Berita baik buat lepasan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana kerana pihak Agrobank telah membuka permohonan untuk program Young Talent Program (YTP) Agrobank bagi graduan yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor perbankan.
Melalui program ini, individu yang diterima masuk akan diberikan peluang untuk menjalani latihan bersama Agrobank seterusnya ditawarkan peluang kerjaya dengan pihak Agrobank sebaik menamatkan program ini.

Mengenai Young Talent Program Agrobank
Young Talent Program ialah program latihan kerjaya yang disediakan pihak Agrobank kepada graduan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.
Menerusi program ini, mereka yang layak akan menjalani latihan selama 2 tahun secara berstruktur dengan pembelajaran secara langsung dan pendedahan dunia sebenar.
Mereka juga akan digilirkan merentasi empat fungsi utama selama 24 bulan untuk membina pelbagai set kemahiran bagi membangunkan pemimpin masa depan.
Manfaat Program
Antara manfaat program yang bakal diperoleh adalah seperti berikut:
- Pakej imbuhan yang kompetitif
- Pembinaan kepakaran perbankan dan rangkaian profesional yang luas
- Pendedahan kepada operasi ibu pejabat dan cawangan
- Program pembangunan komprehensif, termasuk latihan, bimbingan dan bimbingan
- Bimbingan dan sokongan kerjaya yang berdedikasi.

Syarat Kelayakan
Bagi yang berminat, pastikan anda mmenuhi syarat-syarat kelayakan beriku bagi membolehkan permohonan anda bagi program YTP ini dipertimbangkan oleh pihak Agrobank:
- Warganegara Malaysia, berumur 25 tahun ke bawah.
- Graduan baru atau maksimum 6 bulan pengalaman bekerja.
- PNGK minimum 3.50.
- MUET minimum Band 4.
- Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam mana-mana bidang yang berkaitan (diutamakan: Perniagaan, Jualan & Pemasaran, Syariah, Pertanian, Ekonomi, Perakaunan, Kewangan)
Cara Permohonan
Bagi individu yang berminat dengan program YTP Agro Bank ini, anda boleh menghantar permohonan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari pautan https://job.pulsifi.me/companies/agrobank/4bb21e6f-f7ae-4c0a-9c47-f99dde0e698b/young-talent-program-ytp-2026.
- Klik butang “Apply Now.”
- Lengkapkan permohonan dengan melengkapkan semua butiran yang diminta.
- Klik butang Submit untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
Young Talent Program (YTP) Agrobank merupakan program latihan kerjaya yang disediakan pihak Agrobank kepada graduan yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.
– Pakej imbuhan yang kompetitif
– Pembinaan kepakaran perbankan dan rangkaian profesional yang luas
– Pendedahan kepada operasi ibu pejabat dan cawangan
– Program pembangunan komprehensif, termasuk latihan, bimbingan dan bimbingan
– Bimbingan dan sokongan kerjaya yang berdedikasi
Mana-mana bidang yang berkaitan layak memohon namun keutamaan kepada bidang Perniagaan, Jualan & Pemasaran, Syariah, Pertanian, Ekonomi, Perakaunan, Kewangan.
Tidak. Program ini hanya layak kepada graduan baru atau maksimum 6 bulan pengalaman bekerja.
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://job.pulsifi.me/companies/agrobank/4bb21e6f-f7ae-4c0a-9c47-f99dde0e698b/young-talent-program-ytp-2026.
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program YTP Agrobank ini, sila hantar emel pertanyaan tersebut ke alamat [email protected].
Baca juga: Permohonan Program PROWIRA-RTW Graduan Yayasan LTAT




