10 Tanda Thyroid Yang Mengancam Golongan Wanita

Apakah 10 tanda thyroid dan cara untuk merawatnya mengikut tahap dan jenis gangguan hormon thyroid tersebut?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan 10 tanda thyroid yang perlu anda tahu.

Baca juga:

Apa itu thyroid?

10 tanda thyroid

Thyroid adalah kelenjar berbentuk rama-rama di bahagian hadapan leher. Ia menghasilkan hormon yang mengawal kelajuan metabolisme iaitu sistem yang membantu badan menggunakan tenaga.

Gangguan thyroid boleh melambatkan atau meningkatkan metabolisme dengan menganggu pengeluaran hormon thyroid.

Apabila tahap hormon menjadi terlalu rendah atau terlalu tinggi, anda mungkin mengalami pelbagai gejala yang menganggu tahap kesihatan.

Punca thyroid terjadi

Terdapat dua gangguan hormon thyroid iaitu hipetiroidisme dan hipotiroidisme. Hipetiroidisme terjadi apabila hormon thyroid dihasilkan secara berlebihan. Puncanya adalah kerana:

  • Grave disease
  • Toxic moultinodular goiter
  • Toxic nodule

Sementara itu hipotiroidisme terjadi apabila tyroid kurang aktif dalam penghasilkan hormon. Puncanya adalah kerana:

  • Hashimoto thyroiditis atau radang pada tyroid

10 tanda thyroid dan risikonya

10 tanda thyroid

Berikut adalah antara 10 tanda thyroid yang biasanya akan berlaku kepada pesakit:

1. Berat badan bertambah atau turun

Perubahan berat badan yang berlaku secara tiba-tiba adalah salah satu tanda gangguan thyroid yang paling biasa. Pertambahan berat badan mungkin menandakan tahap hormon thyroid yang rendah, atau dipanggil hipotiroidisme.

Sebaliknya, jika thyroid menghasilkan lebih banyak hormon daripada yang diperlukan oleh badan, anda mungkin kehilangan berat badan secara tidak dijangka. Ini dikenali sebagai hipertiroidisme. 

2. Bengkak di leher

10 tanda thyroid

Bengkak atau pembesaran di leher adalah petunjuk yang boleh dilihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan thyroid. Goiter boleh berlaku sama ada dengan hipotiroidisme atau hipertiroidisme.

Kadangkala bengkak di leher boleh disebabkan oleh kanser tyroid atau nodul, ketulan yang tumbuh di dalam thyroid. Ia juga boleh disebabkan oleh sebab yang tidak berkaitan langsung dengan thyroid.

3. Perubahan degupan jantung

Hormon thyroid menjejaskan hampir setiap organ dalam badan dan boleh mempengaruhi seberapa cepat jantung berdegup. Orang yang mengalami hipotiroidisme mungkin menyedari kadar denyutan jantung mereka lebih perlahan daripada biasa. 

Hipertiroidisme boleh menyebabkan jantung menjadi laju. Ia juga boleh mencetuskan peningkatan tekanan darah dan jantung yang berdebar-debar.

4. Perubahan dalam tenaga dan mood

Gangguan thyroid boleh memberi kesan ketara pada tahap tenaga dan mood anda. Hipotiroidisme cenderung membuat anda berasa letih, lesu, dan tertekan. 

Manakala hipertiroidisme pula boleh menyebabkan kebimbangan, masalah tidur, kegelisahan, dan kerengsaan.

5. Keguguran rambut

Keguguran rambut adalah satu lagi dari 10 tanda thyroid yang menunjukkan bahawa hormon tyroid mungkin tidak seimbang. 

Kedua-dua hipotiroidisme dan hipertiroidisme boleh menyebabkan rambut gugur. Dalam kebanyakan kes, rambut akan tumbuh semula sebaik sahaja gangguan thyroid dirawat.

6. Terasa terlalu sejuk atau panas

Gangguan thyroid boleh mengganggu keupayaan untuk mengawal suhu badan. Orang yang mengalami hipotiroidisme mungkin terasa sejuk dengan lebih kerap daripada biasa. 

Manakala hipertiroidisme pula cenderung mempunyai kesan sebaliknya, menyebabkan peluh berlebihan dan panas.

7. Kitaran haid terganggu

Bagi wanita, masalah thyroid boleh menjejaskan kitaran haid dan kesuburan mereka.

Hal ini kerana kesan hipotiroidisme, menyebabkan tiroksin terlalu sedikit lalu, menyukarkan badan anda untuk mengeluarkan telur yang diperlukan untuk ovulasi, sehinggalah menjejaskan kesuburan keseluruhan wanita. 

Wanita dengan hipotiroidisme juga mungkin berisiko lebih tinggi untuk mengalami masalah semasa mengandung termasuk preeklampsia dan keguguran. 

Dalam masa yang sama, bagi wanita yang menghasilkan terlalu banyak tiroksin juga mungkin mengalami kehilangan haid dan tiroiditis selepas bersalin.

8. Kulit kering dan kuku rapuh

Kulit gatal dan kering juga adalah salah satu dari 10 tanda tyroid. Selain itu, penyakit thyroid juga akan membuat kuku anda menjadi rapuh dengan garisan menegak yang kelihatan di sepanjang permukaan kuku.

9. Gangguan pencernaan

Baik hipotiroidisme mahupun hipertiroidisme, kedua-duanya dapat menyebabkan perubahan biasa semasa buang air besar.

Ini kerana kedua-dua keadaan ini mengganggu kemampuan tubuh untuk mencerna makanan dan menghasilkan najis.

Bagi penghidap hipotiroid, anda biasanya akan jarang buang air besar yang mengakibatkan masalah sembelit kronik. 

Bahkan ada sesetengah kes, di mana seseorang yang sukar membuang air besar akan menyebabkan masalah buasir.

Sedangkan bagi penghidap hipertiroidisme pula, aktiviti membuang air besar akan lebih kerap atau cirit-birit.

10. Libido rendah dan masalah kesuburan

Masalah thyroid juga menyebabkan keinginan untuk melakukan hubungan seks menurun. Hal ini terutama terjadi pada hipotiroidisme, libido yang rendah disebabkan oleh terlalu sedikitnya hormon tyroid dalam tubuh.

Ditambah lagi dengan gejala thyroid lainnya seperti kekurangan tenaga dan sakit-sakit pada sendi.

Seiring dengan libido rendah, wanita dengan hipotiroidisme juga mungkin akan susah untuk hamil. 

Bahkan jika wanita tersebut hamil sekalipun, mereka akan lebih tinggi risiko untuk keguguran. Kesan yang sama juga berlaku untuk wanita dengan hipertiroidisme, kerana kedua-dua keadaan ini dapat mengganggu ovulasi, mengganggu kesuburan dan menyebabkan komplikasi lebih kronik.

Kenapa wanita lebih ramai kene thyroid?

Mungkin tidak ramai yang tahu, golongan yang paling ramai dikaitkan dengan masalah thyriod adalah dari kaum wanita dari setiap peringkat umur.

Hal ini menjadikan kanser thyriod berada dalam kumpulan 10 jenis kanser yang lazim berlaku dalam kalangan wanita di Malaysia.

Namun begitu, masih ramai lagi wanita tidak mengambil tahu tentang masalah ini.

Rawatan untuk thyroid

10 tanda thyroid

Untuk pesakit yang mempunyai masalah gangguan thyroid, rawatan perubatan perlu dimulakan segera.

Bagi yang menghidapi hipetiroidisme, pesakit akan diberi tablet carbimazole atau propylthiouracil (sesuai untuk pesakit yg mengandung).

Sekiranya gejala bertambah kronik, doktor biasanya akan memberi pilihan untuk anda melakukan pembedahan atau rawatan ablsi radioaktive (radioiodine therapy).

Pesakit hypothyroidism pula akan diberikan ubat thyroid secara oral.

Bagaimapun kedua-dua jenis gangguan thyroid ini perlu dipantau melalui ujian darah untuk melihat keberkesanannya.

Kesimpulannya, penyakit thyroid boleh menganggu emosi dan rutin harian jika tidak dirawat segera.

Justeru, sesiapa yang merasakan 10 tanda thyroid yang disebutkan tadi khususnya kepada wanita agar segera melakukan pemeriksaan di hospital berdekatan.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan 10 tanda thyroid dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Thyroid Symptoms and Solutions. WebMD
  2. Kanser Tiroid: Jenis, Faktor Risiko, Simptom, Diagnosis, Rawatan. Pantai Hospitals
  3. Kenapa Wanita Lebih Ramai Hadapi Masalah Tiroid? Utusan Malaysia
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!