Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kini, Kerajaan Negeri Perak menyediakan 2,000 baucar bernilai RM40 seorang menerusi Perak Stay & Explore 2026, sebagai insentif untuk menyokong kemasukan pelancong serta menggalakkan tempoh penginapan sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam di Negeri Perak boleh dipohon menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1rMsEm88Sp9rv7UloLUFF8iEbrRzdbET8?usp=drive_link.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai insentif ini.

Mengenai Perak Stay & Explore

Kempen Perak Stay & Explore merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Perak yang telah diumumkan oleh YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, semasa penggulungan perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan tempoh penginapan pelancong (length of stay), merancakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan negeri serta menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pada tahun 2026, Kerajaan negeri Perak telah meletakkan sasaran seramai 1.1 juta pelancong antarabangsa dan 10.5 juta pelancong domestik selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030, tumpuan diberikan kepada usaha menarik pelancong berasaskan kepada Ekonomi Pengalaman yang merangkumi tarikan warisan sejarah, keindahan alam semula jadi, seni dan budaya, gastronomi serta produk pelancongan.

Manfaat Utama Perak Stay & Explore

Manfaat utama program ini adalah seperti:

  • Meningkatkan pendapatan usahawan tempatan, termasuk pengusaha inap desa, hotel, restoran, kedai cenderamata dan gerai makanan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan seperti pemandu pelancong, pengangkutan, hospitaliti dan perkhidmatan.
  • Merangsang perniagaan kecil dan sederhana (PKS) melalui peningkatan permintaan terhadap produk tempatan seperti kraftangan, makanan tradisional dan hasil pertanian.
  • Menggalakkan pembangunan infrastruktur, termasuk jalan raya, kemudahan awam dan kawasan rekreasi yang turut memberi manfaat kepada penduduk.
  • Memelihara warisan budaya dan alam semula jadi, apabila aktiviti pelancongan berasaskan komuniti menjadikan budaya serta produk tempatan sebagai tarikan yang menjana pendapatan.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan insentif ini adalah pada 15 November 2026.

Kategori Pemohon

Pemohon yang layak memohon adalah terdiri daripada:

  • Agensi pelancongan
  • Pengusaha hotel
  • Pengusaha produk pelancongan
  • NGO berkaitan pelancongan

Destinasi Pelancongan

Insentif ini terbuka kepada semua kluster pelancongan di negeri Perak yang meliputi:

  • Alam Semulajadi & Eko Pelancongan
  • Tempat Warisan Sejarah dan Budaya
  • Taman Tema & Rekreasi Pelancongan
  • Pelancongan Gastronomi
  • Kesenian dan Kebudayaan

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan ini terbuka hanya kepada agensi pelancongan, pengusaha hotel, produk pelancongan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan dalam dan luar neger Perk yang merancang membawa kemasukan pelancong antarabangsa untuk bermalam di neger Perk dengan syarat minima dua hari (2) satu (1) malam.
  2. Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu (1) bulan kepada Tourism Perak sebelum tarikh melancong. Pemohon perlu mengemukakan Kertas Kerja lengkap berserta cadangan Atur Cara dan butiran yang berkaitan melalui borang yang boleh dimuat turn di laman web Tourism Perak.
  3. Selepas diluluskan dan program selesai dilaksanakan pemohon perlu mengemukakan Laporan Bergambar Program bag tujuan Tuntutan Bayaran kepada Tourism Perak.
  4. Pembiayaan bag Insentif Program Perak Stay & Explore yang dikemukakan melalui ejen pelancongan tempatan adalah tertakluk kepada pertimbangan bagi komponen berikut:
    – Kos penginapan
    – Pengangkutan
    – Makanan
    – Lawatan ke destinasi pelancongan
    – Persembahan kebudayaan
    – Sesi Business matching agensi pelancongan
    – Lain-lain aktiviti berkaitan yang diluluskan.

Syarat Insentif

Syarat-syarat untuk menerima insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Permohonan aktiviti Perak Stay & Explore juga meliputi pelancong domestik dan antarabangsa untuk bermalam di Perak sekurang- kurangnya selama dua (2) hari satu (1) malam.
  2. Lawatan rasmi delegasi yang berkaitan dengan pelancongan untuk menginap dan melawat ke tempat-tempat menarik di negeri Perak.
  3. Lawatan Fam trip media ke produk pelancongan di sekitar negeri Perak.
  4. Lawatan Fam trip agensi pelancongan ke negeri Perak.
  5. Sesi business matching dengan agensi pelancongan.
  6. Lain-lain aktiviti yang berkaitan pelancongan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1rMsEm88Sp9rv7UloLUFF8iEbrRzdbET8?usp=drive_link.

Lampirkan kertas cadangan aktiviti pelancongan yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dan hantar permohonan sebelum tarikh tutup kepada pihak Tourism Perak.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan Perak Stay & Explore?

Kempen Perak Stay & Explore merupakan inisiatif strategik Kerajaan Negeri Perak untuk meningkatkan tempoh penginapan pelancong (length of stay), merancakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan negeri serta menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 menerusi pemberian 2,000 baucar bernilai RM40 seorang.

Bilakah tarikh tutup permohonan insentif ini?

Tarikh tutup permohonan insentif ini adalah pada 15 November 2026.

Siapakah yang boleh memohon insentif ini?

– Agensi pelancongan
– Pengusaha hotel
– Pengusaha produk pelancongan
– NGO berkaitan pelancongan

Di manakah destinasi pelancongan yang layak menerima insentif ini?

– Alam Semulajadi & Eko Pelancongan
– Tempat Warisan Sejarah dan Budaya
– Taman Tema & Rekreasi Pelancongan
– Pelancongan Gastronomi
– Kesenian dan Kebudayaan

Bilakah permohonan insentif ini boleh dibuat?

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya satu 1 bulan sebelum tarikh melancong.

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dimuat turun menerusi pautan https://drive.google.com/drive/u/0/mobile/folders/1rMsEm88Sp9rv7UloLUFF8iEbrRzdbET8?usp=drive_link.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Perak Stay & Explore, sila layari laman web https://www.tourismperakmalaysia.com.

Baca juga: SMAN Perak: Permohonan Tingkatan 1 SMA Negeri Perak 2027

Penulis