Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menawarkan harga simen lebih rendah berbanding harga pasaran bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah RMK13 menerusi Inisiatif Skim Simen RAHMAH yang boleh dipohon menerusi Portal HIMS iaitu https://hims.kpkt.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai inisiatif ini.

Mengenai Inisiatif Skim Simen RAHMAH

Inisiatif Skim Simen RAHMAH merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KPKT dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju swasta. 

Menerusi inisiatif ini, pemaju perumahan ditawarkan membeli simen pada harga yang lebih rendah daripada pasaran untuk pemajuan perumahan yang berharga RM300,000 dan ke bawah atau rumah mampu milik.

Pihak C&CA akan menyediakan 1,000,000 tan metrik simen pada harga yang lebih rendah daripada pasaran untuk pemaju mendapatkan bekalan Simen RAHMAH untuk tempoh pemajuan yang dianggarkan sehingga Jun 2028 tertakluk kepada bekalan simen yang dibekalkan.

Kuota yang dipertuntukkan bagi inisiatif ini adalah sebanyak 1.6 juta tan metrik simen yang melibatkan 500,000 unit Rumah Mampu Milik di seluruh negara.

Pemaju yang mendapatkan simen ini WAJIB memberikan diskaun/pengurangan harga rumah pada kadar minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 untuk setiap unit rumah mampu milik.

Diskaun ini adalah berdasarkan pengiraan pemaju dan harga selepas diskaun tidak perlu mendapatkan kelulusan pindaan AP.

Harga Skim Simen RAHMAH

Harga yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Simen Pukal : RM290.00 / Tan Metrik (penimatan 31.8% atau RM135.00 berbanding pasaran RM425.00)
  • Simen Kampit 50 Kg : RM17.50 sekampit (penjimatan 29.7% atau RM7.40 berbanding pasaran RM24.90)

Jumlah Simen Yang Boleh Dibeli

Kuantiti simen yang boleh dibeli berdasarkan bilangan unit rumah dan keluasan unit rumah.

Pengesahan jumlah simen adalah berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemaju dan disahkan dengan dokumen sokongan oleh jurukur bahan (Quantity Surveyor – QS) yang telah dilantik oleh pemaju.

Senarai Syarikat Pengeluar Skim Simen RAHMAH

Senarai syarikat pengeluar bagi inisiatif skim ini adalah seperti berikut:

1- CIMA GROUP OF COMPANIES
Annexe 2, Persada PLUS, Persimpangan Bertingkat Subang, KM15, Lebuhraya Baru Lembah Klang
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603 – 8604 6688

a) NEGERI SEMBILAN CEMENT INDUSTRIES SDN BHD 
Lot 3323 Mukim of Kepis, Kuala Jelai,
72100 Bahau, Negeri Sembilan.
Tel: +603 – 8604 6688

b) NEGERI SEMBILAN CEMENT INDUSTRIES SDN BHD 
Bukit Ketri Mukim of Chuping,
02450 Kangar, Perlis.
Tel : +604 936 7100

2- HUME CEMENT SDN BHD
Level 5, Block D, 15A, Jalan 51A/219, 46100 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +6 03 – 7866 9000
Email: [email protected]

3- MALAYAN CEMENT GROUP OF COMPANIES
Level 28, Menara YTL, 205 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: +603 – 2038 0888

    a) ASSOCIATED PAN MALAYSIA CEMENT SDN BHD 
    Batu 13 1⁄2, Jalan Kuala Kangsar,
    31200 Chemor, Perak.
    Tel: +605 – 201 1202/3

    b) HOLCIM (MALAYSIA) SDN BHD
    Lot 119, Jalan Pukal 3, Pasir Gudang,
    81700 Johor Bahru, Johor.
    Tel: + 607 – 251 3411

    c) KEDAH CEMENT SDN BHD 
    Teluk Ewa, Mukim Air Hangat,
    07000 Pulau Langkawi, Kedah.
    Tel: +604 – 950 8000

    d) PAHANG CEMENT SDN BHD 
    P.O. Box 232, Bukit Sagu 4,
    25720 Kuantan, Pahang.
    Tel: +609 – 515 8208

    e) PERAK-HANJOONG SIMEN SDN BHD 
    Padang Rengas, 33700 Perak.
    Tel: +605 – 759 6000

    f) SLAG CEMENT SDN BHD
    Lot 55709, Dry Bulk Terminal 2, Persiaran Teratai, Pulau Indah,
    42009 Westport, Selangor.
    Tel: +603 – 3101 1378

    4. TASEK CORPORATION BERHAD
    Persiaran Tasek, Tasek Industrial Estate 31400 Ipoh, Perak.
    Tel: +6 05 – 291 1011
    Email: [email protected]

    Syarat Kelayakan

    Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:

    1. Pemaju perumahan mestilah mempunyai lesen yang berdaftar di bawah Akta 118, melalui Housing Integrated Management System (HIMS).
    2. Rumah yang dibina di bawah kategori harga mampu milik iaitu RM300,000 dan ke bawah.
    3. Pemajuan yang layak diperuntukkan kepada mana-mana Permit Iklan dan Jualan (Advertising Permit, AP) yang diluluskan mulai 1 Mei 2023 hingga 30 Jun 2024. Untuk pemajuan sedia ada (AP yang telah diluluskan sebelum 1 Mei 2023) adalah TIDAK LAYAK menyertai skim ini.

    Cara Memohon

    Permohonan inisiatif ini boleh dibuat menerusi Portal HIMS iaitu https://hims.kpkt.gov.my.

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Skim Simen RAHMAH?

    Inisiatif Skim Simen RAHMAH merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KPKT dengan kerjasama Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) dan pemaju swasta yang menawarkan membeli simen pada harga yang lebih rendah daripada pasaran.

    Berapakah harga rumah yang layak untuk menggunakan simen ini?

    Rumah tersebut mestilah berharga RM300,000 dan ke bawah atau rumah mampu milik.

    Berapakah harga yang boleh dibeli menerusi simen ini?

    – Simen Pukal : RM290.00 / Tan Metrik (penimatan 31.8% atau RM135.00 berbanding pasaran RM425.00)
    – Simen Kampit 50 Kg : RM17.50 sekampit (penjimatan 29.7% atau RM7.40 berbanding pasaran RM24.90)

    Berapakah jumlah simen yang boleh dibeli?

    Jumlah simen yang boleh dibeli berdasarkan bilangan unit rumah dan keluasan unit rumah berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemaju dan disahkan dengan dokumen sokongan oleh jurukur bahan (Quantity Surveyor – QS) yang telah dilantik oleh pemaju.

    Adakah permohonan hanya terhad kepada pemaju yang telah berdaftar?

    Ya. Permohonan terhad kepada pemaju perumahan yang mempunyai lesen yang berdaftar di bawah Akta 118, melalui Housing Integrated Management System (HIMS).

    Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan inisiatif ini?

    Permohonan boleh dibuat menerusi Portal HIMS iaitu https://hims.kpkt.gov.my.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Skim Simen RAHMAH, sila layari laman web KPKT iaitu https://www.kpkt.gov.my/.

    Baca juga: PBBR: Program Bina Baharu Rumah Di Bandar KPKT

    Penulis