Anda mungkin layak menerima bantuan.
Semak Sekarang!

Bagi rakyat Negeri Johor Darul Takzim atau warganegara Malaysia yang telah menetap di Negeri Johor tidak kurang 3 (tiga) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, permohona untuk menjadi Guru KAFA Negeri Johor 2027 telah dibuka sehingga 14 Oktober. Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/17KMVDafuUXRyPB48.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai permohonan ini.

Mengenai KAFA

Program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1990.

Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca al- Quran serta asas-asas fardu ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat. Pelaksanaan KAFA turut berkait dengan fungsi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang berperanan menyelaras dan meningkatkan sistem pendidikan agama Islam yang bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah agensi pusat yang bertanggungjawab sebagai penyelaras program ini di peringkat Persekutuan merangkumi aspek dasar, kurikulum, buku teks, kaedah pentaksiran, latihan, pembiayaan, pengurusan sumber manusia, pemantauan dan penyeliaan.

Manakala Program KAFA dilaksanakan di peringkat negeri melalui Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) selaku Agensi Pelaksana di negeri masing-masing berdasarkan Garis Panduan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka mulai 14 September 2026 jam 2.00 petang sehingga 14 Oktober 2026 jam 5.00 petang.

Taraf Jawatan & Elaun

Taraf jawatan adalah kontrak dan elaun yang akan diberikan adalah RM 1,762.00 (4 ½ jam x 5 hari seminggu).

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara MALAYSIA
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah / Al-Syariah / Usul Al Din / Manahij Al-U’lum Al-Islamiah.
  3. LULUS Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM atau setaraf dengannya;
  4. LULUS Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat DUA atau
  5. LULUS Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA / SMA /STAM dan yang setaraf dengannya (SMU / STU).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/17KMVDafuUXRyPB48.

Pastikan log masuk menggunakan emel pemohon untuk meneruskan permohonan dan setiap emel hanya boleh digunakan untuk satu permohonan sahaja.

Pastikan pemohon telah menyediakan dokumen Lampiran yang diperlukan dalam bentuk Soft Copy untuk dimuat naik seperti yang diarahkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil SPM
  • Salinan SDKA/SMRA/SMA/STAM
  • Salinan sijil lain berkaitan

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan KAFA?

KAFA adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun

Bilakah tarikh permohonan jawatan guru KAFA Negeri Johor ini dibuka?

Permohonan boleh dibuat mulai 14 September 2026 jam 2.00 petang sehingga 14 Oktober 2026 jam 5.00 petang.

Berapakah elaun yang akan diberikan?

Elaun yang akan diberikan adalah RM 1,762.00 (4 ½ jam x 5 hari seminggu).

Apakah syarat kelayakan yang ditetapkan?

– Warganegara MALAYSIA
– Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian termasuk Bahasa Melayu, Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al-Qur’an dan As-Sunnah / Al-Syariah / Usul Al Din / Manahij Al-U’lum Al-Islamiah.
– Lulus Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab / Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mua’sirah di peringkat SPM atau setaraf dengannya;
– Lulus Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) sekurang-kurangnya pangkat DUA atau
– Lulus Sijil Sekolah Menengah Agama yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Agama Johor (LPAJ) – SMRA / SMA /STAM dan yang setaraf dengannya (SMU / STU).

Bagaimanakah saya boleh membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/17KMVDafuUXRyPB48.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui emel [email protected].

Baca juga: Tema Hari Guru 2026: Guru Bitara Nadi Negara

Penulis