Program Pembangunan Bakat Muda MARA atau YTP 2026 ialah tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang SPM yang ingin melanjutkan pengajian hingga ke peringkat ijazah sarjana muda di dalam atau luar negara. Layari https://educationloan.mara.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan. Permohonan dibuka mulai 31 Mac (Selasa) 12.00 pm hingga 13 April 2026 (Isnin) 12.00 pm.
Ramai tertanya tentang syarat kelayakan dan cara memohon YTP MARA 2026, memandangkan program ini terbuka kepada calon yang memenuhi kriteria ditetapkan. Artikel ini akan kongsikan syarat dan panduan permohonan secara ringkas.
Apa itu Young Talent Development Programme @ YTP MARA?
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar cemerlang lepasan SPM bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Menariknya, pembiayaan ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), di mana sebahagian atau keseluruhan pinjaman boleh ditukar bergantung kepada prestasi akademik pelajar.

SYARAT UMUM
1. Bumiputera
Pemohon dan salah seorang ibu bapa mestilah warganegara Malaysia berstatus Bumiputera.
2. Status MARA
Pelajar, ibu bapa, penjaga, dan penjamin tidak disenaraihitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan perundangan MARA.
3. Kesihatan
Bebas penyakit kronik atau berjangkit serta disahkan sihat untuk mengikuti pengajian.
4. Peperiksaan
Menduduki peperiksaan SPM 2025 buat kali pertama (sekolah atau persendirian).
5. Tajaan
Tidak dibenarkan menerima tajaan lain untuk peringkat pengajian yang sama.
6. Akademik
Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.
SYARAT KHUSUS
- Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2025.
- Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM seperti yang diiklankan di bawah:
Laluan Pengajian YTP MARA 2026
Program YTP menawarkan beberapa laluan pengajian bergantung kepada keputusan akademik pelajar:
1. Laluan Pengajian Luar Negara (SPM 8A)
Pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 8A dalam SPM berpeluang mengikuti laluan ini.
Program Luar Negara (Top 20 Universities):
- Persediaan: A-Level / IB di kolej MARA terpilih
- Keperluan: Tahap Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya CEFR C1
- Penajaan: Ijazah pertama di 20 universiti terbaik dunia
- Bidang: Kejuruteraan, Sains & Sains Ikhtisas
Biasiswa Penuh turut ditawarkan kepada pelajar yang berjaya mendapat tempat di universiti elit seperti:
- Harvard University
- Massachusetts Institute of Technology (MIT)
- University of Oxford
- University of Cambridge
- Stanford University
2. Program Ijazah Pertama Luar Negara
Pelajar juga boleh terus melanjutkan pengajian ke luar negara mengikut bidang tertentu.
Bidang & Negara:
- Kejuruteraan & Teknologi – Jerman
- Sains Komputer – Hong Kong
- Perubatan – Mesir
3. Program Berkembar Dalam & Luar Negara
Program ini menawarkan kelayakan dwi-sijil daripada universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.
Bidang & Negara terlibat:
- Kejuruteraan & Teknologi – Australia, Jepun, Perancis, Rusia
- Perakaunan / Logistik Perindustrian / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan – New Zealand
4. Laluan Pengajian Dalam Negara (SPM 7A)
Bagi pelajar yang memperoleh sekurang-kurangnya 7A dalam SPM, laluan dalam negara turut disediakan.
Program Ijazah Pertama Dalam Negara:
Pelajar akan melanjutkan pengajian di IPT tempatan terpilih seperti:
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Management & Science University (MSU)
- UPTM dan lain-lain

Bidang Pengajian Ditawarkan
Terdapat 9 bidang utama yang ditawarkan di bawah YTP MARA:
- Kejuruteraan
- Sains / Sains Komputer / Sains Ikhtisas
- Perakaunan / Logistik Perindustrian
- Kewangan
- Professional & Advance Chartered Accountant (ICAEW)
- ACCA (Professional Association of Chartered Certified Accountants)
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi
Tarikh Permohonan YTP MARA 2026
Permohonan dibuka dalam tempoh berikut:
- MULA: 31 Mac 2026 (Selasa), jam 12.00 tengah hari
- TAMAT: 13 April 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari
Sila layari pautan di bawah untuk permohonan YTP 2026: https://educationloan.mara.gov.my/
Cara Permohonan
- Layari Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my/
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.
- Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
- i. Maklumat peribadi dan keluarga
- ii. Cadangan Pengajian
- iii. Ujian Psikometrik
- iv. Perakuan keterangan
NOTA:
Senarai kursus, bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA boleh dirujuk di dalam syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA.
Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini pilihan kursus dalam tempoh ditetapkan setelah keputusan peperiksaan SPM diumumkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila rujuk Bahagian Penganjuran Pelajaran:
- Email: [email protected]
- Telefon: 03-26132020 / 2030
Soalan Lazim Young Talent Development Programme
Rujuk panduan di sini:
- Manual Pengguna MyEdu YTP 2026
- Garis Panduan Permohonan YTP 2026
- Senarai Program dan Syarat Kelayakan YTP 2026
- Soalan Lazim YTP 2026
Young Talent Development Programme (YTP) adalah program penajaan pinjaman pelajaran
berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar
cemerlang lepasan bagi menyambung pengajian bermula di peringkat persediaan
hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar
negara
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal MARA https://educationloan.mara.gov.my. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai
pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. Pemohon juga dikehendaki membaca dan
memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
Syarat – syarat umum permohonan Program YTP seperti di bawah:
i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus warganegara Malaysia
bumiputera.
ii. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam
tindakan undang-undang MARA.
iii. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022 buat kali pertama.
iv. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja
atau agensi untuk pengajian dan peringkat yang sama.
Pemohon tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk
menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat
kelayakan akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.
Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi YTP.
terpilih yang ditetapkan oleh pihak MARA?
Senarai tersebut boleh dirujuk pada syarat kelayakan program yang diletakkan di Portal MARA
Ya. MARA berhak menawarkan kursus selain pilihan pertama dan pilihan kedua kepada
pemohon berdasarkan kepada merit pemilihan serta jumlah kuota bagi sesuatu kursus.
Sebarang permohonan pertukaran kursus oleh pemohon adalah tidak dibenarkan.
Ya. Semua pemohon wajib menduduki ujian kelayakan secara dalam talian semasa mengisi
permohonan Program YTP.
Tidak. Ujian kelayakan boleh diduduki hanya sekali semasa permohonan dibuka.
Proses temuduga hanya melibatkan kursus tertentu yang ditetapkan. Sebarang maklumat
berkaitan temuduga akan dimaklumkan kepada pemohon dari semasa ke semasa.
Boleh. Namun demikian, Ibu, bapa, penjaga, penjamin dan pemohon perlu bebas dari senarai
hitam MARA dalam tempoh tujuh (7) hari setelah permohonan ditutup. Pemohon dinasihatkan segera menyemak status senarai hitam di Bahagian Kawalan Kredit (BKK) MARA.
Program YTP?
Pinjaman pelajaran di peringkat persediaan merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup
serta Elaun Pengangkutan. Elaun Pengangkutan (pergi & balik) hanya layak dibayar kepada
pelajar dari Semenanjung Malaysia yang mendapat tawaran pengajian di Sabah/Sarawak atau
pelajar Sabah/Sarawak yang mendapat tawaran pengajian di Semenanjung Malaysia. Pinjaman pelajaran akan diteruskan sehingga ke peringkat ijazah sarjana muda
Baca juga:




