Geran Sejahtera MADANI ialah inisiatif bantuan kewangan terbaharu berjumlah RM200 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyokong golongan peniaga kecil di Malaysia.
Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya pada Ahad, 30 Ogos 2026 yang lalu.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan Geran Sejahtera Madani di bawah.
Apa Itu Geran Sejahtera MADANI?
Geran Sejahtera MADANI ialah dana untuk peniaga kecil berjumlah RM200 juta yang disediakan oleh kerajaan untuk kelengkapan peniaga kecil termasuk ibu yang meniaga dari rumah, penjaja dan peniaga pasar malam.
Tujuan utama geran ini adalah untuk meringankan beban pusingan modal dan membantu menaikkan semula perniagaan kecil-kecilan di peringkat bawah.
Selain memberikan geran atau bantuan tunai terus ini, kerajaan juga menambah dana pinjaman mudah (pembiayaan mikro) daripada RM5 bilion kepada RM6 bilion.
Dana tambahan ini bagi memudahkan peniaga kecil yang perlukan modal lebih besar meminjam dengan kadar faedah yang sangat rendah.

Golongan Sasaran Utama
Insentif ini menyasarkan empat kumpulan peniaga mikro dan kecil yang memerlukan bantuan suntikan modal:
- Penjaja kecil
- Peniaga runcit/kecil
- Peniaga pasar malam
- Ibu yang berniaga dari rumah
Jadi, kalau anda termasuk daripada salah satu kategori di atas, pastikan anda bersiap sedia dan sentiasa pantau tarikh permohonan bantuan ini dibuka kelak.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan terperinci dan garis panduan rasmi bagi Geran Sejahtera MADANI masih belum dikeluarkan oleh pihak kementerian.
Maklumat ini akan dikemaskini daripada masa ke semasa.
Cara Permohonan Geran Sejahtera MADANI 2026
Memandangkan inisiatif ini baharu sahaja diumumkan, mekanisme rasmi permohonan masih sedang diperincikan oleh kementerian serta agensi pelaksana yang berkaitan.
Sebagai makluman, Geran Sejahtera MADANI akan diselaras dan diuruskan oleh KUSKOP berdasarkan kriteria serta syarat kelayakan yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim Geran Sejahtera MADANI
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila rujuk laman sesawang Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Ikuti juga perkembangan lanjut melalui laman media sosial rasmi KUSKOP atau emelkan pertanyaan kepada [email protected]
Baca juga:
- Senarai Bantuan, Geran dan Pembiayaan untuk Usahawan 2026 – Cara Mohon
- SejaTi MADANI: Permohonan Bantuan Dana Kepada Komuniti
Ia adalah bantuan kewangan langsung (geran) dengan peruntukan keseluruhan RM200 juta yang diumumkan Perdana Menteri untuk membantu peniaga kecil-kecilan mendapatkan modal pusingan perniagaan.
Ya, layak. Golongan ibu yang bekerja atau berniaga dari rumah (home-based business) adalah antara empat kumpulan sasaran utama yang layak memohon selain penjaja, peniaga kecil, dan peniaga pasar malam.
Setakat ini, belum ada permohonan dibuka secara rasmi.
Kadar jumlah bantuan (nilai geran) bagi setiap individu belum dimaklumkan secara rasmi dan masih dalam peringkat penelitian agensi pelaksana.
Tidak sama, kerana Geran Sejahtera MADANI ialah bantuan modal RM200 juta untuk peniaga individu seperti penjaja dan suri rumah yang berniaga dari rumah. Sebaliknya, Program SejaTi MADANI ialah dana bantuan sehingga RM100,000 untuk komuniti berdaftar bagi menjalankan projek ekonomi setempat.




