Cara Gugur Kandungan Oleh Doktor : Jenis Ubat dan Prosedur    

Pasangan suami isteri pasti menantikan detik untuk menimang cahaya mata. Namun, hasrat ini mungkin perlu ditunda akibat faktor kesihatan ibu atau janin.

Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat, namun ia perlu dilakukan pada situasi yang boleh memudaratkan kandungan atau ibu.

Jadi, apakah cara gugur kandungan yang akan dilakukan oleh doktor? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Cara Gugur Kandungan Yang Disarankan Doktor

Secara umumnya, terdapat dua kaedah pengguguran janin iaitu :

  1. Pengambilan ubat gugur
  2. Prosedur pembedahan
cara gugur kandungan

Cara Gugur Kandungan Dengan Pengambilan Ubat

Sekiranya kandungan memasuk peringkat awal trimester pertama (dalam teempoh 12 minggu pertama kehamilan), doktor akan mengesyorkan pengguguran kandungan menerusi pengambilan ubat.

Ubat ini perlulah diambil pada dos yang tepat mengikut saranan pakar perubatan. Ia dianggarkan mempunyai 97% keberkesanan dalam menggugurkan kandungan secara selamat.

Untuk pengetahuan anda, tidak semua wanita hamil boleh menggunakan ubat untuk menggugurkan kandungan. Ini termasuklah wanita yang :

  • Mempunyai alahan pada ubatan tersebut.
  • Kehamilan berlaku di luar rahim (ectopic pregnancy)
  • Individu dengan masalah pendarahan atau mengambil ubat pencair darah.
  • Mempunyai masalah kesihatan berkaitan hati, paru-paru atau buah pinggang.
  • Wanita yang menggunakan IUD (alat pencegah kehamilan).
  • Mengambil ubat kortikosteroid pada tempoh yang lama.

Terdapat dua pilihan ubat yang akan diberikan oleh doktor bagi proses pengguguran janin ini iaitu :

  • Mifepristone (Korlym)
  • Misoprostol (Cytotec)

Ubat-ubatan ini berfungsi untuk menghalang tindakan progesteron, iaitu hormon yang diperlukan oleh embrio untuk proses tumbesaran serta perkembangan janin.

Pengambilan ubat ini juga dikatakan bakal mencetuskan kecutan atau kontraksi dalam rahim dan menolak tisu embrio.

Ubat mifepristone dan misoprostol ini boleh diambil melalui dia cara, iaitu secara oral atau dimaskkan ke dalam vagina.

Kesan ubat-ubatan ini boleh dilihat dalam masa beberapa jam selepas makan atau selepas memasukkan ke dalam vagina.

Individu yang mengambil ubat ini akan alami kekejangan perut serta pendarahan yang teruk. Bagi membolehkan semua tisu embrio keluar sepenuhnya dari badan, keadaan ini boleh berlanjutan selama tiga hingga empat hari.

Jika pendarahan keluar terlalu banyak serta serius sehingga memerlukan anda untuk menukar lebih daripada dua tuala wanita dalam tempoh satu jam, anda perlulah rujuk pada doktor segera.

Anda juga perlu dapatkan pemeriksaan di kilinik atau hospital sekiranya mengalami simptom seperti demam atau selsema berpanjangan.

Prosedur Pembedahan

Prosedur pembedahan bagi menggugurkan janin adalah bergantung kepada usia kehamilan anda.

Sekiranya kehamilan anda berada pada trimester pertama, doktor mungkin akan mengesyorkan prosedur aspirasi vakum (vacuum/suction aspiration).

Sekiranya kandungan anda sudah berada pada trimester kedua (kandungan melebihi 13 minggu), anda mungkin anda menjalani prosedur dilation dan extraction (D&X).

Aspirasi Vakum (Vacuum/Suction Aspiration)

Untuk melakukan prosedur ini, doktor akan meminta anda berbaring dan membengkokkan lutut.

Sebuah alat yang dipanggil spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj anda bagi memperluaskan bukaan vagina serta membolehkan doktor melihat serviks.

Seterusnya, antiseptik akan disapu pada bahagian vagina dan serviks. Kemudian, doktor akan menyuntik ubat bius ke dalam servis dan memasukkan tiub kecil yang disambungkan dengan mesin vakum ke dalam rahim anda.

Berbanding kaedah pengguguran lain, prosedur ini dikatakan tidak terlalu menyakitkan.

Anda mungkin akan merasakan kekejangan perut ketika rahim mengalami kontraksi apabila tisu dikeluarkan.

Individu dengan masalah rahim tidak normal, mempunyai jangkitan pelvis atau masalah gangguan pembekuan darah tidak digalakkan untuk melakukan prosedur ini.

Dilation & Extraction (D&X)

Prosedur ini biasanya dilakukan apabila doktor mengenalpasti masalah serius pada ibu serta kandungan yang mencecah usia lebih daripada 21 minggu.

Secara umumnya, prosedur ini melibatkan proses pembedahan mengeluarkan janin.

Pada hari pertama, doktor akan melakukan prosedur pembesaran serviks bagi memudahkan proses mengeluarkan tisu kehamilan.

Pada hari berikutnya, doktor akan menggunakan forsep untuk mengeluarkan janin serta plasenta.

Alat seperti sudu yang dipanggil curette untuk mengikis lapisan rahim juga akan digunakan.

Prosedur ini dianggap menyakitkan dan biasanya doktor akan memberikan ubat tahan sakit.

Risiko Gugurkan Kandungan Sendiri

Dengan perkembangan internet, terdapat juga pil gugur kandungan atau ‘pil cuci noda’ yang boleh didapati dengan mudah secara atas talian.

Biasanya wanita atau pasangan akan mengambil jalan mudah ini untuk menghalang kehamilan yang tidak diingini. Lebih menyedihkan, ubat ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja termasuk pelajar wanita.

Secara umumnya, wanita atau pasangan hanya mengetahui kesan sampingan kecil bagi ‘pil cuci noda’ ini seperti muntah, sembelit dan sakit kepala.

  • Hakikatnya, ia boleh mendatangkan pelbagai risiko kepada wanita termasuk :
  • Koyakan teruk pada rahim serta embolism air ketuban (amniotic fluid embolism) bagi penggunaan melebihi 12 minggu.
  • Pendarahan teruk pada rahim yang koyak sehingga mengakibatkan kematian.
  • Risiko lebih besar bagi kandungan luar rahim iaitu pendarahan teruk yang mengancam nyawa.

Kesimpulannya, penilaian bagi cara gugur kandungan hanya berada di bawah bidang kuasa pakar perubatan sahaja.

Prosedur penguguran ini juga akan dijalankan dengan pemantauan rapi bagi menjamin keadaan pesakit stabil.

Sekiranya anda mempunyai kandungan yang bermasalah dan boleh memudaratkan kesihatan anda, berbincanglah dengan pasangan.

Anda juga boleh dapatkan rundingan daripada doktor sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber : Hellodoktor

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!