Permohonan pendaftaran sukarelawan Sukan SEA 2027 dijadualkan dibuka secara rasmi pada 5 Disember 2026. Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi KBS di https://www.kbs.gov.my/
Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) memerlukan seramai 14,000 orang sukarelawan untuk membantu menjayakan temasya sukan yang akan berlangsung di empat kluster utama dari 18 hingga 29 September 2027.
Jom baca perincian mengenai Sukan Sea 2027 termasuklah permohanan sukarelawan di bawah.
Apa Itu Sukan SEA 2027?
Sukan SEA 2027 (Sukan Asia Tenggara ke-34) ialah acara sukan dwitahunan pelbagai sukan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dijadualkan berlangsung di Malaysia dari 18 hingga 29 September 2027.
Temasya berprestij ini akan mengumpulkan atlet-atlet terbaik daripada 11 buah negara Asia Tenggara untuk bersaing dalam pelbagai jenis sukan.
Malaysia secara rasminya dipilih menjadi tuan rumah buat kali ketujuh. Kali terakhir Malaysia menganjurkan sukan ini adalah sepuluh tahun lalu, iaitu pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Berbeza dengan penganjuran sebelum ini yang berpusat di ibu kota, Sukan SEA 2027 akan diadakan secara meluas di empat negeri utama:
- Sarawak: Bertindak sebagai kluster utama dan bakal menjadi lokasi bagi Upacara Pembukaan Rasmi. Kluster ini akan mengendalikan 17 jenis sukan (termasuk akuatik, e-sukan, dan angkat berat).
- Kuala Lumpur: Menjadi lokasi Upacara Penutupan Rasmi.
- Pulau Pinang: Mengendalikan 6 jenis sukan (termasuk sepak takraw dan tinju).
- Johor: Memfokuskan kepada acara bola sepak.
Sebanyak 38 jenis sukan (merangkumi 43 disiplin) telah dipilih mengikut kesesuaian venue dan keperluan Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) akan dipertandingkan.
Sementara itu, Sukan PARA ASEAN ke-14 pula dijadual berlangsung dari 17 hingga 23 Oktober 2027 di Kuala Lumpur, merangkumi 18 sukan.

14,000 Sukarelawan Diperlukan
Seramai 14,000 sukarelawan amat diperlukan bagi memastikan kelancaran penganjuran Sukan SEA 2027 di Malaysia.
Pengumuman rasmi mengenai jumlah kuota ini baru sahaja dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC), Datuk Abdul Rashid Yaakub, dalam kenyataan media terbaharu.
Pecahan Keperluan Mengikut Wilayah & Kluster
- Kuala Lumpur: Memerlukan antara 5,000 hingga 8,000 orang sukarelawan.
- Sarawak: Memerlukan antara 5,000 hingga 6,000 orang sukarelawan.
- Pulau Pinang: Memerlukan sekitar 2,000 orang sukarelawan.
- Johor: Melengkapkan baki jumlah keseluruhan mengikut keperluan sukan spesifik (seperti bola sepak) yang diadakan di sana.
Tambahan 5,000 Sukarelawan untuk Sukan Para ASEAN
Selain daripada 14,000 sukarelawan untuk Sukan SEA, MASOC turut mengumumkan keperluan tambahan sebanyak 5,000 sukarelawan lagi bagi menjayakan Sukan Para ASEAN 2027 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 hingga 23 Oktober 2027.
Kumpulan sukarelawan ini akan diberikan latihan khusus kerana mereka memerlukan kemahiran yang lebih tinggi untuk mengendalikan serta membantu atlet kurang upaya (OKU).
Bila Permohonan Dibuka?
Permohonan rasmi untuk menjadi sukarelawan Sukan SEA 2027 akan dibuka sepenuhnya secara dalam talian (online) pada 5 Disember 2026.
Syarat & Cara Mohon Jadi Sukarelawan Sukan Sea 2027
Syarat kelayakan rasmi, kriteria khusus, serta pautan borang permohonan digital bagi sukarelawan Sukan SEA 2027 belum dikeluarkan secara rasmi oleh pihak penganjur buat masa ini.
Maklumat ini akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Segala maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut dan info terkini di:
- Instagram MASOC: @seagamesmalaysia2027
- Facebook MASOC: SEA Games Malaysia 2027
- E-mel: [email protected]
Soalan Lazim Sukarelawan Sukan Sea 2027
Permohonan secara dalam talian (online) dijadualkan dibuka secara rasmi pada 5 Disember 2026.
Sukan SEA 2027: Sebanyak 14,000 orang sukarelawan diperlukan merangkumi empat kluster negeri.
Tugasan akan dibahagikan mengikut lokasi acara sukan di empat kluster utama:
Kuala Lumpur: Keperluan 5,000 hingga 8,000 sukarelawan.
Sarawak: Keperluan 5,000 hingga 6,000 sukarelawan.
Pulau Pinang: Keperluan anggaran 2,000 sukarelawan.
Johor: Keperluan mengikut ketetapan acara spesifik.
Apabila portal dibuka pada 5 Disember 2026, pendaftaran boleh dilakukan secara digital melalui pautan yang akan disediakan di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).




