitkan dengan alahan dan tidak semestinya disebabkan oleh selsema.

Diphenhydramine (Benadryl), brompheniramine, dan chlorpheniramine adalah antihistamin dengan kesan sampingan mengantuk

Cara semulajadi pulihkan selsema

  • MInum banyak air untuk mengurangkan hidung tersumbat dan mengekalkan lendir daripada menjadi terlalu tebal. Minum air akan mengekalkan dehidrasi dan mengekalkan kelembapan kerongkong dan saluran hidung.
  • Cecair yang disyorkan termasulah air, minuman sukan, teh herba, minuman buah-buahan dan sup.
  • Rawatan wap boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ambil sebesan air suam dan titiskan minyak aromaterapi atau titisan lemon. Duduk di hadapan besen dalam beberapa minit. Wap panas boleh mencairkan lendiran dan mengurangkan hidung tersumbat

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan ubat selsema tak mengantuk dan mengantuk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. How to Choose the Right Cold Medicine. Overlake Hospital
  2. When Allergy or Cold Medication Makes You Drowsy. Allergy & Asthma Network
  3. Selsema. My Health
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!