Kerajaan Negeri Selangor kini membuka permohonan untuk Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) 2027 yang boleh dipohon menerusi borang permohonan yang disediakan.
Berikut adalah maklumat selanjutnya mengenai dana usahawan ini.

Mengenai Dana Usahawan Madani Selangor
Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif.
Tujuan dana ini diwujudkan adalah untuk membantu para usahawan di Negeri Selangor meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan- usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Selain itu, pemberian geran dalam bentuk peralatan dan kelengkapan perniagaan ini juga secara langsung membantu usahawan untuk menambah baik operasi mereka tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.
Dana ini terbuka kepada perusahaan dengan hasil jualan tahunan kurang daripada RM500,000.00 di Negeri Selangor.
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka adalah pada 1 September sehingga 30 November 2026.
Bentuk & Jumlah Bantuan
Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah bantuan peralatan/ perkakasan kegunaan perniagaan (logistik) dan bukan berbentuk kewangan (non-monetory).
Jumlah bantuan yang ditawarkan di bawah program ini adalah tidak melebihi RM30,000.00 per syarikat (tertakluk kepada kelulusan) dan boleh ditarik balik sekiranya tiada peningkatan produktiviti / pendapatan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penerimaan bantuan.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan dana ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor yang mengundi di Negeri Selangor.
- Premis mestilah beroperasi di Negeri Selangor.
- Had umur pemohon adalah di antara 18 – 60 tahun.
- Perusahaan dengan hasil jualan tahunan kurang daripada RM500,000.00 sahaja.
- Perusahaan merentasi semua sektor termasuk sektor Industri Kreatif.
- Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan.
- Mempunyai sekurang — kurangnya 2 atau lebih orang bilangan pekerja tetap.
- Konsisten dari segi pengeluaran.
- Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara dalam talian).
- Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Pemohon/perusahaan yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.
- Pemohon/perusahaan yang pernah menerima bantuan daripada kerajaan Negeri Selangor sebelum ini boleh memohon DUMS selepas tiga (3) tahun.
- Permohonan tidak akan dipertimbangkan sekiranya ahli keluarga terdekat pemohon iaitu suami, isteri, ibu, bapa, adik beradik atau anak pernah menerima bantuan yang sama sebelum ini.
- Permohonan yang berjaya tidak dibenarkan membuat sebarang penukaran barangan yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Dums (DUMS) Peringkat Negeri.
Cara Memohon
Pemohon boleh mengambil dan menghantar borang permohonan secara fizikal di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) terdekat dengan lokasi perniagaan anda.







Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemilik (Perniagaan Milikan Tunggal) atau rakan kongsi (Perniagaan Perkongsian).
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Form D) atau Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9, 24 and 49).
- Salinan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan.
- Salinan geran tanah atau salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang berkaitan dengan penyewaan tanah/premis pengeluaran (sekiranya menyewa).
- Penyata bank syarikat (3 bulan terkini).
- Gambar premis pengeluaran berukuran 3R (gambar di bahagian hadapan, kiri, kanan dan belakang)
- Gambar-gambar produk.
- Salinan semakan daftar pemilih (melalui lawan sesawang MySPR semak)
Soalan Lazim
DUMS merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif untuk membantu para usahawan di Negeri Selangor meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan- usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.
Permohonan dana ini boleh dibuat mulai 1 September sehingga 30 November 2026.
Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah bantuan peralatan/ perkakasan kegunaan perniagaan (logistik) dan bukan berbentuk kewangan (non-monetory).
Ya. Pemohon mestilah mempunyai perusahaan dengan hasil jualan tahunan kurang daripada RM500,000.00 sahaja.
Pemohon boleh mengambil borang permohonan secara fizikal di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) terdekat.
– Salinan kad pengenalan pemilik (Perniagaan Milikan Tunggal) atau rakan kongsi (Perniagaan Perkongsian).
– Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (Form D) atau Sijil Pendaftaran Syarikat (Form 9, 24 and 49).
– Salinan lesen perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan.
– Salinan geran tanah atau salinan surat perjanjian penyewaan atau sebarang dokumen yang berkaitan dengan penyewaan tanah/premis pengeluaran (sekiranya menyewa).
– Penyata bank syarikat (3 bulan terkini).
– Gambar premis pengeluaran berukuran 3R (gambar di bahagian hadapan, kiri, kanan dan belakang)
– Gambar-gambar produk.
– Salinan semakan daftar pemilih (melalui lawan sesawang MySPR semak)
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif Negeri Selangor,
Seksyen Sektoral,
Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor,
Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5544 7000/7920 Fax: 03-5544 7963




