Tanda Keguguran Trimester 1 Yang Ramai Ibu Hamil Tak Jangka

tanda keguguran
Tanda tanda keguguran pada trimester pertama yang ramai ibu hamil tak jangka.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sakit perut, pendarahan kecil- adakah ini tanda tanda keguguran awal kehamilan?

Mesti ramai ibu hamil yang ingin tahu tanda awal keguguran yang biasa berlaku pada wanita hamil, kan?

Tanda keguguran merupakan antara perkara yang paling ditakuti oleh wanita hamil, terutamanya pada peringkat awal kehamilan.

Ia boleh datang secara tiba-tiba dan kadangkala sukar untuk dikenal pasti jika tidak peka dengan perubahan yang berlaku pada tubuh.

Oleh itu, penting untuk setiap bakal ibu mengetahui tanda-tanda awal yang mungkin menunjukkan masalah kehamilan agar tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan risiko yang lebih serius.

Dalam artikel ini, kita akan kupas dengan lebih mendalam berkenaan tanda tanda keguguran trimester 1, 2 dan 3, yang perlu diberi perhatian.

Kami juga sediakan tips untuk elak dari gugur di awal kehamilan.

Baca juga:

Apa itu keguguran?

tanda keguguran
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah pendarahan faraj.

Keguguran merujuk kepada kehilangan atau kematian janin di dalam kandungan secara tiba-tiba atau spontan, sebelum kandungan mencapai usia 20 minggu.

Ia merupakan salah satu komplikasi kehamilan yang paling biasa berlaku, terutamanya dalam trimester pertama.

Keguguran boleh berlaku tanpa sebarang amaran, dan kebanyakannya berlaku kerana janin tidak berkembang dengan sempurna disebabkan faktor kromosom yang tidak normal.

Majoriti keguguran awal berlaku sebelum usia 10 minggu kehamilan.

Sesetengah keguguran berlaku sangat awal walaupun sebelum seorang wanita itu belum pasti dia hamil.

Secara umumnya, 1 peratus hingga 4 peratus wanita akan mengalami dua kali keguguran berturut-turut.

Walau bagaimanapun sangat jarang berlaku tiga kali atau lebih keguguran berturut-turut, iaitu keguguran berulang.

Terdapat beberapa jenis keguguran, antaranya ialah keguguran lengkap, tidak lengkap, terancam, dan keguguran berulang.

Setiap jenis mempunyai simptom dan kesan yang berbeza, bergantung kepada keadaan ibu dan kandungan itu sendiri.

Punca keguguran boleh datang daripada pelbagai faktor, termasuk masalah kesihatan ibu seperti diabetes tidak terkawal, jangkitan, gangguan hormon, atau struktur rahim yang tidak normal.

Gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol, dan tekanan emosi juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

Meskipun keguguran boleh memberi kesan emosi yang mendalam kepada pasangan, namun penting untuk memahami bahawa ia bukan disebabkan oleh kesilapan ibu.

Dengan sokongan perubatan dan emosi yang mencukupi, kebanyakan wanita masih berpeluang untuk mengandung dan melahirkan anak yang sihat selepas mengalami keguguran.

Ayuh ketahui tanda keguguran trimester 1 yang ibu hamil perlu awasi!

Punca keguguran trimester 1 hingga 3

tanda keguguran
Terdapat pelbagai punca keguguran boleh berlaku kepada ibu hamil, dan ia boleh jadi berbeza mengikut trimester.

Wanita hamil berpotensi untuk gugur disebabkan oleh banyak faktor.

Antara penyebab keguguran mengikut fasa kehamilan adalah seperti:

1. Punca keguguran trimester pertama (Minggu 1-13)

Dikatakan 80 peratus wanita hamil akan mudah untuk gugur pada trimester pertama kerana:

  • Keabnormalan genetik: Berlaku masalah dengan kromosom janin.
  • Darah beku: Sindrom antiphospholipid (APS) menyebabkan pembekuan darah yang boleh menamatkan kehamilan.
  • Kehamilan ektopik: Berlakunya kehamilan luar rahim.
  • Masalah plasenta: Berlaku kecacatan rahim termasuk bentuk yang tidak normal.

2. Trimester kedua (Minggu 13-24)

Keguguran pada trimester kedua agak jarang berlaku, namun ia boleh terjadi kerana:

  • Jangkitan: Jangkitan dalam rahim atau serviks boleh menyebabkan keguguran.
  • Tahap kesihatan kronik: Mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi kronik dan tidak mendapatkan rawatan.
  • Penyakit tiroid: Masalah tiroid yang kronik dan tidak mendapatkan rawatan.
  • Keadaan autoimun: Mengalami lupus.
  • Masalah pada rahim atau serviks: Fibroid atau rahim yang terbentuk tidak normal.
  • Faktor gaya hidup: Merokok, asap rokok, pengambilan alkohol, pengambilan kafein dan penggunaan dadah boleh mengganggu perkembangan janin.
  • Faktor persekitaran: Terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, pelarut, racun perosak, dan sebagainya.

3. Penyebab keguguran trimester ketiga (Peringkat akhir kehamilan)

Keguguran yang berlaku pada trimester ketiga digelar sebagai kelahiran mati.

Penyebabnya adalah kerana:

  • Komplikasi kehamilan: Kelahiran pramatang atau pemisahan plasenta dari rahim.
  • Kecacatan kelahiran: Masalah kecacatan kelahiran genetik atau struktur.
  • Tekanan darah tinggi: Berlaku Preeklampsia.
  • Diabetes yang tidak terkawal: Mempunyai masalah diabetes tidak terkawal lagi.
  • Jangkitan: Jangkitan pada plasenta atau janin.
  • Masalah pada tali pusat: Kord tersimpul atau tehimpit sehingga memutuskan aliran darah dan oksigen ke janin.
  • Masalah dengan plasenta: Aliran darah yang tidak mencukupi ke plasenta.

Jenis dan tanda keguguran

Berikut adalah beberapa jenis keguguran yang perlu anda tahu berserta tanda-tandanya:

1. Ancaman keguguran (Threatened miscarriage)

Beberapa tahap pendarahan rahim awal kehamilan disertai dengan kekejangan atau sakit pinggang. Pendarahan ini selalunya disebabkan oleh implantasi.

2. Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage)

Ia berlaku apabila pangkal rahim terbuka, tumpah darah semakin banyak dan sakit perut semakin kronik.

3. Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage)

Janin telah keluar atau gugur tetapi masih ada sisa yang tertinggal dalam rahim. Pada ketika ini pangkal rahim akan terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.

4. Keguguran lengkap (complete miscarriage)

Keguguran lengkap adalah apabila embrio atau hasil pembuahan telah dikosongkan keluar dari rahim.

Pendarahan perlu reda dengan cepat, begitu juga dengan sebarang kesakitan atau kekejangan.

Keguguran yang lengkap boleh disahkan melalui ultrasound atau dengan melakukan kuretase pembedahan.

5. Keguguran septik (septic miscarriage

Keguguran septik adalah ibu yang keguguran dijangkiti kuman yang menjangkiti rahim.

Simptom termasuk seperti demam panas, mengigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendiran dari faraj (berbau busuk dan kental warna kuning).

Tanda tanda keguguran trimester 1 – 3

Tanda keguguran awal kehamilan dan sepanjang trimester yang biasa wanita hamil rasakan adalah seperti berikut:

  • Pendarahan ringan atau banyak
  • Kontraksi sebenar (sangat menyakitkan berlaku setiap 5-20 minit)
  • Lendir putih-merah jambu keluar dari faraj
  • Sakit belakang yang ringan hingga teruk (selalunya lebih teruk daripada senggugut biasa)
  • Tanda-tanda kehamilan mula hilang
  • Pengurangan berat badan
  • Pening kepala, atau rasa ingin pengsan

*Jika anda mengalami mana-mana tanda keguguran yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Tips elak tanda keguguran awal kehamilan

tanda keguguran
Keguguran boleh berlaku kepada mana-mana ibu hamil, namun anda boleh mengurangkan risikonya dengan menjaga kandungan seperti mengambil pemakanan yang sihat.

Keguguran di awal kehamilan adalah pengalaman yang sangat tidak diinginkan bagi setiap bakal ibu.

Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko tanda keguguran.

  1. Makan Makanan Sihat: Pastikan anda mendapatkan nutrisi yang cukup dengan makan makanan sihat yang kaya dengan vitamin, mineral, dan nutrisi penting lainnya.
  2. Hindari Zat-Zat Berbahaya: Hindari merokok, minuman beralkohol, dan ubat-ubatan terlarang. Juga, hindari pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya dan radiasi.
  3. Jaga Berat Badan yang Sihat: Berat badan yang sihat dapat membantu mengurangi risiko komplikasi sepanjang kehamilan.
  4. Hindari Stres Berlebihan: Stres dapat memberikan kesan negatif pada kehamilan. Cari cara yang terbaik untuk mengelola stres anda, seperti meditasi, yoga, atau berbicara dengan seorang terapi.
  5. Hindari Infeksi: Jagalah kebersihan diri anda dan hindari kontak dengan orang yang sakit. Perhatikan juga makanan yang anda makan untuk menghindari infeksi melalui makanan.
  6. Hindari Luka Abdomen: Elak melakukan aktiviti yang dapat menyebabkan luka pada bahagian perut anda.
  7. Elak Pengambilan Kafein dan Ubat-ubatan: Hadkan pengambilan kafein dan dapatkan konsultasi dengan doktor anda tentang ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
  8. Istirahat yang Cukup: Pastikan anda mendapatkan istirahat yang cukup setiap hari. Istirahat yang baik sangat penting untuk kesihatan dan perkembangan janin.
  9. Elak aktiviti fizikal yang berat: Hindari aktiviti fizikal yang berlebihan atau terlalu berat.

Kesimpulan

Mengetahui dan mengenali tanda keguguran sejak awal amat penting bagi setiap wanita hamil.

Simptom seperti pendarahan, sakit perut yang luar biasa, atau perubahan ketara pada tubuh tidak boleh diabaikan.

Walaupun tidak semua gejala bermaksud keguguran pasti berlaku, namun tindakan awal dengan mendapatkan pemeriksaan doktor dapat menyelamatkan keadaan dan memberikan ketenangan minda.

Keguguran bukanlah tanda kegagalan seorang wanita, sebaliknya ia adalah cabaran perubatan yang boleh berlaku tanpa kawalan.

Dengan sokongan emosi, rawatan yang sesuai dan pemantauan kesihatan yang rapi, kebanyakan wanita mampu kembali hamil dan melahirkan anak yang sihat.

Jangan ragu untuk mendapatkan bantuan dan berbincang dengan pakar sekiranya anda mengalami tanda-tanda yang mencurigakan.

Kesihatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda keguguran dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

Sumber:

  1. What are the Signs of Early Miscarriage? UC Davis Health
  2. Miscarriage: What You Need to Know. Medical News Today
  3. Symptoms & Signs of Miscarriage. Mayoclinic
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut