Opens in a new tab
Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Takwim Waktu Solat Negeri Selangor bagi tahun 2027 (1448H–1449H) akan menggunakan sembilan zon mengikut daerah bermula 1 Januari 2027 bagi menggantikan sistem tiga zon sedia ada.

Setiap daerah di Selangor kini mempunyai jadual waktu solat tersendiri bagi meningkatkan ketepatan waktu mengikut kedudukan geografi. Bukan ikut zon lagi tau macam sebelum ini.

Sebeum ini, ada 3 zon waktu solat di Selangor, tapi untuk 2027 takwin waktu solat Selangor dibahagikan kepada 9 daerah. Maksudnya, setiap daerah tu ada takwim solat sendiri.

Selangor Guna Takwim Solat Mengikut Daerah

Bermula 1 Januari 2027 (bersamaan 23 Rejab 1448H), seluruh umat Islam di Negeri Selangor akan menggunakan takwim waktu solat baharu yang dibahagikan kepada sembilan daerah.

Penyelarasan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) ini menggantikan sistem pembahagian tiga zon sedia ada yang telah digunakan sebelum ini.

Perubahan ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dan diumumkan secara meluas menerusi khutbah Jumaat terbitan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertajuk “Ilmu Falak Dipelajari, Waktu Solat Ditepati”.

Takwim Waktu Solat Selangor 2027

Mengapa Sistem 3 Zon Digantikan?

Menurut Mufti Selangor, Dato’ Seri Utama Dato’ Setia Dr. Anhar Haji Opir, penambahbaikan ini dilaksanakan bagi meningkatkan ketepatan waktu solat mengikut kedudukan koordinat geografi sebenar setiap daerah.

Antara faktor utama perubahan ini termasuklah:

  • Mengurangkan Julat Perbezaan Waktu: Kaedah lama yang menggabungkan beberapa daerah dalam satu zon besar menggunakan titik rujukan paling barat, menyebabkan julat perbezaan waktu solat antara kawasan mencecah antara 4 hingga 6 minit. Melalui kajian falak bersama pakar akademik termasuk daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), julat perbezaan tersebut berjaya dikecilkan kepada sekitar 1.32 hingga 2.65 minit sahaja.
  • Menangani Isu Laungan Azan Tidak Konsisten: Semakan mendapati terdapat aduan mengenai perbezaan waktu laungan azan khususnya ketika bulan Ramadan yang boleh menimbulkan kekeliruan waktu berbuka puasa dan imsak di kawasan sempadan daerah.
  • Kemajuan Teknologi Hitungan Falak: Pemisahan mengikut daerah membolehkan perkiraan pergerakan matahari dilakukan dengan lebih jitu dan spesifik mengikut kawasan setempat.
Takwim Waktu Solat Selangor 2027

Senarai 9 Zon Baharu Waktu Solat Selangor

Mulai 1 Januari 2027, setiap satu daripada sembilan daerah pentadbiran di Negeri Selangor mempunyai jadual waktu solat fardu, imsak, dan syuruk yang tersendiri:

DaerahZon Lama (Sehingga 31 Dis 2026)Status Mulai 1 Jan 2027
GombakZon 1 (SGR01)Zon Daerah Gombak
Hulu LangatZon 1 (SGR01)Zon Daerah Hulu Langat
Hulu SelangorZon 1 (SGR01)Zon Daerah Hulu Selangor
PetalingZon 1 (SGR01)Zon Daerah Petaling
SepangZon 1 (SGR01)Zon Daerah Sepang
Sabak BernamZon 2 (SGR02)Zon Daerah Sabak Bernam
Kuala SelangorZon 2 (SGR02)Zon Daerah Kuala Selangor
KlangZon 3 (SGR03)Zon Daerah Klang
Kuala LangatZon 3 (SGR03)Zon Daerah Kuala Langat
Takwim Waktu Solat Selangor 2027
Apa yang Perlu Dilakukan?
  1. Semak daerah bagi lokasi anda melalui Pejabat Agama Islam Daerah atau Pejabat Daerah dan Tanah.
  2. Rujuk takwim rasmi di https://www.muftiselangor.gov.my/takwim-solat/
  3. Simpan untuk rujukan bermula 1 Januari 2027
Takwim Waktu Solat Selangor 2027

Muat Turun Takwim Waktu Solat Selangor 2027M/1448H-1449H

Daerah Hulu Selangor
Daerah Gombak
Daerah Petaling
Daerah Hulu Langat
Daerah Sepang
Daerah Sabak Bernam
Daerah Kuala Selangor
Daerah Klang
Daerah Kuala Langat

Jadual lengkap bagi setiap daerah ini juga boleh dimuat turun terus melalui laman web rasmi Takwim Solat Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Takwim Solat Selangor 2027

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai takwim solat Selangor 2027, sila rujuk:

  • Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS): Takwim Solat JMNS
  • Talian Pertanyaan Bahagian Falak JMNS: Untuk pertanyaan teknikal berkaitan sempadan kariah, cetakan kalendar/diari, atau penetapan jam digital masjid, anda boleh menghubungi terus Bahagian Falak di talian 03-5514 3739 atau e-mel ke [email protected].
Bilakah takwim baharu 9 daerah ini mula digunakan secara rasmi?

Takwim ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2027 (bersamaan 23 Rejab 1448H). Sepanjang baki tahun 2026 (sehingga 31 Disember 2026), umat Islam di Selangor hendaklah kekal menggunakan takwim 3 zon sedia ada.

Apa yang berubah dalam Takwim Solat Selangor 2027?

Negeri Selangor menukar sistem 3 zon lama kepada 9 zon baharu mengikut daerah pentadbiran.

Adakah Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk dalam perubahan ini?

Tidak. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai pentadbiran agama serta takwim waktu solat yang berasingan di bawah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.

Apa senarai 9 zon baharu tersebut?

Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, dan Sepang.

Bagaimana saya boleh mengesahkan kesahihan maklumat atau jadual yang dikongsi di media sosial?

Pastikan maklumat tersebut selari dengan hebahan rasmi di portal Jabatan Mufti Negeri Selangor atau saluran rasmi jabatan tersebut. Anda juga boleh menghubungi Bahagian Falak di talian 03-5514 3739 atau melalui e-mel [email protected].

Penulis