Senarai Bantuan / Insentif Kerajaan & Negeri Minggu Ini (19 Jan 2026)

bantuan insentif minggu ini
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Rujukan pantas semua bantuan & insentif kerajaan terkini, termasuk STR, SARA, FLYSiswa, bantuan persekolahan, program perumahan dan insentif negeri untuk minggu 19 Januari 2026.

Minggu ini, pelbagai bantuan dan insentif kerajaan sedang diagihkan atau dibuka permohonan. Dari Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), FLYSiswa, Bantuan Awal Persekolahan, bantuan-bantuan Kerajaan Negeri hinggalah Skim Perumahan Mampu Milik di Sabah dan Sarawak. Rakyat kini boleh menyemak kelayakan dan tarikh penting dengan mudah. Berikut senarai lengkap bantuan & insentif untuk minggu ini supaya anda tidak terlepas peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup!

Senarai Bantuan / Insentif Kerajaan & Negeri Minggu Ini (19 Jan 2026)

A. Bantuan & Insentif Untuk Semua Rakyat

1. STR Fasa 1 – Mula Dikreditkan 20 Januari 2026

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mula dikreditkan ke akaun penerima yang layak mulai 20 Januari 2026. Bayaran ini membantu isi rumah B40, M40, warga emas dan individu bujang menampung kos sara hidup asas seperti makanan, bil utiliti dan keperluan harian.

2. Rayuan & Kemaskini STR – Tarikh Akhir 13 Februari 2026

  • Makluman Tempoh Permohonan / Kemas Kini / Rayuan bagi STR 2026 Fasa 2 – Rayuan dan kemaskini STR dibuka kepada pemohon yang tidak lulus atau perlu mengemas kini maklumat seperti pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.
  • Tarikh akhir adalah 13 Februari 2026, jadi jangan lupa kemaskini dan mohon rayuan sebelum tarikh tutup bagi memastikan anda mendapat jumlah bantuan yang sewajarnya.
  • Sila ke laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

3. FLYSiswa 2026 – Baucar Tiket Penerbangan Pelajar

  • Program FLYSiswa membantu pelajar IPT mendapatkan baucar pembelian tiket penerbangan domestik. Permohonan dibuka 1 Januari hingga 30 November 2026, khususnya memberi manfaat kepada pelajar yang perlu berulang-alik antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi https://subsidiudara.mot.gov.my/

4. Bantuan Awal Persekolahan – Mula Diagihkan 11 Januari 2026

  • Bantuan Awal Persekolahan telah mula diagihkan bermula 11 Januari 2026 bagi membantu ibu bapa menyediakan keperluan asas sekolah pada awal sesi akademik tanpa beban kewangan tinggi.
  • Tiada permohonan dibuka kerana semua murid warganegara Malaysia layak menerima bantuan ini. Agihan akan dibuat oleh pihak sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan masing-masing.

5. PDN JPA (PIDN) – Permohonan Penajaan Dibuka Hingga 19 April 2026

  • Permohonan Penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA dibuka 13 Januari hingga 19 April 2025, menawarkan penajaan kepada pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di institusi tempatan, terutamanya pelajar dari keluarga memerlukan sokongan kewangan.
  • Antara syarat permohonan PIDN JPA ini adalah perlu mengisi Keputusan Peperiksaan Semester 1 Ijazah Pertama yang DIJANGKA keluar pada MINGGU PERTAMA bulan MAC 2026.
  • Umumnya syarat minimum CGPA 3.30 untuk program SELAIN Kejuruteraan DAN minimum CGPA 3.00 bagi program Kejuruteraan.
  • Jadi jangan lupa save the date & buat permohonan kerana tarikh tutup PIDN JPA ini pada 19 APRIL 2026 jam 5.00 petang.
  • Info lanjut boleh rujuk laman web rasmi JPA : https://esilav2.jpa.gov.my/

B. Bantuan & Insentif Negeri

Perak

Bantuan Persekolahan MAIPk

  • Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk bagi sesi persekolahan tahun 2026 telah dibuka khusus kepada warga Negeri Perak yang memenuhi syarat kelayakan termasuk penerima sedia ada yang pernah menerima Bantuan Persekolahan sebelum ini .
  • Permohonan boleh dibuat bermula 12 Januari 2026 sehingga 31 Mac 2026.
  • Bantuan tersebut adalah berbentuk wang tunai:
    • Sekolah rendah RM200
    • Sekolah Menengah RM250
  • Untuk info lanjut, sila rujuk laman web rasmi :https://www.maiamp.gov.my/

Sabah

Rumah Mesra Sabah Maju Jaya 2026

  • Skim ini disediakan oleh kerajaan negeri Sabah untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri.
  • Fokus utama adalah rumah lebih mampu milik untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di negeri tersebut.
  • Sila rujuk syarat & cara permohonan di laman web rasmi Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) https://kplb.sabah.gov.my/smj.html

Sarawak

PPR & Rumah Spektra Sarawak 2026

  • Program perumahan mampu milik di Sarawak ini menyasarkan pembeli rumah pertama dan keluarga berpendapatan sederhana. Skim ini menyediakan rumah dengan harga berpatutan serta sokongan kerajaan negeri bagi memudahkan pemilikan rumah.

Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) 2026

  • Bantuan khas ini disediakan untuk ketua isi rumah wanita di Sarawak, memberi sokongan kewangan bagi membantu menampung kos harian keluarga dan keperluan asas rumah tangga.
  • Permohonan boleh dibuat melalui

Selangor

Bantuan Sihat Selangor 2026

  • Program kerajaan negeri Selangor ini membantu rakyat kurang berkemampuan menampung kos rawatan perubatan dengan bantuan kewangan sehingga RM5,000, bergantung kepada jenis rawatan.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi https://bantuansihat.selangor.gov.my/
bantuan sihat selangor

Skim Air Darul Ehsan (Selangor)

  • Skim ini menyediakan bantuan air percuma untuk penggunaan air domestik, khususnya kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor (https://akses.selangor.gov.my/)
sade

Negeri Sembilan

Berita baik untuk orang Negeri Sembilan! Kerajaan N9 telah mengumumkan pelbagai insentif untuk tahun 2026 ini, antaranya:

Bantuan Kanser Negeri Sembilan 2026

  • Bantuan tunai RM1,000 seorang diberikan kepada pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan bagi meringankan kos rawatan perubatan.

Bantuan Belia Berkahwin 2026

  • Bantuan sebanyak RM500 seorang diberikan kepada belia yang baru mendirikan rumah tangga sebagai sokongan permulaan kehidupan berkeluarga.

Bantuan Keceriaan Warga Emas 2026

  • Bantuan RM200 seorang diberikan kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas. Penerima sedia ada tidak perlu membuat permohonan semula.

Bantuan Bayi Baru Lahir 2026

  • Sumbangan RM100 dalam bentuk Caruman Skim Simpanan SSPN diberikan bagi bayi yang lahir di Negeri Sembilan, membantu keluarga mula merancang simpanan pendidikan awal.

Bantuan Kewangan Kemasukan ke IPT 2026

Bantuan one-off sehingga RM1,500 diberikan mengikut peringkat pengajian, khususnya bagi pelajar bidang STEM, untuk meringankan kos pengajian tinggi.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atau Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan iaitu n9.digital (https://www.n9.digital/) tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.

Nak Mohon & Share Info Ni?

Ayuh, semak kelayakan dan tarikh akhir setiap bantuan melalui portal rasmi yang disediakan! Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut