Norcolut: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apakah kegunaan Norcolut untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Norcolut dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga:

Apa itu Norcolut

norcolut

Norcolut 5mg tablet atau Norethisterone adalah ubat yang selalu digunakan untuk merawat masalah kesihatan wanita yang berkaitan dengan sistem reproduktif dan organ pembiakan yang berkaitan.

Ubat ini biasanya diambil sebagai kontraseptif oleh wanita yang tidak boleh menggunakan bentuk kawalan kelahiran lain seperti estrogen.

Namun Norcolut tidak boleh digunakan untuk melindungi diri daripada jangkitan HIV/AIDS dan penyakit kelamin lain. Setiap kotak mengandungi 20 tablets.

Kandungan Norcolut

Setiap tablet Norcolut mengandungi 5mg norethisterone. Norethisterone ialah progestin generasi kedua sintetik yang digunakan untuk kontraseptif, pencegahan hiperplasia endometrium dalam terapi penggantian hormon, dan dalam rawatan penyakit pengantara hormon lain seperti endometriosis.

Fungsi dan kepentingannya

norcolut

Norcolut Tablet mempunyai beberapa fungsi dan kegunaannya seperti:

  • Merawat ketiadaan dan ketidakteraturan tempoh haid
  • Menghalang pembebasan telur dari ovari
  • Merawat pertumbuhan tisu yang tidak normal dalam rahim yang disebabkan oleh endometriosis
  • Merawat pendarahan rahim yang tidak normal yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon
  • Mencegah kehamilan
  • Menghalang kemasukan sperma ke dalam rahim

Cara pengambilan yang betul

1. Pendarahan luar biasa

1 tablet tiga kali sehari selama 10 hari. Pendarahan biasanya berhenti dalam masa 1-3 hari. Haid biasanya bermula 2-4 hari selepas menghentikan rawatan.

2. Pencegahan pendarahan tidak normal

1 tablet dua kali sehari dari hari ke-19 – ke-26 kitaran.

3. Sindrom prahaid

2 hingga 3 tablet sehari dari hari ke-19 hingga ke-26 kitaran. Anda biasanya akan dirawat selama beberapa bulan.

4. Menangguhkan haid

1 tablet tiga kali sehari bermula tiga hari sebelum permulaan tempoh yang dijangkakan. Haid anda sepatutnya berlaku 2-3 hari selepas anda berhenti mengambil ubat.

5. Dismenorea (haid yang menyakitkan)

1 tablet tiga kali sehari selama 20 hari bermula pada hari ke-5 kitaran. Anda biasanya akan dirawat selama 3-4 kitaran.

6. Menorrhagia (haid berat)

1 tablet dua hingga tiga kali sehari dari hari ke-19 hingga ke-26 kitaran.

7. Endometriosis

2 biji sehari bermula pada hari ke-5 kitaran anda. Jika anda terus mengalami pendarahan kecil (“bertompok”), dos boleh ditingkatkan kepada 4 hingga 5 tablet sehari.

Sebaik sahaja pendarahan berhenti, dos boleh dikurangkan. Anda biasanya akan dirawat secara berterusan selama 4-6 bulan atau lebih lama. (Mengira hari pertama haid sebagai hari 1).

Sila dapatkan nasihat doktor anda atau ahli farmasi atau rujuk pada pek produk untuk maklumat ini.

Ubat yang boleh berinteraksi dengan Norcolut

Norcolut boleh bertindak balas dengan beberapa jenis ubat seperti Rfampicin, Tetracyclin, Phenytoin, Carbamazepine, Nevirapine, Efavirenz, dan Thyroxine.

Sebelum mengambil ubat ini juga, sila rujuk nasihat doktor anda khususnya kepada mereka yang mempunyai penyaki seperti berikut kanser payudara atau reproduktif, pendarahan faraj yang tidak diketahui puncanya, penyakit hati, sawan, kecenderungan mengalami thromboembolisme vena, dan kehamilan.

Kaedah penyimpanan Norcolut

Simpan Norcolut ini di bawah suhu 30ºC, elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan. Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat.

Kesan sampingan

Ubat tersebut boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, namun fungsinya lebih besar jika dibandingkan dengan kesan sampingan yang sementara.

Antara kesan yang biasa berlaku adalah seperti kemurungan mental, jaundis kolestatik, porfiria, epilepsi, migrain, sakit kepala, ketidakselesaan payudara, pening, loya dan muntah, perubahan libido, selera makan dan berat badan, pendarahan hebat, perubahan aliran haid, amenorea, edema, ruam, melasma atau kolasma, jerawat, urtikaria, LFT yang tidak normal, perubahan mood, insomnia, kejadian trombotik dan tromoembolik, neuritis optik, profil lipid yang diubah.

Setiap orang akan mendapatkan kesan sampingan yang berbeza-beza. Justeru, sekiranya anda menunjukkan kesan sampingan yang teruk pastikan segera dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Norcolut dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Norcolut Dosage & Drug Information. MIMS Malaysia
  2. Norlutate Tablet – Uses, Side Effects, and More. WebMD
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!